Trick or treat for halloween…

Semalam waktu nap time, tetiba jer Nicholas bangun duduk atas cot dia. Lepas tu merangkak keluar masuk cot sebelah. Budak nie biar betul…mengigau laa pulak. Baru dia nak masuk dalam selimut member sebelah tu aku pun angkat dia. Letak balik atas cot dia. Mata bulat je. Tapi letak atas bantal terus tutup mata balik. Sah mengigau. Nasib baik comel…๐Ÿ™‚

Hari nie join kekanak pergi Trick O Treat. Kitorang pergi area Agriculture Hall & School of Human Ecology. Banyak wooo dapat cekelat ๐Ÿ™‚.

Nicholas jadi firefighter, Henry jadi batman, Ian jadi Pooh, budak perempuan biasalah..mostly jadik princess/fairy. Nanti bila dah develop gambar aku scan. Penat jugak tadik, ada nak dekat 2 jam. On the way balik jln kaki si Nicholas tu dah penat mintak dukung lah pulak. Nasib baik cikgu nie baik hati kan…hehehe….he’s so adorable. Letak candies dlm topi firefighter dia. Mmg cute abis!

Anyway, Happy Halloween everybody. Dkt Madison nie antara sambutan Halloween yg terbesar di U.S. Rasanya sampai 60,000 orang luar datang celebrate dkt sini.

Oh yer..hari nie Dr. M letak jawatan kan. Dia start jadik PM tahun 1981, thn aku dilahirkan. Isk isk…aku yg tak fanatik psl dia pun sedih jugak. Orang lain tak tahu lah macamana…

Bebudak tepeng..ingat tak lagu nasyid kat bawah nie? Tetiba pulak aku teringat. Aku bukan minat sangat nasyid. Tapi lagu yang satu nie mmg killer laa. Menyentuh hati habis.

Khas utk umat Islam istimewanya…teruskan semangat Ramadhan!

Dunia Baru Islam
Masih basah kenangan indah,
zaman cemerlang era gemilang,
ketika rasul ada di sisi,
para sahabat mentadbir bumi…
Zaman nubuwwah era khulafah,
Islam laksana api yang menyala,
menerangi teman dan juga sahabat,
bahang panasnya membakar lawan…
Di celah itulah kami mengatur langkah,
membina sebuah Thoifah,
di sini bara tak pernah padam,
digenggam kukuh sebuah azam…
Ayuhlah para mujahid,
ayuhlah para mujahidaah,
kita tinggalkan zaman fitnah,
agar tertegak kalimah Allah,
agar terbangun…dunia baru Islam…

Imbasan Ramadhan…

Alhamdulilah…hari pertama berpuasa aku tempuhi dengan sempurna. Tapi bukak puasa masak cincai je sebab baru balik dari kerja. Time nie lah rindu masakan mama aku di Malaysia. Huhuhu…

Dahlah aku nie antara golongan yang liat untuk bangkit bersahur. So bila bangun makan jer lah apa yang ada. Kalau kat Malaysia, mak aku rajin lah layan karenah aku & akak aku. Dia masak best best utk sahur agar kitorang berselera. Selalunya dia buat nasik goreng atau nasik lemak. Memang kick habislah. Tapi kalau sahur makan lauk semalam, tak sampai 5 minit lah aku duduk kat meja makan tu. Terus cabut sambung tidur…hehehe…

Even kalau mak aku tak boleh puasa pun dia rajin jer bangun masak. Mulia sungguh hati seorang ibu tu kan. Macamana lah aku nak jadik rajin macam tu…isk isk…

Dekat sini aku tarawih dekat rumah je. Dulu dulu aku pergi jugak masjid. Tapi bukan macam dekat Malaysia, dekat sini gap antara Isya’ dan tarawih tu lama sangat sampaikan aku jadik tak tahu nak buat apa. Time tu kiranya diorang sibuk makan lagik lah. Ada lah dekat sejam setengah jugak. So aku pun tarawih dekat rumah jer lah. Selalunya by the time 7.30pm masjid baru start aku dah habis dah. hehehe…

Dekat Malaysia pun aku tarawih dekat rumah je. Aku ingat jugak dulu time kecik kecik pernah lah pergi masjid. Tapi time tu sibuk main dlm kain telekong mak aku je.

