Arah ke Lisbon

Mari kita cakap pasal bola lagik. Hari tu dgn bersemangat nya aku bgn pukul 1 pagi utk tgk Holland vs. Sweden. Aduhai…sabor je…bosan nak mati the first half tu. Nasib baik aku tgk dkt kedai mamaking dgn my boyfriend and our friends sambil menikmati teh tarik mamak. Kalau tgk dkt rumah, gerenti dah tertidur…

Walaupun kitorang sokong Holland, boyfriend aku dari minit pertama lagi mengutuk Nistelroy hanya kerana kebencian dia terhadap Red Devil. Mula mula aku marah dia. Tapi bila dah 2nd half tu, aku pun jadik tensen. Apesal lah pakcik Nistelroy nie tak score2. Asik nak tunggu bola muntah je. Nasib baik ada Robben. Best sket game. Tapi Nistelroy yg dpt jadik men of the match. Hampeh…Dah la nak kena jual dah dgn Man U.

Anyway, kami dgn taat setia menunggu sampai jam 530 pagi. At last, Holland menang dan dptlah kami RM10 dari Faiq. Kua kua kua…

Berdasarkan performance time quarter final tu, aku rasa Portugal lagik terer daripada Holland. Mmg cun gila laaa diorang gelecek bola. Kita tgk je macamana semi nanti. Aku sokong Portugal.

Pasal Chezh, aku mmg tak kenal sape sape dlm team tu melainkan Nedved. Hmm…agaknya tak lama lagik ramai lah orang pakai jersey Chezh pulak ek…

Hard Rock Cafe sebelah ofis aku nie ada poster EURO punyalah besar. Tapi setiap hari bila pass by situ, dalam hati aku akan pangkah one player. Hari tu dah pangkah Raul. Lepas tu Totti. Lepas tu Beckham. Hari nie Zidane pulak. Mmg best EURO kali nie. Puas hati. So I guess no more such things as Bend It Like Beckham huh…

Advertisements

lock your roof!

Gara gara kes ragut yg berleluasa, dlm minggu nie polis buat operasi dlm area golden triangle nie. Aku jln sket, terjumpa pakcik polis. Jln lagik, jumpa abang polis. Never felt that safe. Selalunya time berjalan aku pegang beg mcm pegang baby. Genggam kuat macam lah benda tu nak terjatuh.

Walaupun takde duit pun dlm tu, aku takmo lah kehilangan beg aku yg lawa tu kan..hehehe.

Baru je aku rasa selamat, tgk tgk kelmarin waktu aku dok lepak menunggu berita sukan Buletin Utama, jiran sebelah rumah ketuk pintu. Dia cakap rumah dia kena burglary. Tiba tiba je darah aku berderau. Mak aku pergi tgk. Ntah apesal aku tiba tiba rasa takut dok sorang dlm rumah, so aku pun follow lah mak aku sekali.

Takde apa yg hilang melainkan duit. Kamera digital punya mahal pun dia tak ambik. Bodoh pun ada pencuri tu. Mesti drug addicts agaknya. Tapi yg ironi nya pencuri nie masuk melalui bumbung. Kan ada bumbung yg boley bukak utk org repair plumbing ke ape…hah..ikut situlah dia masuk. Dia bukak atap sebelah atas utk masuk. Waktu siang pulak tu. Sabar je…

Yg agak menakutkan aku, atap yg diorang bukak tu dekat giler dgn bilik tidur aku. Aku bukan takut duit hilang sebab bukan ada duit pun dlm bilik tu. Tapi takut lah jugak dari segi keselamatan kan…

Office mate aku ckp actually bumbung tu boley lock. Jadik kengkawan…nie tambah lagik satu benda kita kena alert. Walaupun pintu depan dan belakang & tingkap tertutup rapi, ada lagik cara pecuri boley masuk. So berhati hati lah ye. Kalau rasa area tu bahaya, boley laa carik lock utk roof. Alahai…roof pun kena lock zaman sekarang nie kan….sabor je…

Anyway, semlm aku gagahkan diri jugak bangun sebab nak tgk England vs Portugal. What the heck was Beckham doing…asik asik nak tembak gagak…nasib baik aku tak sokong England dah kali nie….Utk peminat2 England, jgn laa frust pulak. Takde nasib je tu…Bak kata cik abang aku, diorang terer mmg terer, only that they are not born to be the champion… hehehe…taktau laa betul ke tak…

Okei…have a great weekend everyone….enjoy euro 2004 while it last.

