MYTEAM!

Last weekend kitorang sempat pergi joli. Tengok MI-III. Daripada hari tu nak tgk akhirnya dpt gak tgk. Best gak (it’s not because of Tom Cruise, coz hubby pun kate best…hehehe). Mmg kategori action movie la. Pelik jugak sebab apa ada orang kata tak best. Lain orang lain citarasa kot.

Pastu tgk Over The Hedge. Yg nie mmg hilarious and recommended utk menghiburkan hati. Sesuai utk semua peringkat umur🙂.

Pastu tengok X-Men III plak. Okay gak laa ceritanya. Frust sikit, maybe sebab expectation tinggi. Tapi kira orait gak laa sebagai satu penutup. (X-Men II tu lagik best aahh rasanya).

Kitorang akhiri hujung minggu dengan pergi tgk MyTeam @ Stadium Bkt Jalil depan rumah. Itu yg aku nak ceritakan hari ini…hihi…

Aku memula sokong MyTeam tahap biasa je la. Pastu tetiba lak 2-3 hari sebelum tu FAM buat kelakar. Buat kenyataan yang MyTeam nie pasukan mee segera la, kacang la, senang nak diratah, Shabby tak layak jadi coach, etc.

Namanya pun friendly match, tak boleh ke jadikan ia satu persaingan sihat instead of bersifat negatif. Kalau rasa tak layak, tak payah laa sign MOU dulu dulu tu. MyTeam boleh sign dgn pasukan lain.

Ada segelintir org Malaysia nie mmg camtu la. Bila ada org nak buat sesuatu yg baru, mesti kena kutuk. Very pessimistic and condescending…

Anyway, disebabkan FAM itulah penyokong2 Myteam jadik fanatik (termasuk aku). Tak pasal pasal pasukan Malaysia kena boo dgn penyokong yg hampir 50,000 orang. Sian diorang, sape suruh boss diorang tu berlagak sgt.

Ini kali pertama sebenarnya aku tgk pasukan Malaysia main live depan mata. Terkejut tgk diorang main. Aku tanya hubby, “mmg macam nie ke diorang main?” Memang tak best. Patutlah selalu kalah dgn negara lain. Lawan dgn Myteam pun susah sangat nak dpt gol. Nak kata kasik can, takkan lah sampai minit ke-45 kasik can.

Akhirnya dpt gak la pasukan Malaysia score 2 gol sbb dpt free kick. Nama pun free kan. Kalau tak dpt, tak tau la macamana. Dan walau hakikatnya keputusan 2-1 berpihak kepada Malaysia, MyTeam tetap menang. Dgn hanya berbekalkan latihan selama 6 minggu, diorang main dgn semangat 200% hingga ke wisel penamat terakhir. Memang penyokong puas hati.

Harapnya lepas nie ada kelab kelab Malaysia yang berminat nak tgk talent bebudak nie sbb mmg diorang terer.

Waktu penyampaian medal, Shabby dpt tepukan paling gemuruh. Sebab walaupun atas kertas dia tak layak jadik coach, dia telah sumbangkan sesuatu kepada masyarakat Malaysia. Dia (dan krew Myteam yg lain) berikan bebudak tu yg kebanyakannya dtg dari kampung satu pengalaman yg tak ternilai. Siap dapat main di Old Trafford. Their dreams really come true. Dan apa yg FAM sumbangkan yek?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s