Rosyam Nor!!!

I declare myself the latest fan of Rosyam Noor. hehehe…

Baru baru nie tgk cerita Janji Diana (pinjam dari Nany), tersentuh hati aku tgk lakonannya. Mmg lah selama nie aku akui dia mmg terer berlakon. Tapi kali nie aku mmg feeling abis laa…hehehe…

Asalnya aku tak expect pun cerita tu best. Menonton sekadar utk hiburan. Biasa laa kan cerita cerita macam tu. Dah boleh agak jln cerita. Aku budget mesti tertidur half way sbb time tu dah lewat mlm. Alih alih aku tgk sampai abis. Rosyam punya pasal…kua kua….

Kali nie aku dah budget nak tgk Berlari Ke Langit. Mesti tgk punya. Akan ku usahakan. Walaupun actually sekarang nie tgv klcc ntah dilanda angin apa. Semua orang sibuk nak tgk wayang. Kena beli ticket a day in advance. Dahlah tak boleh booking. Hampeh. Tapi yg hebatnya semua orang semangat beratur. Siap keliling around Auntie’s Anne tu…

Walaupun zahirnya nampak leceh, tapi aku rasa benda tu marketing trick jugak. Sejak diorang buat line asing utk Van Helsing tu, mmg tiket habis dijual. Lebih laris daripada pisang goreng panas. Sejak dari tu, semua movie nak buat line asing. So kita yg nampak org sibuk beratur utk movie tu assume lah cerita tu best.

Last last kita pun beratur sekali ~ join the crowd. Sambil beratur tgk gelagat orang pulak tu. hehe…best apa. Aku pun terpengaruh, join the crowd jugak…kua kua…

Cuma hari tu time cuti sekolah aku mmg tak sanggup lah. Mana boleh lawan budak sekolah. Kita blk kerja pukul 5, sampai sana gerenti semua tiket dah habis. Diorang pukul 7 dah terpacak depan kaunter nak beratur. Isk isk…

So terpaksa lah aku carik alternatif lain. Walaupun hakikatnya aku lagik suka tgk dkt wayang dari cd, aku pergi lah jugak carik cd dkt bawah tangga mana ntah. Maka hari itu berkenalan lah aku dgn tonto tonto..hehehe…

Orait…jgn lupa tgk Berlari Ke Langit. Siap promo tu…hehehe…

Rosyam nie yg aku respek dia sebab dia mcm tak menyombong. Lps tu takde menggatal ke ape.. Kan selalu ada sesetengah artis tu bila dah glamer, jadik lupa dgn isteri dan anak anak. Tapi dia tak macam tu. Lps tu satu lagik, kejayaan dia sekarang nie mmg dari hasil dia berusaha dari bawah. Sampai lah sekarang naik tangga teratas. Ada org ckp dulu kecik kecik dia cuma duduk dekat area rumah setinggan di Kg. Bharu. Hebat kan…sekarang dah jadi kaya…itulah yg org kata rezeki utk keluarga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s