Al fatihah…

Lagu M Nasir Satu Hari di Hari Raya tu mmg feel kan. Dulu ingatkan tu lagu lama die nyanyi balik sebab iramanya syahdu semacam je. (since selalunya lagu lagu raya lama yg mmg kick).

Bila baca paper ttg komen die pasal lagu tu, I have a feeling he hated it when Vince nyanyi lagu tu using R&B mix. Mmg suka suka hati je ker kat malaysia amik lagu orang tak mintak izin? Mungkin sesetgh org kate die berlagak bile die cerewet bab pilih penyanyi utk nyanyi lagu die. Well, I grew up with this sifu’s songs and respect him so much. Thus I think punya pasal lah dia nak cerewet pun..huhuhu…

I have to declare this year tahun plg sedih aku rasa beraya di perantauan. Dunno why. Selalunya cam ok je. Maybe sbb dah nak dekat sangat nak balik kot. Nak kate sebab exam, thn lepas pun exam jugak.

Semalam aku tertarik dgn satu artikel dlm Berita Harian tentang rumah orang orang tua. I don’t realised ramai jugak orang Malaysia yg tinggalkan mak bapak mereka. How could they do such things…Ada yang sampai ada 4 orang anak, takde sorang pun ke yg nak jaga. Ugghh..I promised myself to be a better daughter in the future.

Baca Utusan Malaysia. Ada accident melibatkan family friend abang. Kesemua lima sekeluarga meninggal dunia. Yang sebaya dgn abang tu gengnya main bola di padang. In fact rite now while I’m writing, dia tengah tunggu mayat utk solat jenazah di masjid Keroh. Sekali lagi mindaku diingatkan tentang ajal maut yang bisa datang mengetuk bila bila masa sahaja…

Mari lah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah buat mereka yg pergi mengadap Ilahi di bulan Ramadhan ini. Moga mereka ditempatkan di kalangan yg beriman.

Salam Lebaran

Hari nie baru aku start pasang koleksi lagu raya dekat winamp. Kalau pasang awal sangat nanti hilang feel pulak, hehehe…Lagu feveret aku lagu duet anuar & elina tu, dgn lagu uji rashid & hail amir.

Kat US nie suasana raya mmg kurang. Tak ada lagu raya di tv, takde pasar ramadhan, takde bunyi mercun, dan takde sale besar besaran di mall. So aku pun tak sedar raya dah nak dekat. Lagikpun sehari sebelum raya aku still ade exam.

Tapi bile baca jurnal org lain semua sibuk nak balik kampung utk beraya, baru sedar raya dah nak dekat 🙂. Aku pun nak ambil kesempatan ini ucapkan selamat menyambut hari lebaran utk semua. Especially utk family aku, kengkawan, dan istimewa utk sumer pembaca manjalara nie samada kita pernah berjumpa atau tidak.

Walaupun Ramadhan hampir meninggalkan kita, semoga semangat dan kesabaran menjalani ibadah itu senantiasa tersemat di hati…

Aku mintak maaf kalau terkasar bahasa atau terguris hati sesiapa. Harapnya tahun depan dapat beraya di tanahair tercinta bersama ngkorang semua.

 P.S~ Terima kasih utk PETRONAS sbb sentiasa share iklan raya diorang dkt internet utk kami di perantauan nie.

re’bonding’ with my bro?

Lately I’m getting nervous psl nak blk Malaysia. Dunno why. Maybe sebab dah nak dekat sangat nak blk make me more homesick, maybe sbb byk bender tak setel lagik, or maybe just pms. Duhh..

Teringat jugak pasal 2 pelajar Malaysia yang kembali ke rahmatullah baru baru ini. I was crying while reading the news even I didn’t know them. Sayu rasanya. Lepas tu aku teringat pulak allahyarham Azra. Moga Allah tempatkan dia di kalangan mereka yang beriman. Amin…

Personally, i think it’s good for your heart to remember death. How death surround us. Kira terjaga sikit daripada lena yang bila bila sahaja ajal akan tiba.

