Buli – bukan tajuk filem:)

Takziah aku ucapkan buat keluarga allahyarham yg meninggal baru baru ini akibat dibuli di sekolahnya. Pasti keluarga allahyarham amat sedih. Buli oleh pelajar senior bukan perkara baru. Sudah terlalu biasa. Kalau setakat dimarah oleh senior, itu perkara lazim. Utk budak budak lelaki, kekadang disuruh basuh baju.

Tapi walau apa pun, dlm kes ini jelas yg tersilap langkah ialah pihak pengurusan sekolah. Walaupun pelajar itu meninggal dunia kerana dipukul pelajar form 5, bukan dipukul cikgu,aku tetap rasa cikgu/warden nya yg tersilap langkah.

Sebab utama, allahyarham pernah dibuli sebelum ini dan sudah melaporkannya kepada pihak sekolah. Tapi tiada tindakan diambil. Sekolah diamkan sahaja. Mengapa???

Sehinggakan apabila dia meninggal sekalipun, sekolah melaporkan akibat terjatuh di tandas asrama. Setelah dikaji pihak hospital, baru diketahui itu bukan puncanya tetapi kerana internal bleeding akibat dipukul. Kenapa pihak sekolah nak rahsiakan???

Berbaloi ke menjaga nama baik sekolah sebegitu sekali?

Sekarang sudah heboh dlm semua suratkhabar kisah sekolah itu. Sekarang satu sekolah menanggung malu. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Menyesal berjuta kali pun allahyarham tetap takkan kembali.

Mungkin warden/cikgu menuding jari kepada pelajar yg membuli. Tapi dari pengalaman yg aku lihat sendiri, bebudak lelaki nie walaupun umur dah 17 tahun ( form 5), tapi pemikiran mereka masih belum matang. Akal masih belum dapat berfikir panjang. Bila tak berfikir panjang, tangan jadi ringan utk memukul kalau tak puas hati terhadap mana mana pihak. Lepas tu, bila sorang memukul, geng dia yg lain pun naik syiok dan join sekali. Macam orang kata dah naik hantu. Waktu nie, syaitan pun apa lagik. Riang gembira bersorak menghasut…“pukul lagi, pukul lagi!.

Perkara macam nie biasa. Dkt sekolah aku pun jadik. Walaupun pelajar pelajarnya terpilih, cemerlang di Malaysia, selalu kes buli terjadi. Tapi walaupun nama sekolahku gah satu Malaysia, pengetua tak peduli. Tetap ambil tindakan. Dpt aduan, terus kena masuk Jemaah Pengadilan Maktab. Terus dihukum. Ingat lagi pernah satu ketika sampai 10 orang dibuang kerana terlibat dlm kes buli begini. Kan senang macam tu. Tak ada lah kes itu berlarutan, dan jadi iktibar kepada pelajar lain.

Setahu aku, tak terjejas pun nama sekolah walaupun buang sampai 10 orang macam tu. Walaupun ada antara yg dibuang tu scorer (mmg time SPM score 9A1), nak buat macamana kan…Lebih elok dari pihak sekolah menyesal kemudian hari….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s