Rosyam Nor!!!

I declare myself the latest fan of Rosyam Noor. hehehe…

Baru baru nie tgk cerita Janji Diana (pinjam dari Nany), tersentuh hati aku tgk lakonannya. Mmg lah selama nie aku akui dia mmg terer berlakon. Tapi kali nie aku mmg feeling abis laa…hehehe…

Asalnya aku tak expect pun cerita tu best. Menonton sekadar utk hiburan. Biasa laa kan cerita cerita macam tu. Dah boleh agak jln cerita. Aku budget mesti tertidur half way sbb time tu dah lewat mlm. Alih alih aku tgk sampai abis. Rosyam punya pasal…kua kua….

Kali nie aku dah budget nak tgk Berlari Ke Langit. Mesti tgk punya. Akan ku usahakan. Walaupun actually sekarang nie tgv klcc ntah dilanda angin apa. Semua orang sibuk nak tgk wayang. Kena beli ticket a day in advance. Dahlah tak boleh booking. Hampeh. Tapi yg hebatnya semua orang semangat beratur. Siap keliling around Auntie’s Anne tu…

Walaupun zahirnya nampak leceh, tapi aku rasa benda tu marketing trick jugak. Sejak diorang buat line asing utk Van Helsing tu, mmg tiket habis dijual. Lebih laris daripada pisang goreng panas. Sejak dari tu, semua movie nak buat line asing. So kita yg nampak org sibuk beratur utk movie tu assume lah cerita tu best.

Last last kita pun beratur sekali ~ join the crowd. Sambil beratur tgk gelagat orang pulak tu. hehe…best apa. Aku pun terpengaruh, join the crowd jugak…kua kua…

Cuma hari tu time cuti sekolah aku mmg tak sanggup lah. Mana boleh lawan budak sekolah. Kita blk kerja pukul 5, sampai sana gerenti semua tiket dah habis. Diorang pukul 7 dah terpacak depan kaunter nak beratur. Isk isk…

So terpaksa lah aku carik alternatif lain. Walaupun hakikatnya aku lagik suka tgk dkt wayang dari cd, aku pergi lah jugak carik cd dkt bawah tangga mana ntah. Maka hari itu berkenalan lah aku dgn tonto tonto..hehehe…

Orait…jgn lupa tgk Berlari Ke Langit. Siap promo tu…hehehe…

Rosyam nie yg aku respek dia sebab dia mcm tak menyombong. Lps tu takde menggatal ke ape.. Kan selalu ada sesetengah artis tu bila dah glamer, jadik lupa dgn isteri dan anak anak. Tapi dia tak macam tu. Lps tu satu lagik, kejayaan dia sekarang nie mmg dari hasil dia berusaha dari bawah. Sampai lah sekarang naik tangga teratas. Ada org ckp dulu kecik kecik dia cuma duduk dekat area rumah setinggan di Kg. Bharu. Hebat kan…sekarang dah jadi kaya…itulah yg org kata rezeki utk keluarga…

Work vs. Study

Waktu aku belajar dulu, semua orang kata, “Waktu belajar lagik best dari kerja.” Bukan sekali dua aku dengar ungkapan itu. Dah berpuluh kali aku dengar dari mulut insan insan yg sudah bekerja. Tapi, dalam ramai ramai org tu, ada sorang yg bagitahu sebaliknya ~ Profesor actuary aku.

Dia ckp, semua orang ckp macam tu sebab waktu diorang tgh tensen kerja, diorang terkenang zaman seronok waktu di sekolah. Dia kata takde siapa yg akan terkenang waktu tgh tensen pulun study exam. Kita cuma akan terkenang kenangan yg manis sahaja. Memang lumrah manusia macam tu katanya.

Dan sekarang nie bila aku dah kerja, aku rasa mmg ada betul kata katanya. Kalau aku terasa rindukan alam universiti, sebenarnya aku bukan rindukan saat saat dok pulun belajar, tapi aku rindukan my life as a student.

