an experience @ Heathrow

I’m back! 🙂

Wahh…dah lebih 2 minggu rupanya aku balik Malaysia nie yek. Tapi kan, baru 2 minggu berat aku dah naik. Mana taknya, mama aku sayanggg sangat dekat puteri bongsu dia nie, masak macam macam…hehehe…tapi rasanya tak lama lagi dia berhenti lah pampered aku, once dia naik boring tengok mukaku yg comel ini🙂.

So misi ku sekarang, nak ambik lesen memandu. Hehehe…ketinggalan zaman sungguh, but better late than never ek.

Anyway, nie nak kongsi secebis pengalaman aku waktu di Heathrow Airport, London, tempoh hari. Flight aku waktu pagi. Sampai sampai, line MAS panjang berjela walaupun kitorang datang awal sebab kaunternya baru bukak. Abang aku kate mmg selalu macam tu. Katanya international flight yg paling profitable fligh KL-UK-KL. Rupanya ramai sungguh orang Malaysia ke UK, sakan shopping agaknya. Ada ternampak mak datin siap check in barang berkotak kotak. Tak kisahlah tu; dia first class, boley bawak barang banyak banyak.

Lepas breakfast dgn family abang aku, aku pun boarding lah. Terkantoi lah pulak gunting kecik aku dalam beg. Ajaib jugak aku, time dkt US tak kantoi pulak. Sedangkan kastam US bukan main lagi cek sampai 2-3 kali. Kasut pun suruh bukak. UK cek punya sempoi pun terkantoi. Itulah, kastam US tu bias, tgk orang pakai tudung je sibuk nak cek itu ini. Btw, aku tak sengaja sebenarnya bwk gunting tu. Takde niaat nak hijack sape sape🙂.

Abg kastam UK tu baik je, dia kate tak boley bawak gunting. Pastu dia tanya teddy bear aku tu bercakap ker tak. Hihih…

Lepas security check, pergi lah carik gate. Dari jauh dah nampak orang berbaris panjang. Aku dah agak mesti tu gate MAS punye. Sebab panjang sangat, aku tak nampak #gate, so aku tanya jer lah mat saleh depan aku tu. Memang sah lah gate MAS.

Hampir 5 minit aku beratur, ada satu keluarga melayu datang. Jalan straight je si ayah ke depan. Aku ingat kan nak naik 1st class, tak payah beratur. Tgk tgk die form line baru dkt depan tu. (Mcm bawak kereta lah, nak signal masuk line). Terkejut badak aku. Dia ingat nie warung kopi ke. Buat malu sungguh dekat mat mat saleh tu.

Anak anak dia macam teragak agak nak ikut si ayah. Ade sorang anak dia yg lebih kurang sebaya dgn aku malu malu cuba bersuara, ckp something like “Ayah, line dekat belakang nie.” Tgk tgk ayah dia kata “Takpe, biarlah. Meh sini.”

Ish ish…geram sungguh aku time tu. Dia ingat orang lain tak faham bahasa Malaysia ke. Ramai jugak Malaysian yg tgh beratur. Aku pulak yg rasa malu dekat foreigners time tu.

Bukannya plane nak tinggalkan kitorang pun. Tak panggil boarding pun lagik. Apa lah nak dikejarkan sangat.

Lepas tu bila dah panggil boarding, biasalah kan, dia akan panggil ikut seat. Mula dgn seat belakang dulu. Seperti yg ku agak, pakcik tu meluru ke depan. Tgk tgk steward tu suruh die duduk dulu, sebab # seat dia bahagian depan. Alahai…memanglah tak reti bahasa…

Baru baru nie pun time aku tgk Edisi Siasat NTV7, polis trafik tu kata yg menambahkan traffic jam dekat Malaysia sebab orang sibuk potong line. Tgk lane sebelah bergerak lagik laju, masuk lane tu. Lepas tu masuk pulak lane lain. Di manakah kesabaran orang Malaysia, yang kononnya kaya dengan budi bahasa…

Walaupun pengalaman aku tadik tu, pakcik tu sorang jer yg buat hal, kitorang semua yang rasa tempiasnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s