recap about Ashman having fever

Hubby sibuk tanya why I tak blog about the recent football match. (bukan taknak yer encik, takde masa kan busy buat homework 😛)

Anyway, we all tgk the match kat Seri Malaysia. Luck on our side, ada pulak channel ESPN kat bilik. Tak payah laa sibuk hubby nak carik kedai mamak. Tapi bila dah macam gaya2 nak kalah tu takde la aku nengok dah, join tidur dgn Ashman lagik best hihihi… Hubby gumbira giler tapi tak boley bising (takut Ashman terkejut) jadik dia melompat lompat dlm bilik. Sabar jer la… 😦

Memula aku pk bagus gak my team kalah sekali sekala. Biar diorang tahu they are not invincible. Tapi angin tul last week kalah lagik kat Craven Cottage! Main macamana laa diorang nie..kengkonon nak rebut 5 titles. Lawan Fulham pun kalah! Chess… Liverpool pulak on fire abis aaa…now the title reign is open wide. Baki match pulak semua yg agak2 tough…Gunners, derby game…Ramai dah kena booking kad merah lak tu! Hmmm…I really hope they can regain their power… Camne nak lawan champs league nie…Tapi walau apa pun yang terjadi, saya & Ashman tetap penyokong setia Man U 🙂

Cakap pasal Ashman, alkisah last week time dlm kelas INCEIF (6.30-9.30pm), almaklum pelajar cemerlang kan…tempat duduk belakang sekalik. Pastu siap main sms ngan hubby. Tetiba hubby msg
“Ashman demam. Skang kat umah A.Arif”

Tetiba suara prof yg tgh cerita pasal bond, interest rates, bla bla bla dah tak berapa nak dengar. Mula laa terbayang muka si comel tu. Berdebar jantung beb – 1st time demam nie. Terus sms hubby tanya berapa temperature.
“38.2. Abang Arif kata tunggu jap. Abang memang ready nak bawak gi ampang puteri”

Oh my oh my…how’s my baby…tak sabar laa nak tunggu kelas abis nie. Tetiba aku rasa ill-equipped laa pulak tak tau kalau baby demam kena buat ape. Lupa nak baca part tu dlm buku! Kelas habis jer terus rempit balik. Tgk baby lembik je dalam dukungan my sister. Terus bagi dia susu (abg arif tak kasik bagi through bottle – nak minimize kuman), dia breastfeed sket, lepas tu berhenti and senyum to me. Lega sikit tgk baby still boley senyum. Tapi tak lama lepas tu muntah pulak and terus tertidur.

Sepanjang malam tu lah dia tidur dlm dakapanku. (tak balik rumah – terus tidur atas sofa rumah my sister). Bangun sekejap2 minum susu. Kalau letak jer terus nangis, tak sedap badan agaknya. Every 4 hours kasik dia panadol syrup and lap2 badan dengan kain lembap. Plan aku nak siapkan assignment terus tak jadik. Bila dah pukul 6 pagi aku pun dah rasa tak larat nak mendukung – kejut hubby suruh take over shift pulak.

Pediatrician kata viral fever. Tak teruk coz he can still drink and tak muntah teruk or cirit whatsoever. Tapi doc advise suruh rehat dekat rumah. Nasib baik demam dah nak dekat weekend, boley la rest during the weekend. Alhamdulilah by Saturday tu dah kebah…lega rasanya. Discharge dari hospital Dr. Arif hehehe… (itulah kebaikannya duduk dekat ngan sedara mara nie). Balik rumah terus aku baca pasal fever dalam buku Miriam Stoppard (my favorite book to read while expressing milk) so kalau next time takde lah gubra huhu… On Sunday kiranya hubby for the first time jaga baby sepanjang hari memandangkan mummy nyer busy nak buat assignment yg due that day. Nasib baik sempat submit.

Btw, my mom remind kan bagus sebenarnya bila demam nie – salah satu ujian dari Allah. Coz dia cerita there was this girl supposed to get married with holy Prophet (pbuh), tapi lepas tu tak jadik sebab the girl’s parents cakap dia tak pernah sakit. Kira macam tak pernah diuji Allah S.W.T. Not good also. So moral of the story kalau sakit tu jangan mengeluh – meaning kita antara insan yang terpilih…rite. Okie, calos.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s