Imbasan Ramadhan…

Alhamdulilah…hari pertama berpuasa aku tempuhi dengan sempurna. Tapi bukak puasa masak cincai je sebab baru balik dari kerja. Time nie lah rindu masakan mama aku di Malaysia. Huhuhu…

Dahlah aku nie antara golongan yang liat untuk bangkit bersahur. So bila bangun makan jer lah apa yang ada. Kalau kat Malaysia, mak aku rajin lah layan karenah aku & akak aku. Dia masak best best utk sahur agar kitorang berselera. Selalunya dia buat nasik goreng atau nasik lemak. Memang kick habislah. Tapi kalau sahur makan lauk semalam, tak sampai 5 minit lah aku duduk kat meja makan tu. Terus cabut sambung tidur…hehehe…

Even kalau mak aku tak boleh puasa pun dia rajin jer bangun masak. Mulia sungguh hati seorang ibu tu kan. Macamana lah aku nak jadik rajin macam tu…isk isk…

Dekat sini aku tarawih dekat rumah je. Dulu dulu aku pergi jugak masjid. Tapi bukan macam dekat Malaysia, dekat sini gap antara Isya’ dan tarawih tu lama sangat sampaikan aku jadik tak tahu nak buat apa. Time tu kiranya diorang sibuk makan lagik lah. Ada lah dekat sejam setengah jugak. So aku pun tarawih dekat rumah jer lah. Selalunya by the time 7.30pm masjid baru start aku dah habis dah. hehehe…

Dekat Malaysia pun aku tarawih dekat rumah je. Aku ingat jugak dulu time kecik kecik pernah lah pergi masjid. Tapi time tu sibuk main dlm kain telekong mak aku je.

Once dah besar ayah aku dah tak boleh drive waktu malam, so kitorang mmg tak pergi masjid. Dekat rumah aku tu kalau nak jalan kaki pergi masjid kena lalu shortcut sebelah rumah Rais Yatim. Nama je rumah menteri tapi ada semak jugak short cut tu. So mak aku memang tak kasik jalan sengsorang malam malam. Kalau anak anak sedara aku balik rumah beraya baru kitorang pergi jalan kaki ke Masjid Kg Melayu tu.

Kiranya kenangan pertama aku solat tarawih berjemaah bermula dekat mrsm gerik lah. Memang lagik best lah solat berjemaah. Syahdu siott dengar bilal selawat. Kalau suara best mesti ada budak perempuan siap mengintai celah tirai nak tengok siapakah gerangan orangnya. (pardon our childish moment). Huhuhu…Aku rasa tirai tu tutup macamana pun mesti ada lubang jugak. Banyak meyimpan kenangan tirai hijau tu.

Ada lagik tak agaknya tirai hijau tu?🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s