Bila hati sayu + nak dekat raya, rasa macam nak balik Malaysia esok jugak. Hehehe…InsyaAllah I’ll leave this place next month. Tapi aku nak singgah jumpa abang aku di UK dulu. We haven’t meet for sooo longgg I really think I should spare a week to reconnect with him, no matter how homesick I am. Huhuhu…

Our path hardly crossed. Dia pergi Uk buat degree, then dia balik aku masuk asrama. Aku habis asrama dia pindah kerja dekat Labuan, and now aku baru nak abis blajar dia kena tukar dkt Uk pulak. Ntah bila lagik lepas nie nak jumpa aku pun tatau…Sabor jer..

Most of my memories with him were during childhood. Setiap kali balik dari Mckk dia bawak byk teka teki. Dan setiap kali mesti aku dapat jawab dulu daripada Kak Lah. Masa tu aku ingat aku lagik pandai daripada akak aku, hehehe..(perasan abis). Bila dah besar baru sedar budak kecik lagik pandai jawab teka teki. I guess because their mind are so orginal and innocent.

Abg aku org yg responsible ajar aku main chess. I think that is something since tak ramai budak darjah 1 reti main chess zaman aku dulu. And of course he won all other kind of board games; monopoly, scrabble, cards…sebab dier main tipuuuuu!!!! Main nyorok nyorok pun kena tipu tau…sabor jer…

Anyway, pray for me that I’ll arrive safely in London and back to Malaysia. InsyaAllah…

Isk..isk…R.A ketuk pintu laa…😉. Ade can nak flirt nie…hihihi…jangan mare nanti cepat tua..

9 tahun yang lalu (last episode)

Dua tiga hari kemudian…

“Okay. Aku nak kasik kad tu. Tak kira lah dia ingat ker tak aku. Aku takut nanti nyesal lagik.”

The next day…

“Mon, nah abg chik kasik.”

*****************************************************************************************************

“Aaaaaaaaaaaaaaaa….Ikaaaa…abg chik kasik kad raya. Hehehe…”

“Haaaaaa….tgk tgk die tulis apa?”

“wahh…chewah chewah…”

“hihi..syok syok…”

A week later, back in my hometown…

“Adiikkkkkkkkkkkk….telepon!!!!!!!!!”

*****************************************************************************************************

Maka di situ bermula lah kisah cinta monyet aku dengan si dia. The rest is history 🙂.

To tell the truth, tahun seterusnya tu kitorang dah asyik gaduh sampai clash (cinta monyet katakan), but let just keep that story some other time ;).

Plus bila aku selongkar brg brg lama sebab nak recall cerita lama, aku pulak yg jadik sayu menahan rindu. Kalau panjang umur thn depan bley sambung selongkar maybe, hehehe…

Anyway, bila selongkar selongkar tu, it reminds me how much we love each other…so much. Happy Anniversary Sayang…

 Ya Allah..panjangkanlah umur kami,
Jauhkan lah kami daripada gangguan syaitan,
Tunjukkan lah kami jalan yang benar,
Jalan orang orang yang beriman…
Amin…

*Sorrylaa aku berjiwang. Lps nie aku cerita psl Nicholas pulak ok..hehehe..or maybe Chad Michael Murray? huhu…

9 tahun yang lalu (part 3)

The next day…

“Mon. Malam tadi Helmi ngan Zaidi cerita macamana abg chik sebut nama ngko.”
“Huh? Camne?”
“Cikgu Latiff tanya dia homeroom apa, dia cakap homeroom sama dgn Monina. Lawak laa abg chik ngko.”

“Hahhhhh???? Jawab macam tu dkt bapak homeroom aku! Takkan homeroom sendiri pun tak ingat.”
“Haa..Cikgu tanya nama sendiri pun dia tak ingat.”

“Macamana wei die sekarang nie. Helmi cakap apa?”
“Risau yerr mon…”
“Jangan lah main main Sue. Serius nie..”
“Helmi tanya ngko sedih ke. Aku cerita lah ngko nangis.”
“Hahhh???? Malunya…abislah bebudak kelas tahu.”

