gong xi fa chai

Gong Xi Fa Chai utk semua. Sakan semua orang bercuti, aku pun join sekali beronggeng, walaupun hakikatnya hari hari aku cuti🙂.

Cerita pasal raya cina, teringat kengkawan cina time sekolah rendah dulu. Ramai kawan cina aku, termasuk lah best friend aku merangkap deskmate aku si Kelly Goi. Bijak sungguh amoi sorang tu, especially dalam math dan lukisan. Dari darjah 1 sampai darjah 6 aku duduk sebelah dia. Rasa rasanya dia jugak lah antara sebab aku pun jadik terer math time sekolah rendah dulu, terinspired gitu…

Teringat kisah time aku darjah 5 dulu. Time tu weekend. Aku pergi PD dgn family kak pi rasanya. Balik rumah petang tu, mama cakap Abg Mail telepon. Abg Mail nie opis boy sekolah aku dulu. Abg Mail cakap rumah Goi terbakar. (Rumah Goi time tu sebelah sekolah je, selalu aku lepak sementara nak menunggu latihan hoki waktu petang).

Terkejut beruk aku dapat berita tu. Esok tu aku jumpe die dkt sekolah, macam sedey jugaklah dia. Walaupun dia ada rumah lain dekat Tmn Dagang, tapi banyak jugaklah harta benda dia musnah kan.

Belakang rumah dia bersambung dengan rumah cousin dia. Terbakar jugak. Lepas rumah tu terbakar, diorang bertungkus lumus cuba kutip harta benda yg tinggal. Si Goi nie aku tahu mmg suka menabung. Adik beradik dia pun sama. Kalau birthday aku pun hadiahkan tabung. Tabung special sket, jenis yg tak boley bukak. Kalau nak amik jugak duit dalam tu, kena pecahkan lah.

So dia mmg tak pernah pecahkan. Dah penuh tabung A, isi dalam tabung B pulak. Anyway, lepas kebakaran tu diorang adik beradik dan cousin2 dia cuba lah kutip duit duit syiling yg ada di sekitar tu. Sebab duit syiling tak terbakar kan.

Kutip punya kutip, 16 baldi duit syiling terkumpul. Hantar bank, dapat RM10,000!!! Siap masuk Utusan Malaysia lagik time tu. Mmg respek habislah dkt dia time tu. Tak sia sia usaha menabung dari kecik kan. So kengkawan, marilah kita sesama menabung. ASB kan ada…hehehe.cam iklan pulak…;).

P.S. Makacih utk cik abang ku yg sanggup teman tgk cerita TRAUMA walaupun separuh rela je…hihihi…

an experience @ Heathrow

I’m back! 🙂

Wahh…dah lebih 2 minggu rupanya aku balik Malaysia nie yek. Tapi kan, baru 2 minggu berat aku dah naik. Mana taknya, mama aku sayanggg sangat dekat puteri bongsu dia nie, masak macam macam…hehehe…tapi rasanya tak lama lagi dia berhenti lah pampered aku, once dia naik boring tengok mukaku yg comel ini🙂.

So misi ku sekarang, nak ambik lesen memandu. Hehehe…ketinggalan zaman sungguh, but better late than never ek.

Anyway, nie nak kongsi secebis pengalaman aku waktu di Heathrow Airport, London, tempoh hari. Flight aku waktu pagi. Sampai sampai, line MAS panjang berjela walaupun kitorang datang awal sebab kaunternya baru bukak. Abang aku kate mmg selalu macam tu. Katanya international flight yg paling profitable fligh KL-UK-KL. Rupanya ramai sungguh orang Malaysia ke UK, sakan shopping agaknya. Ada ternampak mak datin siap check in barang berkotak kotak. Tak kisahlah tu; dia first class, boley bawak barang banyak banyak.

Lepas breakfast dgn family abang aku, aku pun boarding lah. Terkantoi lah pulak gunting kecik aku dalam beg. Ajaib jugak aku, time dkt US tak kantoi pulak. Sedangkan kastam US bukan main lagi cek sampai 2-3 kali. Kasut pun suruh bukak. UK cek punya sempoi pun terkantoi. Itulah, kastam US tu bias, tgk orang pakai tudung je sibuk nak cek itu ini. Btw, aku tak sengaja sebenarnya bwk gunting tu. Takde niaat nak hijack sape sape🙂.

