naik bas kat KL vs kat US

Sejak time dkt U lagi aku berazam nak kerja dkt KL. Takmo kerja dekat negeri lain. Reasonnya supaya aku boley tinggal kat rumah aku, tak payah carik rumah sewa. But to work in the heart of the city, you have to pay a great price for traffic. Terpaksa lah berkorban masa dalam bas/kereta untuk ke tempat kerja. Meaning kena juga bangun awal agar tak terlambat sampai ke office.

Dari rumah aku nak ke KL kalau tak ada kereta di jalan, 20 minit boleh sampai. Kira dekat jer lah. Tapi sebab aku takmo gamble datang lambat ofis (bos aku tu kata dia pentingkan punctuality), aku selalu naik bas awal. Pukul 7 pagi dah terpacak depan rumah rais yatim tunggu basπŸ™‚.

Sesiapa pengguna tetap jalan ampang tu mesti sedia arif kan traffic jam yg teruk dekat simpang jelatek. Simpang tu, dari aku kecik sampai besar dah ade LRT PUTRA nie pun still traffic jam lagik. Menunjukkan betapa ramainya orang duduk dlm area Jelatek tu. Once dah lepas simpang tu, selalunya takde lah jam dah. Smooth jer perjalanan sampai office aku, so aku pun sampai awal macam sekarang nie. Hehehe…takde benda nak buat aku taip lah dlm nieπŸ™‚

Anyway, teringat time dekat U dulu tunggu bas nak pergi kelas tepi tasik mendota. Kalau waktu winter weather bawah 0 Celcius, angin sejuk tahap dewa, memang betul betul menguji kesabaran. Mat saleh pun ada yg tutup telinga & muka sebab tak tahan. Kita apatah lagik kan. Kalau boleh nak pakai topeng.

Buatnya kelas pepagi, lagiklah menduga keimanan nakgi kelas ke tak. Lepas tu kalau kita terlambat/bas terawal, sibuk berlari lari kejar bas dengan baju winter tebal di badan. Tapi selalunya nasik baik driver bus baik, dia tunggu lah kita kalau dah nampak kita terlari lari tu.

So, utk bebudak ipta dekat sini yg duduk dlm kawasan U (contohnya mcm budak USM Engineering kan…hehehe), bersyukur lah byk byk dpt duduk dlm kawasan U. Nak pergi kelas pun 5 minit jer. Lepas tu tak payah nak merentangi angin sejuk, tinggal nak harungi angin malas je. Dah begitu senang macam tu nak ke kelas, jangan lah ponteng kan…πŸ˜‰ huhuhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s