Contohnya kalau waktu dkt U dulu, schedule harian lebih flexible. Tak payah bgn awal setiap pagi. Nak ponteng suka hati. Tak payah ambik MC. hehehe… Lps tu ada byk masa lepak + hang out dgn member + tgk tv + shopping. Boleh pergi tgk match football, homecoming parade, naik basikal tepi tasik, mkn aiskrem ramai ramai.

Bila aku fikir semua kenangan manis tu 😉 , rasa mmg betullah kata kata profesor aku. Bila keadaan kita sekarang tak best, kita akan terkenang kenangan silam yg best best. Lepas tu mula lah rasa rindu. Mula lah kata dulu lagik best dari sekarang.

Sebab tu laa kalau tanya budak form 4 macamana PMR, semua kata kacang je…. Kalau tanya budak U macamana SPM, pun ramai yg ckp senang je. Tapi cuba kenang balik saat saat study pulun bagai nak rak time SPM dulu. Uisssshhhh… dasyat jugak (at least bagi aku lah..). Kalau disuruh amik SPM sekali lagik, mmg taknak…hehehe….

Jadik kiranya utk mereka yg masih bergelar students, enjoy laa student life tu semaksimum mungkin…nnt dah kerja mmg rindu….

F.R.I.E.N.D.S IDOL

Aku mengisi masa terluang ku ini utk tukar template. Dah lama aku try carik template F.R.I.E.N.D.S. Yg kali nie baru aku terpikat. Tanpa buang masa lagik, terus ku tukar 🙂. hehehe…takde kerja lah katakan…

Semua orang yg rapat dgn aku mesti tahu aku minat giler tv series nie. Tapi sebenarnya aku bkn follower cerita nie dari mula. Aku tgk gitu2 jer, bila tgh lepak lepak dpn tv. Waktu tu, kekadang aku sampai menyampah dgn Rachel, sebab sekejap nak Ross, sekejap takmo. Mcm biskut Chipsmore…

Lepas tu alkisahnya…lebih kurang 2 tahun dulu, aku tgh testing kelajuan kazaa aku. Sebab sebelum nie aku cuma dload lagu je. Aku pun pk pk lah nak download cerita ape.

Aku pun saje lah type FRIENDS, CSI, dgn CHARMED dalam petak Search tu. Keluarlah senarai search result. Byk jugak, tapi senarai FRIENDS yg plg byk.Aku pun trylah dload satu. Sbb kitorang pakai kabel internet, tak sampai setengah jam selesai download. So aku pun bukak tengok camne kualiti die. Bagus pulak, kecik je tu size file die sbb guna format avi. So takde lah makan hard drive aku.

Lepas tgk satu episod tu, mcm best pulak. Aku pun try download satu lagik. Dan satu lagik, dan satu lagik. hehehe…dan sebab internet aku 24 hours, aku biarkan je kazaa tu on siang malam. Siap pergi carik hard drive extra dkt Imbi tu. Hasilnya terkumpul lah 9 musim FRIENDS tanpa ku sedari..huhhuhu…

So, bila bila free time, aku duduk lah tgk cerita tu. Mlm seblm nak tido, weekend bila bgn tidur, ptg bila blk kelas, etc. Akhirnya segala selok belok cerita tu aku dah tahu. Setiap karakter aku dah kenal. Aku dah tak menyampah lagik dgn Rachel bila dah kenal dia. Inilah yg orang kata don’t judge the book by its cover….

Ironinya, Rachel jadik karakter yg aku plg suka. She was a spoiled girl. Anak orang kaya. Masa depan dah siap terancang di depan mata. Satu hari dia decide utk lari dari semua tu. Not all people have courage to do that. Mmg aku respek.

Lps tu die gunting kad kad kredit ayah dia. The scene maybe funny, but it also convey independence. I admire that. I’m thankful to the great scriptwriters who inspired me.

Then she resigned from her job as a waitress, so that she can pursue her dream in fashion business. Mula mula dia takut nak berenti sebab nanti takde duit. Tapi lepas tu joey kata kalau dia tak berhenti, dia takde fear. Kalau ada fear, baru lah dia berusaha sket nak carik kerja dlm bidang fashion habis habisan. So die pun beranikan diri berhenti. Last last dpt kerja dkt Ralph Lauren.

