selamat hari raya aidiladha

Wahh….nampaknya ramai yg inspired dgn cerita amoi baru baru nie. Hari tu time raya haji dapat aku jumpa member amoi aku tu balik. Dia baru start kerja. So kitorang pun sembang sembang lah pasal kerja. Dia budak akaun, asalnya apply kerja dgn the big 4 (katanya interview dekat Deloitte sampai 3 jam!). Tapi lepas tanya pendapat kengkawan akauntan dia, dia tukar fikiran. Rasa macam tak sanggup kerja audit. Over hours and under paid for starters. Once dah jadik partner lain cerita lah kan.

Sama lah macam akak aku dulu, pukul 1 pagi baru balik from ofis. Ada yg 3 hari tak blk rumah…susah jugak yer memilih kerja nie yer walaupun dah ada ijazah. Yerlah, kalau dah ada family takkan nak balik ofis pukul 1 pagi kot.

Macam baru baru nie aku interview, dia boleh siap tanya bila aku nak kahwin. Takut sibuk nak ambik cuti rasanya.

Anyway, malam nie fara akan berangkat ke London utk menyambung Master. Alahai…orang baru blk dia nak pergi pulak. Sedeyyynyaaa macam nie. Nasib baik sethn setengah jer. Fara sayang, jaga diri, & blk cepat cepat okei!

Dan untuk semua rakan rakan yg bersemangat utk menyambung Master, teruskan lah perjuangan anda. Aku support sepenuhnya, tak sia sia kan sambung belajar nie. Nabi pun cakap belajar sampai negara China kan. Walaupun amik Master nie means kita extend study, so kerja lambat sket, tapi ape salahnya berkorban masa demi masa depan kan. Especially sempena raya haji nie, kena lah sisipkan nilai nilai pengorbanan dln diri kan…

Aku pun lepas lepas nie kalau ada peluang nak jugak sambung. Tapi bukan actuary laa…tak larattt dah che non. Business jer lah yg rasa rasanya mampu. Bahang sakit kepala buat actuary masih terasa walaupun dah 2 bulan tak sentuh buku..hehehe…(macam bagus je…)

Dahlah haritu aku interview dkt satu company german nie. Dia suruh aku translate bahasa german. Ada satu verb tu, aku terlupa beli ke pergi. Habislah ayat aku jadik tunggang langgang. Gatal lagik tulis dalam resume reti bahasa german. Hehehe…itu baru belajar thn lepas, dah lupa…karat sungguh otak nie.

Okeylah..selamat hari raya aidiladha untuk semua. Tima kasih sebab rajin singgah site nie🙂

Oh yer, makasih utk abang dan fathul sebab pinjam kan cd korea, aper ker tajuknya..The Successful Story of a Bright Girl kot. Best cerita tu. Hmm..best jugak kan jadik askar macam dia..huhuhu…pis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s