think he’s the one…;)

My house is in a blast 2-3 hari nie. Baru baru nie my sister’s maid sakit. So my niece, si batrisyia tu dtg duduk with my mom while my sister pergi kerja. Then semalam family Kak Pi dtg dari Kelantan, diorang nak uruskan hal visa utk ke Jepun nanti. Biasalah bila bebudak tu datang meriah rumah. It’s good for my mom yg selalunya duduk sorang sorang jer kat rumah. Lagikpun my mom suka masak, so bila dah ramai orang tu seronok lah dia memasak.

I need to get my stuff from Ena’s house, sebab hari tu shipping barang atas nama Ena. Bila lah nak selesai proses aku unpack barang. Balik dah berbulan… hehehe…

Nak kena pasang balik my pc. Bukan aku lah yg pasang tapi, hehe…( toyong yaa pasang ek ek…). Rasa rasa mcm kena beli meja komputer lah. Alamak, rindu pulak dekat Wallmart. Hahaha…( Wallmart is a store in States where you can get low price in everything ~ makanan, baju, alat tulis, perabot, brg elektronik, basikal pun ada..huhuhu). So sebagai student, mmg lah ia satu tempat yg selalu dikunjungi. Sesetengah tempat dia bukak 24 hours pulak tu. So kadang kadang duduk dlm tu 2 jam pun tak abis shoppping lagik, sampai tokeh wallmart dah jadik jutawan sekarang nie dkt States. Hahaha…

Tukar topik sekejap. Bejuta juta manusia di dunia nie, rasa rasa ada tak someone yg really really care about your feelings? ( other than your mom lah). Someone yg really caring, understanding, risau bila kita sedih dan gembira bila kita senyum? Someone yg let go of his/her own need because of you?

Some people find someone who loves them but lack of these criteria. Someone who loves you like crazy but never want to hear your inner voice.

But i think I have found someone who really care about me. Someone who genuinely worried when I cried. I feel that I am so lucky so I will never let him go. And I do hope I’m right. I do hope he’s the ONE.

Dekat padamu arah ingin ku tuju,
Walaupun jauh akan ku tempuh… 😉

Advertisements

a day after voting…

Berakhir sudah proses mengundi. Tapi ada beberapa tempat kena recount nampaknya. Kita tunggu sahaja keputusan rasmi nanti. Tapi nampaknya BN berjaya rampas kembali banyak kerusi dari pembangkang. Berhasil juga usaha mereka kempen habis habisan.

Aku sokong individual dari sokong parti. Kalau wakil tu baik dan jaga kawasan dia sehabis baik, aku mmg respect. Sbb bukannya senang nak jadik wakil rakyat.

Dan aku rasa dlm satu kerajaan tu, mmg patut pembangkang menang beberapa kerusi as check in balance. Kalau tidak kerajaan jadik leka, takde siapa nak analisa cara mereka kerja.

Bukan dari segi kerajaan memerintah je, sebenarnya secara general nya aku tak berapa suka dgn monopoli. Mcm MAS dan Telekom. Sbb harga diorang charge mahal sangat kerana tiada pesaing. Mungkin sebab aku dah didedahkan dgn ekonomi dkt US yg mmg tak benarkan monopoli. Dan sebab aku tensen jugak tgk caj seminit telefon KL-Perak jauh lebih mahal dari caj US-Malaysia. Aku tabik dgn Air Asia yang berani ubah rentak.

Satu perkara yg jelas mencacatkan proses mengundi semalam : pihak SPR. Mmg seposen sungguh aku rasa. Kesilapan yg berlaku dekat Sg Lembing tu mcm tak wajar berlaku. Takkan lah diorang tak cek borang tu bila sampai. At least paling lambat pun borang tu mesti lah sampai sebelum pukul 8 pagi kan. Periksa lah sebelum tu. Ntah ape ape lah aku rasa…

Lepas tu byk pulak kes yang nama ada dkt internet/sms, tapi bila sampai dkt pusat mengundi takde pulak. Itu ape hal lah pulaknya. Suka suka je tukar. Takkan database macam tu pun tak boleh handle. Pelik sungguh lah. Aku nak tergelak dgr diorang yg sedang menunggu tu complaint, cakap komputer diorang dkt rumah lagik bagus. Mmg betul pun. Buat apa lah diguna komputer zaman dinosaur tu lagik…

Lepas tu aku dengar sendiri macamana akak jaga kaunter tu ckp kat pakcik tu “Tak ada nama pakcik. Cuba pergi tgk dkt sekolah depan tu.” Lepas tu pakcik tu cakap, “Dah pergi sana tapi tak ada. Dia suruh datang sini.” Lepas tu selamba bomba je dia ckp “Kalau macam tu pakcik pergi sekolah dkt Jln. ***, cek dkt sana.” Aku rasa mmg hampeh lah cara diorang tu. At least cek lah dlm komputer, lepas tu cakap dkt pakcik tu dkt mana dia nak pergi. TM NET kan ada streamyx sekarang. Orang persendirian pun mampu langgan. Takkan SPR tak boleh support benda mcm tu. Alahai…

mari mari mengundi

My Chinese acquaintances: Very good lah they do election on Sunday. So everyone can vote. If Saturday, some people get lazy you know after work.

My Malay acquaintances: Ape pasal lah buat hari ahad. Rugi cuti minggu nie.

Aku yg tak pernah mengundi nie cuma mendengar. Rata rata kenalan cina aku semua bersemangat nak pergi mengundi. Ada yg ambil cuti hari isnin kalau nak pergi mengundi luar KL. Semua dah cek nama dekat website pilihanraya. So, semua dah tahu siapa calon2 yg bertanding di kawasan mereka.