7-8 thn selepas itu, dia terus gah dlm bidang fesyen. Siap dpt tawaran kerja dkt Paris lagik. Semuanya hasil titik peluh dia sendiri…

Chandler pun sama. Dia lah satu satunya karakter yg mempunyai kerja yg dia tak minat. Jadik statiscal analyst ke ape. Mmg tak sesuai dgn jiwa dia sbb dia kan pak lawak. hehehe…

Tgk tgk bila umur dah 30 lebey, dia ada kekuatan utk berhenti kerja dah cuba bidang yg dia minat. Aku tak rasa aku boley buat mcm tu. Tiap tiap bulan dpt gaji lima ribu, tetiba nak turun taraf dpt gaji seribu je. Sanggup ke?

Aku rasa diorang nie semua dpt kekuatan sbb diorang ada kengkawan rapat as support. Sesiapa yg ada support, selalunya dpt menempuhi cabaran dgn tenang.

Even how tough it is, it won’t be that bad when someone is around. They will comfort you and tell you everything will be allright. And you will feel that one day, everything will be allright…

Macam Rachel kata, “I have magic beans….” (which she refers to her friends, I think so.)

first, current, & last…

Aku bosan hari ini. Sama seperti semalam. Setiap jam tgk kalendar; menghitung hari bilakah weekend akan menjelma. Utk melayan kebosanan aku nie, aku copy benda alah dekat bawah nie dari Cikdaun. Aku modified laa sket2 memandangkan dah boring teramat sangat nie….

**FIRST**

First best friend: Najwa, kawan tadika. Lost contact already.
First crush: standard 5. Sabor jer laa….kecik kecik dah menggatal.
First date: blind date at Ampang Park when I was 15. Never became my boyfriend though.
First boyfriend: My hunny bunny sugar bun dearest abang. We were 14 at that time.
First break-up: Also with my hunny bunny sugar bun. We were 15.
First kiss: When I was 14.
First self purchased album: KRU AWAS SOUNDTRACK. Sebab my sister takmo kasik pinjamkan dia punya. So our house has 2 copies.
First piercing/tattoo: 4 yrs old.
First movie seen: Pretty Woman
First concert: KRU
First sport played: Isi air dalam botol.
First roller coaster ride: The Mall
First motor ride: 15 years old.
First favorite author: Enid Blyton
First favorite tv series: Full House & Small Wonder.
First diary: 13 years old.
First dish cooked: ayam masak merah
First job: at UIA when I’m 18.
First away from home: Standard 4. Camping dkt kawasan sekolah. Nangis tak ingat dunia…

**CURRENT**

Current boyfriend: My hunny bunny sugar bun..the one and only.
Current bestfriend: A few. My 3 buddies from maresmart, some Maresmag n Madisonians, sha, and abang.
Current mood: bored
Current favorite tv series: One Tree Hill
Current music: Hip Hop
Current winamp list: Too Phat, 50 Cent, Misha.
Current sport: Nope. Thinking of biking.
Current diary: Pink girlie look.
Current pc: Dell, black.
Current dissapointment: my dolphin and penguin stuck on the neighbor’s roof. Anak sedara aku buang…sabar..sabar… Sabar itu separuh daripada iman.

**LAST**

Last good cry: emm..last year? last week? tak ingat laa….selalu sgt nangis.
Last movie seen: Harry Potter & Prisoner of Azkaban
Last piercing/tattoo: last year. I think this will be definitely the LAST.
Last beverage drank: Milo
Last food consumed: Nasi + sambal sotong + ayam masak kicap + timun +ikan masin = RM3.40.
Last crush: last year. A 3 days crush.
Last phone call: Abang
Last tv show watched: Buletin Utama
Last concert: Matchbox 20.
Last live football match watched: Malaysia vs Arsenal
Last sport played: Indoor Soccer
Last roller coaster ride : Genting, with my honey.
Last shoes worn: My Payless sandals. Comfortable yet cheap. Rindu pulak dekat Payless.
Last item bought: Nail clipper for my honey bunny sugar bun… Guna tau jgn tak guna…
Last annoyance: a group of people kissing their boss’s ass sooo bad I prayed I was not there to witness.
Last disappointment: Today.
Last time wanting to die: hmmm…December last year, a little bit.
Last website visited: cikdaun – to rip this stuff. tima kacih cik daun…

Ipoh mali…

Baru balik dari Ipoh. Dah lama tak pergi sana. Dah lebih 5 tahun. Kali terakhir pergi waktu visit si dia di USM Tronoh. Sekarang dah takde USM di situ. Dah jual kepada UTP.

