streotype?

Aku tak suka kalau dengar org ckp benda2 mcm…

Biasalah lambat setengah jam, janji melayu

Biasalah slow, melayu punya kerja

Biasalah melayu, tunggu subsidi

Dan macam macam lagik stereotype melayu yg keluar. Kalau org bangsa lain ckp aku tak kisah, tapi nie bangsa melayu sendiri. Mcm tepuk tepung kena dekat muka sendiri lah nie.

Lepas tu, kalau yg ckp tu bangsa melayu yg terdiri daripada warga tua atau kurang terpelajar (orang kata yg lepak2 dekat kedai kopi) aku boleh maafkan lagik. Tapi kalau keluar dari mulut insan insan melayu terpelajar rasa tensen tul.

Kenapa stereotype ini kekal di minda even though dah pergi belajar tinggi tinggi sampai luar negara?

Patutnya org yang belajar jauh jauh nie berkobar kobar laa nak naikkan martabat bangsa, nak berdaya saing dgn bangsa bangsa lain. Patutnya dgn ilmu yg kita ada kita bersemangat utk mengejar kejayaan. Hari hari bunyi azan tu pun seru umat Islam menuju kejayaan kan.

Lagi satu aku tak faham bila ckp pasal perempuan/lelaki/rumahtangga.

Ada je streotype2 yg berbaur kuno seperti…..

Biasa lah dah kahwin, tak payah jaga badan

Biasa lah dah kahwin, isteri tak kasik keluar. Kena ikat.

Biasa laa awal2 kahwin rajin, dah lama lama nanti tengok la

Dan mcm mcm lagik la yg aku dgr sejak kahwin nie.

Bila dah ckp mcm nie, benda nie akan jadi doa. Patutnya kita doakan benda yg baik baik. Kalau dah jadi doa, akan berterusan laa streotype nie sampai ke generasi anak cucu kita. Aku harap org zaman sekarang (yg sepatutnya lebih moden) elakkan lah cakap perkara2 streotype yg macam nie. Terlalu mundur bunyinya.

Malu kita sebagai insan yg educated. Yg mendengar tu pun kalau boleh cuba cuba lah tegur dgn cara baik. Sbb ada jugak sesetengah individu yg rasa benda tu tak elok, tapi cuma berdiam diri. Kan sebenarnya lagik elok kita bincangkan benda2 yg lebih berilmiah…What do you think?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s