Once dah besar ayah aku dah tak boleh drive waktu malam, so kitorang mmg tak pergi masjid. Dekat rumah aku tu kalau nak jalan kaki pergi masjid kena lalu shortcut sebelah rumah Rais Yatim. Nama je rumah menteri tapi ada semak jugak short cut tu. So mak aku memang tak kasik jalan sengsorang malam malam. Kalau anak anak sedara aku balik rumah beraya baru kitorang pergi jalan kaki ke Masjid Kg Melayu tu.

Kiranya kenangan pertama aku solat tarawih berjemaah bermula dekat mrsm gerik lah. Memang lagik best lah solat berjemaah. Syahdu siott dengar bilal selawat. Kalau suara best mesti ada budak perempuan siap mengintai celah tirai nak tengok siapakah gerangan orangnya. (pardon our childish moment). Huhuhu…Aku rasa tirai tu tutup macamana pun mesti ada lubang jugak. Banyak meyimpan kenangan tirai hijau tu.

Ada lagik tak agaknya tirai hijau tu? ๐Ÿ™‚

Happy Birthday Ika!

Selamat berpuasa semua….

*Azila, dah lama laa kiter nak msg awak. Dah ilang ke gesbuk? I really love your coffee layout! Nanti thn depan kite get together kay:).

ย 

Ini tahun terakhir utk aku berbuka puasa pukul 4.++pm. Guess I am going to miss that part๐Ÿ™‚. 4 tahun puasa dkt sini mmg bernasik baik sbb kena time winter.

ย 

Ramadhan has always been a blessing to me. Rasa jiwa tenang (sbb tader setan?), insaf, & syahdu (sbb jauh daripada family?). Harapnya ramadhan kali ini membawa penuh keberkatan. Hope it helps me prepare myself to face the reality.

Dalam previous entry kan aku dah plan utk sambung cerita pasal member aku, si Ika. Tapi aku tak sure sebenarnya nak cerita part mana. Banyak sangat kisah aku dan dia. She’s just great. Really.

ย Nama pun dah cukup unik. Ikarastika Rahayu. Budak Trengganu, dan satu satunya orang yg bertanggungjawab memperkenalkan aku bahasa trengganu. Aku kira lambat lah jugak baik dgn dia sbb dia kelas sebelah. Tapi once baik terus connected. Plus aku couple dgn abg homeroom dia, dan dia pun couple dgn kawan baik aku, menjadikan kitorang lagik rapat agaknya. A guy once thought we were lesbian (punya penat aku couple kena tuduh lesbian laa pulak). Duhhh….

She’s so sweet. Walaupun aku pernah membelakangkan dia sebab melebihkan boyfriend aku (that was really stupid), she’s still there for me. Bila aku sedey sbb cik abang aku merajuk, dia pujuk aku. Bila aku happy sebab cik abang aku kasik present, dia pun tumpang seronok sampai melompat lompat tak ingat dunia, hehehe….Form 2 time tu..kasik can laa ๐Ÿ˜‰.

Friendship is really amazing you know. Aku couple & break up beberapa kali pun, she’s still there. Sampailah sekarang. I kind got a lesson from our friendship. Of how precious a friend can be…and never let your love life get on the way.

Personally aku rasa walau se-asyik masyuk mana pun bercinta, jgn sekali kali abaikan kawan. Cakap macam senang tapi sebenarnya susah jugak nak realisasikan. So satu cara yg aku dgn jijan cuba buat is by trying to know & be friends with your partner’s friends.

Mcm kitorang senang lah sket sebab sekali kan time dekat gerik + tepeng. But it’s worth trying. Sebab dah byk gak member aku unhappy berpunca dari isu ‘kite tak tau si dia berkawan dgn siapa’. Huhuhu…kasik tips bercouple la pulak. Umur baru setahun jagung. Isk isk…

ย Sebelum aku merepek lebey panjang, Happy 22nd Birthday, Ikarastika. Miss you so much. Hope to see you soon honey!

Happy Birthday Libra gals!

Happy Belated Birthday to all my Libra gals out there. 1st sekali utk anak sedara aku yg comel, Mya Batrisyia. Tapi takde mood sekarang nie nak shopping baju budak. Lain kali laa ek…hehehe…

But especially to all my dearest friends out there. Ika, Syikin, Munie, etc. Ramai laa pulak bebudak Libra nie. Buat geng agaknya.