Another day past by…

“Mon!!!! Mon!!!!! Abg chik ada kat akademik. Aku nampak kat kelas.”
“Ye ke? Dengan sapa? Ok ke dia?”
“Dengan Helmi. Mon…dia jawab 3+2=4.”

“Hah??????”
“Haa..aku dengar Helmi tgh dok ajak dia persamaan linear. Sebelum tu aku tengok dia nak langgar tiang. Nasib baik Helmi pegang tangan dia.”

“Haaa???? Ngko betul ker nie Sue…”
“Ngko pergi lah tengok. Kesian gila aku tengok. ”
“Takut lah aku…nanti dia tak kenal aku ke.”
“Pergi je lah…dia kenal lah.”
“Dia kenal ke ngko tadik Sue?”
“Ntah. Tak tegur pun dia. Muka cam pelik je.”

“Hmm…Okei laa…korang..jom laa teman aku gi akademik. Kita buat buat ambik buku kat kelas.”

*****************************************************************************************************

“Mon, tu abg chik kat pintu kelas.”

He’s looking at me…Mata kami bertentang seketika. Dalam hati aku meneka samada dia kenal aku atau tidak. Matanya sayu. Rambut tak terurus. Aku tak sanggup nak tengok lagi. Ku alih pandangan ke lain.

Aku masuk pintu kelas. Dia menuruti Helmi keluar kelas. Kenapa dia macam tu? Tak sembuh lagi ke?

“Betullah Mon Sue kata. Tengok tu, jalan pun huyung hayang.”

Aku cuma diam.

Aku pun ambil buku yang aku pura pura nak ambil dan keluar dari kelas. Kami mempercepatkan langkah sebab waktu berbuka puasa semakin hampir. Sempat aku menoleh sekali lagi ke belakang. Nampak abg chik dekat pondok telefon dengan Helmi. Mata kami bertaut sekali lagi buat seketika…

To be continued…

9 tahun yang lalu (part 2)

After tarawih…

Aku turun tangga surau selaju mungkin. Kalau tak nanti sandal kena pijak. Sekilas pandang nampak Helmi dekat tepi tangga sebelah tempat ambil wuduk. Terdengar dia panggil nama Suharti. Aku teruskan perjalanan ke blok P1.

5 minutes later….

“Mon!!! Mon!!!”

Aku keluar bilik. Nampak Suharti dekat muka pintuk blok dgn Ayu. Ape hal budak nie jerit melampau nie..isk isk…Kecoh dia berlari ke arah aku.

“Mon..abg chik hilang ingatan!!!”

“Huh?”

“Abg chik hilang ingatan. Helmi bagitau tadi. Dah bawak dia pergi hospital.”

“Hahhhhh??? Janganlah main main Sue.”

“Betul. Helmi cakap dia main kejar kejar dgn Gopeng dlm bilik air. Lepas tu terjatuh. Lepas tu terus dah tak ingat apa apa. Tapi Helmi cakap dia sebut nama ngko bila Cikgu Latiff tanya.”

“Hahhhhhh????”

Felt like that was too much information for me to absorb at the moment.

“Iya…Helmi cakap dia sebut nama ngko. Tapi tanya dia benda lain semuanya dia tak ingat.”

Aku diam. Staring at Sue. At Ayu. At the ground. What the hell had happened…Tak sampai 5 minit bebudak P1 berkerumun sekeliling kitorang. Suharti ulang cerita dia. Slowly, really slowly, I started to cry. Oh my God. What should I do…

Later that night, people kept on pouring into my room giving condolence. Sampai akak pengawas pun datang jugak. Everyone knows he’s not my boyfriend, but looks like now everyone knows I have a crush on him. Until lights off @ 11.00 pm, I still can’t stop crying.

*****************************************************************************************************

“Korang… Macamana kalau dia hilang ingatan sampai bila bila? Ape pasal lah aku tak bagik kad raya tu awal awal lagik…menyesalnya…”

“Kalau dia hilang ingatan sampai bila bila, ngko suka ke kat dia lagik?”

