solat pengubat jiwa…

Aku: Apesal ngko nie takde boyfriend lagi? Punya ramai orang tackle, sorang pun tak berkenan ke?

Member aku: Macamana lah nak ada boyfriend. Aku nak carik lelaki yg tak tinggal sembahyang 5 kali sehari punyalah susah. Nak carik dekat mana ah?

Aku dan kengkawan ku yang lain gelak dengar kata kata dia. Memula aku nak jawab carik lah budak kampung. Tapi teringat ada jugak member aku budak kampung yg cuma sembahyang jumaat jer, sembahyang lain tinggal. Dan tetiba aku rasa jawapan dia tu bukan lawak lagik.

Memang kitorang sedar, kalau keluar dgn sesetengah budak lelaki (member sendiri lah) ada yg buat donno je bila waktu solat dah nak abis. (obviously kalau kitorang keluar before asar dan mahgrib pun dah nak masuk). Aku tak kata diorang tak sembahyang langsung, tapi selalunya bila jalan jalan diorang ambil remeh hal solat nie.

Dan aku bukan cakap khusus utk budak laki je, cuma utk kes aku nie, aku experience with the guys. Harap jangan lah sesiapa ambil hati pulak yer. Walau macamana pun, ramai jugak guys yg aku kenal tak tinggal sembahyang. So basically this is not a gender thing. Cuma utk jejaka jejaka di luar sana yg abaikan solat, kena lah take note mungkin sebab tu awek awek yg ditackle tak membalas cinta ek…

Solat itu ketenangan…pengubat jiwa yang gelisah. harap harapnya kita semua sentiasa cuba memeliharanya, sebagai peringatan untuk aku sendiri… InsyAllah.

Advertisements

fobia dgn peragut…

Among my friends in States (or we could say among the girl friends), it is common to shop for handbags, since it is stylish and cheap. You could get popular brands like Guess, Liz Clairborne or Nine West as low as USD15 during sales. Sometimes if you get luckier, there are also the USD5 handbags lying around. Sebab itulah ada yg borong sampai 5-6 handbag sekali shopping🙂.

However, back in Malaysia, you could not enjoy 100% the satisfaction of having these branded stylish handbags. Dlm area Ampang je, ada 14 kes ragut beg dalam sehari. Kalau ikut cerita member2 aku (dan edisi siasat..hehe), area area lain kat kl nie pun sama jugak.

Kalau aku berjalan tanpa cik abang ku, aku lagik selesa bawak sling bag (beg selempang dkt bahu). Handbag yg lawa biar saja peram jadik harta dekat rumah🙂. Bukan aku sorang je. Aku tgk bebudak pompuan lain yg jln sorang sorang pun mcm tu. Semua orang pegang beg erat erat, mcm nak peluk je. Takde can lah nak jln casually sambil melenggang…semua orang jadik fobia dengan peragut. Kengkadang duit dlm tu bukan byk pun, yg berharga selalunya IC, handphone, sunglasses? hehehe…

Sebenarnya time aku darjah 6 dulu dah pernah alami experience kena ragut nie. Aku tgh jln kaki nak balik rumah, tetiba rantai aku kena ragut.

Mamat motor tu mula mula datang dari arah berdepan dgn aku. Aku buat donno jer lah tgk dia masa tu. Tak ingat pun aku ada pakai rantai emas waktu tu. Lepas tu taktik diorang nie, diorang matikan enjin motor and dtg diam diam dari arah belakang. Aku memang tak sedar langsung. Bila dah betul betul dekat dan bila pembonceng tu dah ready nak pow si mangsa, baru lah dia press enjin motor dia ready nak pecut. Terkejut beruk jugaklah aku masa tu.

So buat semua cik cik adik yg jln sengsorang, mmg lah kena sentiasa alert dgn surroundings area. Jangan lah nak berangan ke, ber sms ke waktu jln tempat yg sunyi. Dan elakkan jugak dgr walkman/cdman sbb nanti tak dgr kalau ada orang approach. Heheh..kiranya cdman aku tu pun still duduk terperuk dekat rumah lah sehingga hari nie…

P.S: Ckp pasal Wan Kamarudin, hari tu jumpa dia waktu Karnival ANSARA. Boleh tahan jugak rupa dia secara live, hehehe..kalau tak takkan member aku sorang tu nak bergambar dgn dia kan…😉.

naik bas kat KL vs kat US

Sejak time dkt U lagi aku berazam nak kerja dkt KL. Takmo kerja dekat negeri lain. Reasonnya supaya aku boley tinggal kat rumah aku, tak payah carik rumah sewa. But to work in the heart of the city, you have to pay a great price for traffic. Terpaksa lah berkorban masa dalam bas/kereta untuk ke tempat kerja. Meaning kena juga bangun awal agar tak terlambat sampai ke office.