Syahrul Ashikin…I got a lot of sweet + bitter memories with you gal ;). We become closer friends kind mcm dah lambat jugak. Masa awal awal sekolah form 1 belum geng lagik. Biasalaaa zaman sekolah..semua snob..semua nak gaduh…huhuhu….

But then lelama kitorang jadik geng. Especially time form 3. Dia teman aku curi masuk blok budak laki. Dgn alasan bodoh nak carik baldi pulak tu…Hehehe…

Tapi satu benda still aku musykil. Aper pasal bebudak lelaki ckp kita tubuhkan Kelab Admirer tu…isk isk.. Sampai sekarang aku teringin nak tahu siapa dalangnya. (They said kelab nie ditubuhkan oleh sesetgh bebudak perempuan utk sesajer couple dgn guys and then eventually break their heart).

And they got this idea that we are the president & vice yg membawa idea tu di kalangan bebudak perempuan. Gosshh….ada sekali tu aku ngan syikin kena tabik nazi dgn diorang… Uggghhhh….hampeh sungguh.

Tapi tak kisahlah. Pahamlah time tu baru umur 15 tahun. Pemikiran golongan adam belum matured lagik waktu tu. Hehehe…nak buat camner kan kalau awek mintak clash kan..salahkan kitorang pulak. Huhuhu…

Anyway, there’s another thing I remembered about this girl. Syikin, aku, & Shaira buat projek senireka sama sama. Time tu kena buat kalendar. Kitorang semuanya kurang artistik (bkn cam fara & putri yg selalu kena puji ngan cikgu seni..huhuhu…). So lukisan atas kalendar tu pun mcm ntah ape ape lah…

Then hari nak kena hantar tu ader sikit lagik nak siapkan. Time tu bulan puasa, so budget lepas sahur mmg nak pulun buat. Tgh pulun tu, si syikin terlanggar bekas water color habis tertumpah atas hampir semua bahagian kalendar tu. Oh man! Abislah…lagik 2 jam lagik nak hantar!

Aku dgn Shaira gabra lah time tu. Tapi minah tu cool je. Boleh gelak lagik. Pelik jugak aku. Dia kata rileks lah..sempat lagik. Then aku pun rasa cam boley kot cool down walaupun aku rasa macam tak sempat je nak buat around 8 pages lagik. Tapi pulun laa buat 2 jam tu. Siap jugak akhirnya…tak sangka aku.

So since that day aku rasa aku belajar lebih cool down kalau ader ape ape emergency. Actually kengkadang bila cool senang sket nak handle problem.

Anyway, kitorang dapat A utk kalendar tu. Huhuhu…Sbb walaupun kitorang tak artistik, ada lah jugak sket sket art mengampu cikgu. Hehehe..what to do man…tu jer skill yg kitorang ader…๐Ÿ˜‰.

Happy Birthday Syikin! Semoga berbahagia dengan tunang tersayang :).

Pasal Ikarastika? Itu kena to be continued. I have too many memories with these two gals. Tak muat kalau cerita satu page๐Ÿ™‚

ย When the whole world is gone,
You won’t be alone…coz I’ll be there…

Fall is in the air…

am definitely going to miss the Fall season here. Lawa gile daun daun die. Orange + Brown. Kalau bawak basikal, lepas tu lalu dekat daun daun kering tu, best giler.

Anyway, had fun last weekend during the homecoming week. Tema tahun nie Lights, Camera, Homecoming. So time parade ramai laa yg bertemakan hollywood. Football was fun too, even we lose. Better luck next time.

Oh yeah…Baru tahu ada separuh akhir juara lagu. Dia buat awal tahun nie since nak puasa dah agaknya. Walaupun aku tak minat siti, still kind of surprise lagu irama malaysia dia tak masuk. Agaknya orang sekarang berubah angin minat lagu yasin pulak. 2 lagu Ning masuk, best best. Exists & OAG pun dapat jugak ๐Ÿ™‚. Siti Sarah laa sayang tak dpt…diorang ckp hari tu dia nyanyi slack sikit…Well, kita tunggu saja siapa yg menang ๐Ÿ˜‰.

Hmm…my annivesary is coming soon. Tak tahu lah nak buat apa. Sebelum nie aku tak pernah peduli pasal annivesary nie. Masa tu rasa macam patutnya orang yg dah kahwin jer laa raikan annivesary. Lagikpun, kitorang pun tak pernah declare ker ape. But now since dah lama jugak lah couple, aku rasa patut jugaklah aku hargai detik bersejarah itu…kan kan….