“Hah??? Hmmm..ntah. Tak tahu.”

Runsing hati aku ketika itu Allah saja yang tahu.

“Tapi at least kita tahu dia suka kat ngko. Kalau tak takkan sebut nama ngko. Tak pernah aku dengar cerita macam nie tau.”

“Ntahlah. Bebudak kelas kan dok ejek kitorang. Maybe sebab tu kot dia ingat.”

“Takde lah. Aku rasa dia memang suka ngko lah.”

Should I be proud that he remembered my name…I don’t know…My heart full of regret. I should give him the card sooner…

To be continued…

9 tahun yang lalu…

9 tahun yang lalu…

 

“Mon, ngko taknak ke kasik kad raya kat abg chik?”
“Hehe..ntah. Macam nak jugak. Tapi malu lah. Dia tak kasik pun dekat aku. Nanti orang kate perigi cari timba tau.”
“Alaa..kasik je. Dia malu tu. Ngko kasik jer la yg sahabat ke ape. Takder lah die perasan.”
“Hmm…Nanti lah. Aku kasik hujung hujung nanti sebelum cuti raya. Takde lah malu sangat. Nanti dah tak jumpa dah time cuti.”

 

The next day….

 

“Ika, ok tak kad nie?”
“Haa…lawanyerrrr…Bila nak kasik?”
“Nanti lah. Hari last sebelum cuti nanti. Suruh Che Pon kasik. Ke ngko nak kasikkan pun boleh jugak.”

 

The next day, @ Dewan Selera…

 “Wei…nampak tak abg chik? Apersal tak nampak pun. Ngko nampak tak?”
“Isk..budak nie. Orang sibuk nak bukak puasa, die sibuk nak usha orang.”
“Alaaa….Ade tak? Cuba lah ngko tgk. Selalunya nampak je baju melayu oren dia tu. Wei, die demam ke ah? Tadi sihat je kat kelas.”
“Hari nie kan homeroom Hambali keluar outing. Dia makan dekat asrama kot. Cuba ngko tengok. Pizza ke, aero ke, ada tak? Ntah ntah diorang berbukak reramai kat dorm kot.”
“Hmm..macam takde jer aero.”

 Later that nite, berjalan kaki ke surau maktab…

 Eh..apersal van maktab naik sampai atas nie.”
“Mana?”
“Tu belakang DS.”
“Ada budak sakit kot.”

To be continued….

What movie do you belong in?

What movie Do you Belong in?(many different outcomes!)
brought to you by Quizilla

Cess…hampeh. 2 kali buat dapat movie yg sama. High school lagik ke aku nie? Adooiii…mmg laa tak matured lagik.

Hari nie satu tadika dijamu kek & cookies sempena birthday Adriana. Kek befday dia saja besar giler, lps tu ade cookies & cheese cakes lagik. Aku yg time tu puasa siap tapau 2 tupperware. Hahahaha…tamak tamak…

Budak tu anak orang kaya. Mmg padanlah sambutan harijadi macam tuan puteri. Menurut gosip cecikgu dkt tadika, ayah dia gaji no.3 paling tinggi dkt UW nie (no.1 Alvarez). 

Anyway, tak luak langsung lagik kek dlm tupperware tu. Nafsu semata mata. (Nany & Aida, mai datang amik cheese cake wei!)

Hari nie masak asam pedas ikan & kerabu ulam. Satu belajar daripada mama, satu lagik daripada insyaAllah bakal mak mentua aku🙂. Asam pedas memang masakan tradisi dlm keluarga aku. Kalau si Adeeb (my nephew) makan, lebih tiga pinggan. By the way, I blamed totally on frozen fish here yg menyebabkan asam pedas aku tak sesedap yg mama buat, huhuhu…Aku tak pernah try buat kalau dkt Malaysia. Seriously. Siang ikan pun first time buat dkt sini. Hehehe.. Well…I guess ‘bring it on’ is the right movie, huh 😉.

 *Big salute to Miller, penyelamat takhta fantasy football jijan ngan aku…huhuhu…