Anyway, Ipoh mmg best. Just nice. Tak terlalu sesak dan tak terlalu bosan. Tapi bila dah melepasi tengah malam, sesetengah area jadik mcm dlm filem KL Menjerit. Sakan mereka berlumba motor dan kereta.

Hari ahad kitorang pergi kenduri kahwin Ilah. Ramai jugak budak maktab datang. Mmg puas hati. Lauk kenduri mmg menepati citarasa aku. Gulai nangka dgn perut, ayam goreng, dan air asam ala utara habis dimakan. First time aku pergi kenduri hidangan ala kampung begitu, memang best.

Pasangan pengantin bagaikan pinang dibelah dua. Memang sepadan. Tahniah sahabat. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan kekal bahagia selamanya. InsyaAllah…

Lepas kenduri, aku dan kengkawan pergi pekena durian dkt rumah Shaira. Dalam lebih kurang 10 org member aku dkt situ, aku lah yg mkn banyak sekali tanpa segan silunya. Dah setahun tak pekena durian beb…Makasih Shaira 🙂.

Paling seronok, sebab dapat jumpa member member lama. Antaranya jumpa K.I., Helmi, Boye, Ilzam & Shaira. Mereka nie antara orang orang yg pertama aku jumpa waktu mula mejejakkan kaki ke maktab sebab diorang classmate aku. Jadik, walaupun dah bertahun tahun tak berjumpa, the familiar & comfortable feeling is still in the air. Some of them change physically (a little bit), but the characters remain the same. That’s good.

Nanti aku nak pergi Ipoh lagik. Ipoh mali…kua kua kua…

Already missing you. One day without you is really a loooongggggg day…..

–SeLaMaT PenGanTiN BaRu–

Sebelum nie aku cakap cerita terhimpun selama 2 minggu sampaikan tak tahu nak cerita yg mana satu. Jadik sblm aku lupa, hari nie aku nak ucapkan tahniah buat pasangan pasangan pengantin yg akan menjadi raja sehari pada hari ahad ini.

Congrats to my classmate, saudara Huzainy dgn pasangannya Nurhani. Terima kasih atas kad undangan yg begitu cantik. Aku benar benar minta maaf sebab tak dpt pergi, jauh nun di utara. Kalau ade transport nak konvoi ramai ramai mungkin aku pergi, tapi takde lah pulak kengkawan buat plan mcm tu.

Juga Selamat Pengantin Baru buat sahabat baikku Iyatun Najilah. She has been one of my closest friend back in the school times. We have been through a lot of things together, and I am so happy for her. Thanx for the wedding invitation. InsyaAllah aku datang, tgh usahakan transportation nie.

Aku bkn tak pernah pergi rumah dia. Dulu waktu umur 15 thn pergi time bln puasa. Sungguh syahdu rasanya time tu, berbuka puasa dgn ikan sungai masak gulai tempoyak. Mmg ummppphhh habis. Dan sejak dari itu aku terus jatuh cinta dgn masak gulai tempoyak… hehehe…

Last but not least, selamat pengantin baru to my best buddies in college, Farah Nini & Wan Najmuddin. Both are my best friends, geng gila gila & kaki ronggeng. Tgk tgk dah nak meninggalkan zaman bujang…aisey…Anyway, thanx for the invitation guys. Sorry I can’t make it. Nanti kenduri yg besar besaran habaq mai lah awal2 sket mami….

Dan selamat pengantin baru utk semua yg bakal naik pelamin time cuti sekolah nie. Mmg ramai gile org nak kahwin weekend nie. Sbb tarikh die kaw kaw kot, 6/6.

Office mate aku ckp 66 tu lambang devil dlm kristian, so takde lah org kristian nak kahwin hari tu. Diorang nie mmg percaya benda benda berkaitan nombor nombor nie. Org cina lagik laa. Sembang sehari pun tak habis cerita pasal tilik nasib diorang. Tapi takpe, kita Islam tak percaya semua tu. Janji teguh keimanan di hati, InsyaAllah terjamin kebahagiaan, dunia & akhirat…~~Selamat Pengantin Baru kengkawan~~