Abg kastam UK tu baik je, dia kate tak boley bawak gunting. Pastu dia tanya teddy bear aku tu bercakap ker tak. Hihih…

Lepas security check, pergi lah carik gate. Dari jauh dah nampak orang berbaris panjang. Aku dah agak mesti tu gate MAS punye. Sebab panjang sangat, aku tak nampak #gate, so aku tanya jer lah mat saleh depan aku tu. Memang sah lah gate MAS.

Hampir 5 minit aku beratur, ada satu keluarga melayu datang. Jalan straight je si ayah ke depan. Aku ingat kan nak naik 1st class, tak payah beratur. Tgk tgk die form line baru dkt depan tu. (Mcm bawak kereta lah, nak signal masuk line). Terkejut badak aku. Dia ingat nie warung kopi ke. Buat malu sungguh dekat mat mat saleh tu.

Anak anak dia macam teragak agak nak ikut si ayah. Ade sorang anak dia yg lebih kurang sebaya dgn aku malu malu cuba bersuara, ckp something like “Ayah, line dekat belakang nie.” Tgk tgk ayah dia kata “Takpe, biarlah. Meh sini.”

Ish ish…geram sungguh aku time tu. Dia ingat orang lain tak faham bahasa Malaysia ke. Ramai jugak Malaysian yg tgh beratur. Aku pulak yg rasa malu dekat foreigners time tu.

Bukannya plane nak tinggalkan kitorang pun. Tak panggil boarding pun lagik. Apa lah nak dikejarkan sangat.

Lepas tu bila dah panggil boarding, biasalah kan, dia akan panggil ikut seat. Mula dgn seat belakang dulu. Seperti yg ku agak, pakcik tu meluru ke depan. Tgk tgk steward tu suruh die duduk dulu, sebab # seat dia bahagian depan. Alahai…memanglah tak reti bahasa…

Baru baru nie pun time aku tgk Edisi Siasat NTV7, polis trafik tu kata yg menambahkan traffic jam dekat Malaysia sebab orang sibuk potong line. Tgk lane sebelah bergerak lagik laju, masuk lane tu. Lepas tu masuk pulak lane lain. Di manakah kesabaran orang Malaysia, yang kononnya kaya dengan budi bahasa…

Walaupun pengalaman aku tadik tu, pakcik tu sorang jer yg buat hal, kitorang semua yang rasa tempiasnya…

I’m back

Hi everybody!!!

hihihi….aku dah selamat sampai malaysia 10 hari yang lalu. Alhamdulilah, akhirnya dapat bernafas di bumi Malaysia, safe & sound.

Terima kasih banyak banyak utk semua yg sign guestbook sepanjang ketiadaaan aku. Aku nie mmg perangai macam nie. Once dah balik, suka bertapa dekat rumah seminggu dua sebelum keluar. Qada’ tidur dan qada’ makan. Dekat rumah tak ada access internet buat masa nie since pc aku belum sampai. So, tak berisi lah jurnal nie alkisahnya.

Hari nie baru lah rajin kan diri keluar dari kepompong, datang cc. Hehehe…nie baru nak start carik kerja lah nie. Itupun sebenarnya masih ada lagik sindrom malas sket sket, brg kat bilik still ada yg tak kemas. Pening kepala tgk kain baju sendiri..hehehe…

Anyway, I spend 10 days with noris, nini, and their boyfriends dekat london. Duduk rumah abg lan. London is great, senang nak jalan jalan. Then ikut abg lan and family pergi Oxford and Bath. Seronok bermain dengan anak anak abg lan, Raihan & Emy. Rindu rasanya dengan diorang!

Bandar Oxford lawa betul. Macam dalam filem Harry Potter gamaknya. Bath is very historical. Masuk Roman Bath, kagum sekali tgk org dulu dulu punya architechture, bertahan sehingga sekarang.

Anyway, thanx to pakak, alif, & azam sebab bawak kitorang jalan jalan around london. Sorry kengkawan aku yg di UK, hari tu tak sempat nak call. Nombor semuanya aku lupa bawak. Woraitt…Lengkali aku tulis lagik, ada perkara lain nak diuruskan.

Cayangg ngkorang semua..muahss…