a day after voting…

Berakhir sudah proses mengundi. Tapi ada beberapa tempat kena recount nampaknya. Kita tunggu sahaja keputusan rasmi nanti. Tapi nampaknya BN berjaya rampas kembali banyak kerusi dari pembangkang. Berhasil juga usaha mereka kempen habis habisan.

Aku sokong individual dari sokong parti. Kalau wakil tu baik dan jaga kawasan dia sehabis baik, aku mmg respect. Sbb bukannya senang nak jadik wakil rakyat.

Dan aku rasa dlm satu kerajaan tu, mmg patut pembangkang menang beberapa kerusi as check in balance. Kalau tidak kerajaan jadik leka, takde siapa nak analisa cara mereka kerja.

Bukan dari segi kerajaan memerintah je, sebenarnya secara general nya aku tak berapa suka dgn monopoli. Mcm MAS dan Telekom. Sbb harga diorang charge mahal sangat kerana tiada pesaing. Mungkin sebab aku dah didedahkan dgn ekonomi dkt US yg mmg tak benarkan monopoli. Dan sebab aku tensen jugak tgk caj seminit telefon KL-Perak jauh lebih mahal dari caj US-Malaysia. Aku tabik dgn Air Asia yang berani ubah rentak.

Satu perkara yg jelas mencacatkan proses mengundi semalam : pihak SPR. Mmg seposen sungguh aku rasa. Kesilapan yg berlaku dekat Sg Lembing tu mcm tak wajar berlaku. Takkan lah diorang tak cek borang tu bila sampai. At least paling lambat pun borang tu mesti lah sampai sebelum pukul 8 pagi kan. Periksa lah sebelum tu. Ntah ape ape lah aku rasa…

Lepas tu byk pulak kes yang nama ada dkt internet/sms, tapi bila sampai dkt pusat mengundi takde pulak. Itu ape hal lah pulaknya. Suka suka je tukar. Takkan database macam tu pun tak boleh handle. Pelik sungguh lah. Aku nak tergelak dgr diorang yg sedang menunggu tu complaint, cakap komputer diorang dkt rumah lagik bagus. Mmg betul pun. Buat apa lah diguna komputer zaman dinosaur tu lagik…

Lepas tu aku dengar sendiri macamana akak jaga kaunter tu ckp kat pakcik tu “Tak ada nama pakcik. Cuba pergi tgk dkt sekolah depan tu.” Lepas tu pakcik tu cakap, “Dah pergi sana tapi tak ada. Dia suruh datang sini.” Lepas tu selamba bomba je dia ckp “Kalau macam tu pakcik pergi sekolah dkt Jln. ***, cek dkt sana.” Aku rasa mmg hampeh lah cara diorang tu. At least cek lah dlm komputer, lepas tu cakap dkt pakcik tu dkt mana dia nak pergi. TM NET kan ada streamyx sekarang. Orang persendirian pun mampu langgan. Takkan SPR tak boleh support benda mcm tu. Alahai…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s