Rasa macam nak shopping lagik laa…boley tak? huhuhu….๐Ÿ™‚

A good stress reducer…

Good news:
~Dah habis ganti puasa ๐Ÿ™‚.
~Got A in my child development paper.
~Done some shopping!!!
~BADGERS won…againts Ohio State!!! Yeahhh๐Ÿ˜‰

Bad news:
~Tak sempat study habis utk midterm child development tadik. Lebey 20 soalan aku tibai…hehe..sbb aku amik option pass/fail, harap harapnya pass la..huhuhu…
~Inverse Pareto masuk exam actuary last week!!! Agghh..

I’m taking this one credit class, Counseling Psychology. Saje saje ambik utk tambahkan A, nak cantikkan sket cgpa dah semester akhir nie. Sediakan payung sebelum hujan beb๐Ÿ˜‰. Kelas nie cuma 10 minggu je, seminggu sekali. Kalau datang setiap minggu, gerenti dapat A.

Anyway, last week cikgu tu ajar pasal stress management. Bincanglah pasal what causes stress, stress reducer, & effect of stress. Profesor tu cakap benda benda tu berbeza bagi setiap orang. Sesetengah org kalau stress tak boleh tidur, sesetengah orang tu terus tidur (mcm aku rasanya).

Bebudak pompuan byk ckp stress reducer diorang shopping, ice-cream, chocolate, tgk tv. Huhuhu… Bebudak lelaki pulak cakap smoking, alcohol, sports, gym.

Cikgu tu cakap sport memang antara stress reducer yg bagus sbb ada movement, tapi kekadang tak berapa bagus since ada elemen “competition”. Yerlah..ingat nak reduce stress pergi main bola. Tgk tgk kalah, boleh jadik lagik stress kan.

ย 

Anyway, my point is…cikgu tu cakap a good stress reducer perlu ada ciri ciri berikut:-

1.Require some physical movement.
2.Require mind concentration.
3.Boleh dibuat di mana mana sahaja (cth dia kasik kat Wisconsin nie tak boley nak hiking selalu, so hiking kiranya tak sesuai laaa).
4.Xtvt tu diulang berulang kali.

Dia cakap combination physical movement dgn concentration tu penting utk reduce tekanan darah, bla bla (tak ingat sangat lah aper bender lagik dia bebel…). Then dia kata salah satu stress reducer yg bagus abad ini ialah YOGA. Huhuhu….

Time kelas yoga aku pun cikgu yoga tu asyik sebut concetration tu penting, kalau takat gerak gerak aje buat ‘pose’, objektifnya takkan tercapai.

ย 

Dan point aku pulak…isn’t it obvious what is the most powerful stress reducer here…SOLAT. It’s as easy as that. Semua requirement cikgu aku tu sebut dipenuhi. Time dia mula2 sebut tu aku tak perasan sgt, lepas tu baru perasan…betapa sempurnanya Islam itu…

ย Interestingly, kalau dalam solat tak khusyuk ( no concentration), mmg boleh rasa lah objektifnya tak tercapai. Tapi kalau betul betul khusyuk, ketenangan dlm hati tu priceless kan. Bukan takat reduce, hilang terus stress…huhuhu….

ย So pengajarannya utk aku, bila stress ape kata cuba solat sunat instead of tidur atau makan cekelat… hehehe…

ย Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua,
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita…

two kind of lovers…

I have exam this Friday, actuarial science exam. Dunno why I’m not studying as much as I should. Agghhhh… malasshhnnyaaa….asik asik mkn, tido, tgk tv…..

So ape kate kite cerita pasal tv๐Ÿ™‚

Smallville– Oh man…I couldn’t believe to see that big S shape dkt badan Clark. Ingatkan superman kali nie lari dari streotype. Merepek sungguh lah premiere hari tu aku rasa. Nasib baik dia masuk phone booth nak buat phone call je. Kalau dia tukar baju superman mesti aku lagi tensen.

FRIENDS– Rachel and Joey hooked up. Ross jadik gila bayang. Leceh sungguh…Insider said Rachel-Joey thing will only last for 3-4 episodes, tak bestnya…

You know what, I think there are two kind of couples in the world. One ~ evolve from being friends. They are good friends and spend many times together. So lama lama rasa very comfortable with each other, understand each other, always be there for you, selalunya share hobi yg sama, dan jeles bila tgk si dia dgn orang lain. Eg: Lorelai & Luke (Gilmore), Rachel & Joey, Chloe to Clark? (Smallville).

