selamat sahur!

Sejak aku kecik lagik, mmg aku lah yg paling malas nak bgn sahur dekat rumah. Dah lah susah nak bgn, mengadap makanan pun macam nak tak nak je. Bukan aku sengaja, tapi mmg takde mood. Jealous kekadang bila tgk family aku yg lain boleh makan sampai 3 pinggan.

Ingatkan bila dah besar nie, takde lah jadik mcm tu dah. But some things never change I guess. Aku still mkn nasik sesenduk je. Kalau ade 3-4 jenis lauk, satu je lah pun yg aku sentuh. Lepas tu bila dah siang hari nie, menyesal lah pulak sahur tak mkn byk byk. hehehe…padan muka aku. Agaknya sebab kat asrama dulu aku tak pernah pergi sahur kot. Makin menjadik jadik lah my “grumpy morning mood”.

Aku mmg respek kat mak aku. Bangun pagi2 siapkan sahur utk family. Dari dulu sampai sekarang, mmg tak pernah dia terlupa nak bangun. Dan disebabkan ada anak dia yg mengada ngada mcm aku, kengkadang dia siap masak nasik lemak or nasik goreng so that aku berselera sket nak makan. ( yup, kalau nasik lemak, insyaAllah boley mkn 2 pinggan…hehe…).

Boleh dikatakan hampir seumur hidupnya lah dia bgn awal setiap bln ramadhan. Iyalah, dulu masakkan utk adik adik since dia ada byk adik adik kecik, lps tu husband and anak anak, sekarang nie cucu pulak. Mmg ibu mithali.

Aku yg melihat rasa macam tak mampu je nak buat semua tu. Nak bangun utk diri sendiri pun dah liat. Macamana nak bgn masak untuk suami nanti. Ugghhhh……tak bestnya melangkah ke alam dewasa…

Aku and member2 sekarang nie ramai yg sedang mengalami post-graduate syndrome. Kitorang mostly baru 4-5 bulan kerja. So sekarang nie, semua sibuk mengeluh. Nak berhenti kerja lah, nak jadik cikgu, rindu universiti, tak suka kerja 9 to 5, susah nak ponteng bkn macam zaman sekolah dulu, etc.

Nak buat macamana kan. Kena telan saja lah realiti hidup yg usia dah nak masuk suku abad. Ada hati nak jadik remaja riang ria lagik tu….huhu…

Selamat Bersahur!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s