Seketul keju dan sehelai tuala

Aku teringat ada satu hari tu aku jln kaki turun LRT dkt stesen Plaza Rakyat (Puduraya). Keluar dari pintu LRT, aku tersedar mamat dekat depan aku tu bawak keluar byk syiling dari poket dia.

Rupa rupanya kan, dkt situ kan byk peminta sedekah. Jadi mamat tu akan letak duit at each one all along the way. Baik sungguh dia. Iyalah walaupun kita tak kaya kan, apa salahnya derma seringgit mahupun 20 sen utk diorang.

Walaupun sikit, mungkin boleh membantu mereka. Tapi kita termasuk lah aku selalunya jalan punyalah laju (sbb kononnya busy sgt dgn kehidupan harian)sampaikan dah tak nampak peminta sedekah. < tak dah kita yg islam umat sebagai tanggungjawab tapi nampak, mmg>.

Ada jugak yg kata, “ala..diorang tu boleh kerja. Saje jer tipu atau malas.” Tapi sebenarnya kalau dia tipu tu antara dia dgn Allah la kan. Tanggungjawab kita sama sama berkongsi rezeki yg Allah pinjamkan utk kita..InsyaAllah…

Aku teringat mamat LRT tu sbb ada member forward emel berkaitan dgn sedekah kat bawah nie. Very interesting:-

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood. Di susun oleh seorang sahabat kita.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya.

“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.“Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?”

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah. Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”

*Source: Shahida (email).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s