10 tahun MRSM Gerik

Puan xyz: Awak sekolah kat mana dulu?

Aku: Dekat MRSM.

Puan xyz: Saya tgh pening kepala nie. Anak saya sibuk nak masuk asrama tapi tak dpt. Kesian dia asik nangis.

Aku senyum. Been there, done that.

Cerita anak dia sebijik macam aku. Sedey sebab member sekolah dpt masuk asrama, kita tak dapat.

Aku cakap dekat dia, waktu form 1 tak kisah sangat sebenarnya. Nanti form 4 lagik penting. Sekolah menengah rendah dekat KL nie byk yg bagus, malah ada yg lagik bagus dari asrama. Tapi dia cakap anak dia tak nak dengar. Hehe..sama lah jugak dengan aku dulu…Dulu umur baru setahun jagung. Mana lah tau sekolah bagus tak bagus. Ingat semua asrama macam best lah.

Alaa…macam dlm buku cerita Tingkatan 1 di Seri Melur tu, atau in english 1st year in Mallory Towers. Haa…sapa bace buku cerita tu? Aku khatam semua siri dalam cerita tu. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6. Dulu beli dekat kedai buku Kiddies Store RM1.90 je sebuah buku.

Anyway, sambung cerita pasal sekolah asrama. 10 tahun dulu, waktu aku tahu 2 orang je budak sekolah aku yg dpt asrama ( excluding me), aku nangis semalaman. Sebab sekolah aku sekolah bandar, so mmg kuota 2 orang je dari satu sekolah time tu. So lepas tu ayah aku mintak tolong lah dengan member dia dekat mara, dapat lah masuk mrsm menengah rendah.

Sehingga ke hari ini bila diimbas balik, aku betul betul bersyukur dengan suratan takdir aku. Kalau aku masuk asrama penuh kerajaan instead of mrsm, mungkin jalanan hidup aku dah berbeza sekarang.( bukan nak ckp sekolah asrama tak best pulak tau). Tapi kalau aku buat pilihan lain waktu tu, tak dpt lah aku masuk mrsm taiping lepas tu agaknya. Dan mungkin tak dapat scholar gi US, dan mungkin tak jumpa kekasih hatiku yg amat penyayang itu, dan mungkin takde peluang bersahabat dgn bebudak mrsm gerik yg amat amat best itu…alahai ruginya kalau macam tu…

YEAP…sedar tak sedar dah 10 tahun MRSM Gerik tu ditubuhkan. Dan kiranya hujung bulan nie dah 10 tahun rupanya aku berkawan dgn bebudak sekolah tu. Nak list nama dekat sini mmg tak larat sebab rasanya hampir semua budak dalam batch tu aku rapat. Selamat ulangtahun ke-10 utk MRSM Gerik…nanti bila ada waktu terluang, aku akan pergi visit InsyaAllah…

P.S: Tahniah utk bebudak USM Engineering & bebudak UIA yg baru habis final year. Welcome to da club!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s