Dari rumah aku nak ke KL kalau tak ada kereta di jalan, 20 minit boleh sampai. Kira dekat jer lah. Tapi sebab aku takmo gamble datang lambat ofis (bos aku tu kata dia pentingkan punctuality), aku selalu naik bas awal. Pukul 7 pagi dah terpacak depan rumah rais yatim tunggu bas🙂.

Sesiapa pengguna tetap jalan ampang tu mesti sedia arif kan traffic jam yg teruk dekat simpang jelatek. Simpang tu, dari aku kecik sampai besar dah ade LRT PUTRA nie pun still traffic jam lagik. Menunjukkan betapa ramainya orang duduk dlm area Jelatek tu. Once dah lepas simpang tu, selalunya takde lah jam dah. Smooth jer perjalanan sampai office aku, so aku pun sampai awal macam sekarang nie. Hehehe…takde benda nak buat aku taip lah dlm nie🙂

Anyway, teringat time dekat U dulu tunggu bas nak pergi kelas tepi tasik mendota. Kalau waktu winter weather bawah 0 Celcius, angin sejuk tahap dewa, memang betul betul menguji kesabaran. Mat saleh pun ada yg tutup telinga & muka sebab tak tahan. Kita apatah lagik kan. Kalau boleh nak pakai topeng.

Buatnya kelas pepagi, lagiklah menduga keimanan nakgi kelas ke tak. Lepas tu kalau kita terlambat/bas terawal, sibuk berlari lari kejar bas dengan baju winter tebal di badan. Tapi selalunya nasik baik driver bus baik, dia tunggu lah kita kalau dah nampak kita terlari lari tu.

So, utk bebudak ipta dekat sini yg duduk dlm kawasan U (contohnya mcm budak USM Engineering kan…hehehe), bersyukur lah byk byk dpt duduk dlm kawasan U. Nak pergi kelas pun 5 minit jer. Lepas tu tak payah nak merentangi angin sejuk, tinggal nak harungi angin malas je. Dah begitu senang macam tu nak ke kelas, jangan lah ponteng kan…😉 huhuhuhu…

telekong oh telekong…

Okay…so last friday I took full courage to ask permission from my boss. He was not that happy about it, nevertheless he let me go for the interview. Got another interview with one more insurance company today, tapi tak berani dah lah aku nak tanya boss. Rezeki ku sudah di sini, terima lah seadanya…

Anyway, makacih byk byk jugak dekat Aziedy sebab secara tidak langsung banyak benda pasal interview2 nie cik abg ku belajar dari dia, dan lepas tu baru cik abg ku ajar aku. Some of the things yg aku belajar dari diorang: i.antar application through pos laju, ii.antar resume kertas keras (kaler pinky pinky & scented macam legally blonde pun bley kot), dan jgn lupa cover letter tu kalau boleh menepati ciri2 company tu.

Utk bebudak UW, rerajin laa belek site career center dekat business school punya website. Rasanya semua orang boleh access site tu. Banyak sangat membantu…

Anyway, tukar topik sat…meh cerita pasal mimpi. Semalam aku mimpi tadika aku. I mean tadika yang aku kerja laa dulu tu lah, bukan tadika fatima jalan ampang tu 😉.

Aku mimpi aku dapat cuti seminggu so aku pergi US sebab nak visit tadika aku tu. Lepas tu time jumpa diorang air mata ku menitis sebab rindu sangat. Ada sorang budak tu peluk aku sampai takmo lepas. Btw, yg peliknya aku rasa bila aku bangun kesedihan tu macam real giler je…

Mungkin aku mimpi sebab aku baru dapat email dari Terri (one of the teachers over there) baru baru nie. Sampai terbawak ke mimpi…Anyway, nak dijadikan cerita, 5-6 bulan dulu time aku pindah rumah, aku ter ‘misplaced’ kain telekong aku. Sebab time tu kan jadi nomad dekat rumah Ena, Nini & Zaini, so barang barang aku mmg bersepah laa time tu.

