Allah Maha Berkuasa…

Sudah lama aku tak menulis…2 minggu. Ofis aku agak busy dgn quarter closing sampaikan aku mmg tak sempat nak curi peluang masuk dlm nie. Blk rumah aku jadik malas pulak nak ber-online. Hmmm, cerita terhimpun sampai 2 minggu sehinggakan aku taktau nak cerita yg mana satu.

Tapi cerita cerita aku tak lah sehebat cerita di suratkhabar sekarang. Mcm kes Nirmala tu. Aku benar benar simpati dgnnya. Mmg majikan dia tak berhati perut dan sudah naik hantu agaknya.

Semua orang kecoh jugak pasal cerita allahyarhamah Noritta. Akhbar Metro khabarnya terjual macam pisang goreng panas di pagi hari semata mata kerana kes itu. Sebab katanya dalam akhbar itu segala dialog dlm mahkamah ditulis secara terperinci.

Usahlah kita mengumpat atau mengutuk tentang dia. Dia sudah pergi. Allah S.W.T lebih menyayangi dia, sebab itu dia pergi dulu. Sekurangnya dia tidak bergelumang dalam dosa terlalu lama. Simpati lah kepada keluarganya. Sekurangnya dia anak yg baik. Setiap bulan kasik duit kepada ibu bapanya.

Bacalah kesnya hanya setakat utk mengambil pengajaran. Tak perlulah riuh rendah sekampung. Dan harapnya mereka yg lain juga akan tersentak daripada lamunan. Jgn setakat mengata tetapi diri sendiri serupa sahaja, atau pun lebih teruk lagik.

Pengajaran ironi dlm kes ini. Jgn hanya kerana ibu bapa kita ataupun pegawai JAIS tak kantoi kita, kita takkan terkantoi. Sebab Allah S.W.T Maha Berkuasa. Kita sembunyi macamana pun dia akan nampak. Di atas kuasa Allah S.W.T jugalah kes ini berlaku. Bagaikan satu ujian utk masyarakat Islam Malaysia utk mengawal tutur kata.

Malaikat pun sentiasa ada di kiri kanan kita. Aku pun kengkadang jadik lupa tentang itu. Mari lah kita sentiasa ingat ingatkan satu sama lain…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s