The second type ~ you just totally falling in to each other. Could be love at the first sight, could be not. The chemistry is just there, biarpun jarang jarang jumpa. Selalunya perangai tak sama, so lagik senang nak gaduh. But he/she completes your life. Kind of like your other half, your soul mate. Eg: Ross & Rachel, Lorelai & Christopher (owwhh..there are so made for each other), Phoebe & Cole (Charmed), Rory & Jess? or is it Dean? (Gilmore).

Anyway, betul tak si Jess tu muka mcm Chris (Charmed)? Kan kan…WB suka carik muka org lebih kurang…Mcm Clark (Smallville) dgn Lukas (One Tree Hill). Dua dua rambut serabut, tough, mata sepet sepet sket. Dua dua model CK.

Oh..I think I should stop babbling. Bersembang mcm lah budak 16 thn. Anyway, sabtu nie Nisfu Syaaban. Dapat buku amalan baru. Berapa banyak dah buku aku. Dah lebih 10 tahun. Mak ooi….Ada hati nak jadik budak 16 tahun. Huhuhu….

Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan,
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan…

Sports in one’s life (congrats SBU!!!)

Best lagu SM salim dgn Sheila tu. Suara si sheila tu mmg unik aku rasa. Sbb tu best.
I’ve added some new personal websites of my buddies under Links. Check it out.

Weekend nie aku spend masa pergi tengok bebudak nie main bola. Diorang dpt masuk final WISA Cup. Really impressed with the way they played this time. Congratsss Guys!!! Aku rasa nama Sumpit Berkurap United tu ada tuah kot. Sorry laa..no free nasik lemak๐Ÿ™‚

I love to watch sports. Soccer especially. ( Since when I’ve been calling it soccer? duhh…) Masa kecik kecik dulu rasa macam ntah ape ape pun ader laa bila sekolah wajibkan semua budak enroll satu badan beruniform, satu kelab, dan satu sukan. Mcm suka hati lah kan..nak main ker tak…hehe…

Tapi bila dah besar nie baru sedar. Xtvt ko-q semua tu mmg bagus utk bebudak. Ajar self esteem, displin, and of coz teamwork. Prinsip tak mudah kalah tu pun penting jugak. Then, harapnya boleh apply dlm kehidupan seharian. Bukan takat dlm padang je;).

Mcm olahraga atau pun F1 kan, yang btw Schumacher cuma nak 1 point jer lagik utk menang tak salah aku. Kira cam pecut habis habisan lah utk berjaya. Sama lah jugak dgn study nie..kena usaha habis habisan juga…hehehe…

Satu lagik contoh yg aku rasa amazing ~lompat tinggi. Agghh…still can’t believe how that happened. Tengok palang tu gila tinggi. Dahlah besi, mcm sakit jer kalau langgar. So daripada aku cuba lompat selalunya aku terus je buat buat langgar. Dua tahun aku buat camtu. (Nak skip cikgu rumah sukan tu mesti tak kasik punyerlaa..).

And then there’s this one day waktu latihan sukan keberanian maner ntah yg datang, aku pun cuba lompat. Style aper pun tak tahu lah. Mcm main lompat getah agaknya. Jatuh jatuh tu dah ada atas tilam. Lepas tu aku tgk palang tu tak jatuh lagik. Haaa? Seriously? Riang ria Ribena habis lah (sekolah rendah lagik waktu tu).

Lepas tu Cikgu Salleh naikkan lagik palang, aku try boleh lompat lagik. Terus naik syok, dan bermula lah episod aku join lompat tinggi sekolah sejak dari hari itu…

Pengajarannya dlm hidup aku: Sesetengah benda kita rasa kita tak boleh buat. Tapi selagi belum cuba belum tahu. So apa kata berfikiran POSITIF dan cuba dulu kan kan…

Macam lah pasukan kecil MPPJ yang tiada siapa sangka dapat menjulang Piala Malaysia. Hidup Selangor… huhuhuh…(kasik can la..๐Ÿ˜‰.

You’re my hunny bunch sugar puff humpy yumpy yumpkin, you’re my sweety pie…
You’re my cuppy cake gum drop snickum snickum snore, the apple of my life…I LOVE YOU!