Yg aku ingat, aku simpan telekong tu dkt tadika. Lepas tu bila summer session habis, aku nak bawak blk sebab time tu nak pindah masuk dorm. Tapi kalau korang ingat kan, time tu parents sibuk kasik hadiah memacam dkt cikgu. Maka time tu aku pun sibuk nak bwk blk semua hadiah, aiskrim, etc. So, time tu lah telekong aku missing in action.

Selepas setengah tahun aku kehilangan telekong tu, kelmarin Terri kasik email. Dia kata dia terjumpa telekong aku. Bukan aku tak carik kat tadika tu, dah banyak kali cari tapi tak jumpa pun. Rupa rupanya Terri terjumpa dalam bakul dramatic area (brg brg yg digunakan utk dramatic play i.e costume, props, etc).

Terri cakap mesti ada budak telebih rajin yg simpankan dalam bakul tu. Sbb rules kat tadika aku tu memang lepas main kena kemas sendiri. Kalau taknak kemas kena punish dgn cikgu la gamaknya, e.g: tak dapat pergi main dkt playground. Hehehe..jahat tak.

Ada orang ingat telekong aku tu costume rupanya. Diorang ingat costume hantu agaknya kan…huhuhu…

after a week working…

Thank you for all the responds. Since I really like my current job, I did reject other interviews. Bagik peluang dkt orang lain bak kata nonie🙂

Except this one interview was really hard for me to reject. It comes from the most prominent bank in Malaysia, a really stable one. In fact, I don’t think it will go out of business, unless something really bad happen to Malaysia, i.e political instability.

After a long thought, I personally think I prefer to work here. However, I have a desire to attend the interview for the sake of experience. Nak tgk lah soklan macamana dia tanya kan…

Some member of my families prefer for me to work there. I could understand that since it is a well known bank. I took their advices under considerations since orang tua lebih dulu makan garam kan..

Thus, sebab teringin nak tahu interview dia macamana, brings me to another problem of how to ask a permission from my boss, since the interview is during the working day. Many people suggest to lie, which I don’t think I can do it. Since my bosses are all very kind. Adoii…..dah kerja pun susah…

Now I miss lying on my bed dkt Regent watching my collections of FRIENDS. Tak payah nak pk ape ape…And the free breakfast dkt Regent… bestnya… hehehe…You know what, I need to learn how to make waffle. Waffle dkt sini mahal nak mampus. Lepas tu bley la berlagak sket kan, reti lah jugak masak American breakfast. Huhuhu…

Oh yeah..nany pun dah dpt kerja, at one of the biggest computer companies in the world. Congrats! Dia kena belanja aku makan busat sbb aku yg jumpa iklan tu utk dia..huhuhu…And congrats too to some of my batch yg dah dpt kerja dgn Panasonic! Kerja rerajin ek!!!

btwn one job and another

I have just start working for 3 days. So far so good, the office is super nice. The colleagues are friendly, the boss are awesome. The only thing that I should be complaining is I haven’t had a lot of job yet. Sebab bos busy, selalu sangat meeting. So dia sempat ajar sket sket je. Aku pun buat kerja pun sket sket lah baru🙂.

Hakikatnya kerja dkt ofis tu bertimbun, tapi aku tak reti buat lagik..hehehe…Anyway, kerja tak byk takkan aku nak komplain kan…bersyukur jer lah….

I need some help here from you guys yg dah bekerja…Once dah dpt kerja kan, kalau kena panggil interview daripada sykt2 lain nak buat macamana yek? I mean, from companies yg dulu2 kita apply tapi baru sekarang dia panggil (HR cuti panjang utk thn baru cina and raya haji sebelum nie).

Kalau aku tak suka environment kerja aku sekarang, selamba jer lah aku pergi. Tapi kalau suka nak buat camana yek? Confuse dah aku…Dah 2 interview aku tolak. Rasa rugi pun ada, tapi kalau pergi rasa guilty pulak. Camner ek? Aku takde experience dlm hal nie lah…isk isk…camno eden…kasik pendapat sket…makacih daun keladi…

job hunting

Job hunting could be hard, but sometimes opportunity comes when you least expected.

I officially started my job hunting 3 weeks ago. Basically by two means. i. Through internet agents such as jobstreet.com, and jobsdb.com. ii. Through write in, where I send my resume to companies.

By write in, I could choose the company that I want. However, sometimes they would only ignore your letter since they don’t have job opening at the mean time. Tapi mana tau lah kan rezeki, try jer lah kan. Tak rugi apa apa…

Plus, kalau boleh aku nak kerja dgn insurance company since major aku lebih menghala ke situ. Sebab tu write in to insurance companies.

