gong xi fa chai

Gong Xi Fa Chai utk semua. Sakan semua orang bercuti, aku pun join sekali beronggeng, walaupun hakikatnya hari hari aku cutišŸ™‚.

Cerita pasal raya cina, teringat kengkawan cina time sekolah rendah dulu. Ramai kawan cina aku, termasuk lah best friend aku merangkap deskmate aku si Kelly Goi. Bijak sungguh amoi sorang tu, especially dalam math dan lukisan. Dari darjah 1 sampai darjah 6 aku duduk sebelah dia. Rasa rasanya dia jugak lah antara sebab aku pun jadik terer math time sekolah rendah dulu, terinspired gitu…

Teringat kisah time aku darjah 5 dulu. Time tu weekend. Aku pergi PD dgn family kak pi rasanya. Balik rumah petang tu, mama cakap Abg Mail telepon. Abg Mail nie opis boy sekolah aku dulu. Abg Mail cakap rumah Goi terbakar. (Rumah Goi time tu sebelah sekolah je, selalu aku lepak sementara nak menunggu latihan hoki waktu petang).

Terkejut beruk aku dapat berita tu. Esok tu aku jumpe die dkt sekolah, macam sedey jugaklah dia. Walaupun dia ada rumah lain dekat Tmn Dagang, tapi banyak jugaklah harta benda dia musnah kan.

Belakang rumah dia bersambung dengan rumah cousin dia. Terbakar jugak. Lepas rumah tu terbakar, diorang bertungkus lumus cuba kutip harta benda yg tinggal. Si Goi nie aku tahu mmg suka menabung. Adik beradik dia pun sama. Kalau birthday aku pun hadiahkan tabung. Tabung special sket, jenis yg tak boley bukak. Kalau nak amik jugak duit dalam tu, kena pecahkan lah.

So dia mmg tak pernah pecahkan. Dah penuh tabung A, isi dalam tabung B pulak. Anyway, lepas kebakaran tu diorang adik beradik dan cousin2 dia cuba lah kutip duit duit syiling yg ada di sekitar tu. Sebab duit syiling tak terbakar kan.

Kutip punya kutip, 16 baldi duit syiling terkumpul. Hantar bank, dapat RM10,000!!! Siap masuk Utusan Malaysia lagik time tu. Mmg respek habislah dkt dia time tu. Tak sia sia usaha menabung dari kecik kan. So kengkawan, marilah kita sesama menabung. ASB kan ada…hehehe.cam iklan pulak…šŸ˜‰.

P.S. Makacih utk cik abang ku yg sanggup teman tgk cerita TRAUMA walaupun separuh rela je…hihihi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s