Tapi kenalan kenalan melayu pulak, bukan setakat malas nak pergi sebab jatuh pada hari ahad. Ada yg umur nak masuk 30 pun belum mendaftar lagik. Apa pasal yek macam nie…ada yg ckp sebab cuma satu undi takde beza, ada yg ckp malas nak beratur panjang sangat. Habis tu bebudak cina tu tak payah beratur ke? Musykil musykil…

Dua tiga hari nie rindu betul dkt Nicholas. Sampai nangis jadinya. Pelik sungguh. Dia tak ada pertalian darah dengan aku. Bukan boyfriend aku. It is a special kind of love…It hurts to know I won’t meet him again. He must be big now…tau tau lah kan budak kecik beberapa bulan tak jumpa mesti dah naik tinggi…menyesal pulak aku tak video cam keletah dia haritu. Tgk gambar tak cukup lah..isk isk isk…Bila lah aku nak dpt my own baby boy nie…😉

Weekend @ P.D

my bro-in-law kerja TNB. Bagus betul tempat dia. Lengkap dgn pool, gym, sauna, and segala jenis games ada. And since staff TNB je yg boleh masuk, takde lah crowded sangat. I have an awesome time, sesuai dgn mood layout baru site nie🙂.

Yg paling best, dapat belajar dgn my honey main ping pong and pool. Walaupun tak terer, tapi ternyata bakat tu memang ada. Tunggu nak gilap je.. hahahaha… Rasa rasa main ping pong lagik best dari pool. Atau pun sbb rasa yg tu lebih terer kot. Hahaha…

My sista and brother-in-law mmg dah selalu main. Tapi tak boley laa celen cik abang I kan 😉.

Tapi tak boley nak belajar swimming sangat sbb tak berapa phm bila tok guru mengajar. So tok guru bawak my niece si Batrisya tu jer laa swimming. I main air jer lah🙂. Tapi pelik lah apersal rules dkt swimming pool tu kena pakai t-shirt kaler putih sahaja. Org dah budget dah nak pakai t-shirt hitam. Ntah ape ape laa punya rules.

Pagi pagi konon hajat nak tgk sunrise. Iyalah, dekat Madison dulu tgk tepi tasik, kali nie nak tgk tepi pantai pulak. Tapi nak menunggu sorang sorang salin baju (melainkan aku ngan abang lah yg selamba je pakai baju tidur), bila dah sampai pantai dah terlepas sunrise. Itu pun pantai dah betul2 depan kondo. Lain kali kena camping terus lah kat gigi pantai🙂.

10 tahun MRSM Gerik

Puan xyz: Awak sekolah kat mana dulu?

Aku: Dekat MRSM.

Puan xyz: Saya tgh pening kepala nie. Anak saya sibuk nak masuk asrama tapi tak dpt. Kesian dia asik nangis.

Aku senyum. Been there, done that.

Cerita anak dia sebijik macam aku. Sedey sebab member sekolah dpt masuk asrama, kita tak dapat.

Aku cakap dekat dia, waktu form 1 tak kisah sangat sebenarnya. Nanti form 4 lagik penting. Sekolah menengah rendah dekat KL nie byk yg bagus, malah ada yg lagik bagus dari asrama. Tapi dia cakap anak dia tak nak dengar. Hehe..sama lah jugak dengan aku dulu…Dulu umur baru setahun jagung. Mana lah tau sekolah bagus tak bagus. Ingat semua asrama macam best lah.

Alaa…macam dlm buku cerita Tingkatan 1 di Seri Melur tu, atau in english 1st year in Mallory Towers. Haa…sapa bace buku cerita tu? Aku khatam semua siri dalam cerita tu. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6. Dulu beli dekat kedai buku Kiddies Store RM1.90 je sebuah buku.

Anyway, sambung cerita pasal sekolah asrama. 10 tahun dulu, waktu aku tahu 2 orang je budak sekolah aku yg dpt asrama ( excluding me), aku nangis semalaman. Sebab sekolah aku sekolah bandar, so mmg kuota 2 orang je dari satu sekolah time tu. So lepas tu ayah aku mintak tolong lah dengan member dia dekat mara, dapat lah masuk mrsm menengah rendah.

Sehingga ke hari ini bila diimbas balik, aku betul betul bersyukur dengan suratan takdir aku. Kalau aku masuk asrama penuh kerajaan instead of mrsm, mungkin jalanan hidup aku dah berbeza sekarang.( bukan nak ckp sekolah asrama tak best pulak tau). Tapi kalau aku buat pilihan lain waktu tu, tak dpt lah aku masuk mrsm taiping lepas tu agaknya. Dan mungkin tak dapat scholar gi US, dan mungkin tak jumpa kekasih hatiku yg amat penyayang itu, dan mungkin takde peluang bersahabat dgn bebudak mrsm gerik yg amat amat best itu…alahai ruginya kalau macam tu…

YEAP…sedar tak sedar dah 10 tahun MRSM Gerik tu ditubuhkan. Dan kiranya hujung bulan nie dah 10 tahun rupanya aku berkawan dgn bebudak sekolah tu. Nak list nama dekat sini mmg tak larat sebab rasanya hampir semua budak dalam batch tu aku rapat. Selamat ulangtahun ke-10 utk MRSM Gerik…nanti bila ada waktu terluang, aku akan pergi visit InsyaAllah…

P.S: Tahniah utk bebudak USM Engineering & bebudak UIA yg baru habis final year. Welcome to da club!