Anyway, alhamdulilah tak sia sia jugak aku write in. Khamis lepas dapat offer kerja dari salah satu syarikat insurans yg aku apply write in. Kebetulan ada kerja kosong walaupun dia tak iklankan. Dia kata kasik tempoh percubaan dulu utk aku selama 3 bulan. Aku tak kisah laa…Janji dapat experience. Sebelum nie asik dengar si Margie tu jer bercakap. hehehe..rindu pulak dekat Margie (profesor aku). Hehehe…

Sehari lepas tu, datang pulak offer dari 2 bank lain. Chesss….masa aku mula mula carik kerja dulu tak ada saper nak offer. Skang nie sumer nak offer serentak pulak. Agaknya lepas raya haji orang baru nak bukak surat kot.

Tapi sebab aku dah accept offer pertama, aku malas dah lah nak pergi yg lain. Lagikpun yg tu sykt insurans, lebih menepati dgn major aku. Bos dia pun cam baik, mat saleh…hehehe… Plus dekat jer dgn rumah aku, convenient utk orang yg macam aku yang takder lesen kereta nie. Muahahahah…

Anyway, isnin nie aku start kerja dekat Jln Sultan Ismail. Doakan bos aku baik hati…heheeh…pis.

Terima kasih utk abang aku yang sentiasa bagi support dan tolong lekat setem. Juga mama yg rajin antar aku gi cyber cafe time nak mintak kerja dulu. Nanti dapat gaji boley belanja korang nasi ayam cozy 🙂, InsyaAllah…

selamat hari raya aidiladha

Wahh….nampaknya ramai yg inspired dgn cerita amoi baru baru nie. Hari tu time raya haji dapat aku jumpa member amoi aku tu balik. Dia baru start kerja. So kitorang pun sembang sembang lah pasal kerja. Dia budak akaun, asalnya apply kerja dgn the big 4 (katanya interview dekat Deloitte sampai 3 jam!). Tapi lepas tanya pendapat kengkawan akauntan dia, dia tukar fikiran. Rasa macam tak sanggup kerja audit. Over hours and under paid for starters. Once dah jadik partner lain cerita lah kan.

Sama lah macam akak aku dulu, pukul 1 pagi baru balik from ofis. Ada yg 3 hari tak blk rumah…susah jugak yer memilih kerja nie yer walaupun dah ada ijazah. Yerlah, kalau dah ada family takkan nak balik ofis pukul 1 pagi kot.

Macam baru baru nie aku interview, dia boleh siap tanya bila aku nak kahwin. Takut sibuk nak ambik cuti rasanya.

Anyway, malam nie fara akan berangkat ke London utk menyambung Master. Alahai…orang baru blk dia nak pergi pulak. Sedeyyynyaaa macam nie. Nasib baik sethn setengah jer. Fara sayang, jaga diri, & blk cepat cepat okei!

Dan untuk semua rakan rakan yg bersemangat utk menyambung Master, teruskan lah perjuangan anda. Aku support sepenuhnya, tak sia sia kan sambung belajar nie. Nabi pun cakap belajar sampai negara China kan. Walaupun amik Master nie means kita extend study, so kerja lambat sket, tapi ape salahnya berkorban masa demi masa depan kan. Especially sempena raya haji nie, kena lah sisipkan nilai nilai pengorbanan dln diri kan…

Aku pun lepas lepas nie kalau ada peluang nak jugak sambung. Tapi bukan actuary laa…tak larattt dah che non. Business jer lah yg rasa rasanya mampu. Bahang sakit kepala buat actuary masih terasa walaupun dah 2 bulan tak sentuh buku..hehehe…(macam bagus je…)

Dahlah haritu aku interview dkt satu company german nie. Dia suruh aku translate bahasa german. Ada satu verb tu, aku terlupa beli ke pergi. Habislah ayat aku jadik tunggang langgang. Gatal lagik tulis dalam resume reti bahasa german. Hehehe…itu baru belajar thn lepas, dah lupa…karat sungguh otak nie.

Okeylah..selamat hari raya aidiladha untuk semua. Tima kasih sebab rajin singgah site nie🙂

Oh yer, makasih utk abang dan fathul sebab pinjam kan cd korea, aper ker tajuknya..The Successful Story of a Bright Girl kot. Best cerita tu. Hmm..best jugak kan jadik askar macam dia..huhuhu…pis.