2 kisah sedih

Aku ada 2 kisah sedih hendak dikongsi. Kisah benar, kedua duanya berlaku dalam bulan ini.

Kisah 1

Ini terjadi kepada anak kawan mak aku. Baru saja mendirikan rumahtangga sebulan lalu. Kerja jadik askar, isteri pulak cikgu. Isteri dia kena kerja di Sarawak ke Sabah (aku tak ingat), jadik mereka pun berpindah ke sana. Kenduri baru je selesai. Kenduri sebelah pihak lelaki belum lagik buat sebab nak selesaikan urusan pindah dulu.

Baru saja duduk serumah seminggu, si lelaki dipanggil pulang ke semenanjung utk training. Satu hari tgh training, 4 orang pengsan termasuk pengantin lelaki nie. Terus dimasukkan ke dlm ICU. Selama ini dia tak pernah ada masalah kesihatan. Askar pulak tu kan, mestilah sihat tubuh badan.

Ditakdirkan Allah, dia tak dpt diselamatkan. Doktor kata hati dia pecah sbb dehydrated. Innalilah….

Mak aku pun pergi lah berkunjung setelah mendengar berita sedih tu. Tgh tgh baca yassin, muncul si isteri di pintu rumah. Baru sahaja tiba. Dia menangis tak dpt tahan kesedihan. Dan mak aku ckp, semua orang di situ turut rasa macam nak menangis.

Kisah 2

Kisah nie aku dgr dkt ofis.

Si lelaki nie kengkadang join jadi tourist guide ke tmn negara. (part time rasanya). So satu hari nie seperti biasa dia masuk Tmn Negara.

Lps tu, dia blk kampung dgn isterinya for the weekend. Diorang nie baru je kahwin, nak masuk 2 tahun bln nie. Anak pun umur tak sampai setahun. Baru je pandai sebut ‘abah’.

Hari ahad tu, diorang nak blk KL. Tgh drive tu, si husband complaint kaki dia sakit. Cam lenguh lenguh. Ingatkan takde ape ape lah kan. Apatah lagik kalau drive dlm KL yg traffic jam nie, mmg boleh lenguh pun.

Tapi tgk tgk keadaan bertambah buruk. Keesokkan harinya, si suami langsung dah tak boleh bergerak. Terus hantar masuk ICU.

Si isteri mmg terlalu sedih. Sebab tak pernah terfikir benda macam nie nak jadi. Suami dia tak pernah tunjuk symptom sakit. Kecuali lah kekadang pening kepala, tapi zaman sekarang semua orang sakit kepala kan. Telan panadol, abis cerita.

Doktor kata kemungkinan husband dia kena meningitis. Tapi sebab dah terlalu kritikal, tak dpt diselamatkan. Semalam dia meninggal dunia.

Doktor kata, patutnya meningitis nie symptom die demam panas dan pening kepala. Tapi yang nie tak demam pulak. Tapi mmg lah kan, tubuh badan setiap orang mmg berlainan. Yg isteri mmg betul betul sedih. Annivesary perkahwinan diorang dah nak dekat pulak tu.

Kedua dua cerita nie, persamaannya kedua dua kematian mengejut. No one ready to say goodbye. Especially si isteri. Samalah macam pemergian allahyarham Tan Sri Azizan tu. Isterinya kata sedih sbb dia mmg sihat walafiat, takde tanda tanda langsung.

Lepas tu, kedua dua pasangan nie muda lagik. Baru umur awal 20 an. Menyedarkan kita yg ajal tu boleh dtg bila bila masa, tak kira umur dan waktu…

P.S : Jaga kesihatan ok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s