going to miss you so much….

Akhirnya, ku punya rumah sendiri… alhamdulilah…boleh menulis kembali🙂

Yg heaven tentang private residence hall nie; closet wall to wall, cermin pun sama. Yg tak best, internet nya macam ntah apa apa. Hampeh sungguh. Rindu kepada kabel charter… isk isk…

Tapi bersyukur juga sebab boleh online jugak at least. Memang patut berterima kasih sebab internet, breakfast, elektik semua free. Boleh bukak air cond 24/7 🙂 (selagi salji belum datang menjenguk diri).

Bilikku sudah habis dikemas. Trimas banyak banyak utk insan insan madison yg bersusah payah angkut barang aku. Nak harapkan aku sorang, 2 hari belum habis. Tapi dapur belum kemas. Saja nak dengar shaz bebel bila dia balik esok..huhuhu….😉

Banyak juga cerita yg bermain di kepala. Tapi aku nak cerita tentang hari jumaat lepas. Antara hari paling bersejarah dalam hidupku. Hari terakhir untuk sessi summer school di tadika ku. Bererti hari terakhir untuk bebudak 5 tahun, yang akan masuk alam persekolahan.

Pagi pagi lagi aku dihambat rasa sedih. Mula mula buat cool aje. Sebab dah 3 tahun aku kerja di situ. Selalunya sedih tu seminit dua saja.

Tapi kali nie lain. I think because I really bond with them this time. Almost 3 years together. Ditambah dengan sepanjang summer nie aku kena layan karenah diorang selama 2 jam hari hari dekat Peach Room, waktu kanak kanak lain tidur.

Caitlin; miss that little girl so much. I consider her my own friend. She’s so bright and sweet. Parents dia dah divorce, made me giving as much love as I could give. Going to miss her smile around.

Jack; he’s one of a kind. Totally. Setelah ku fikir fikirkan kembali, bukan semata mata sebab dia comel menyebabkan aku sayang dia. Bak kata Terri hari ini, “he’s the sweetest kid I’ve ever met.”

I just couldn’t describe better than that.

Senyumnya, gaya dia, keletahnya.. Selalunya bebudak lelaki tak ada lah manja sangat dengan cikgu kan. Tapi Jack selalu je peluk kitorang, duduk atas riba. And he didn’t do it sebab nak mengampu ke ape..You felt loved. It’s all about giving and sharing love…

Sebelum dia pergi jumaat lepas, awal awal lagi aku tgk muka Maria dan Terri memang dah sedih. Kalau aku tengok lama lama waktu Maria peluk Jack tu, aku pun boleh nangis.

Pukul 4.30 ayah dia datang. Chess.. selalunya datang pukul 5, awal pulak dia hari tu. Jack gave me a big hug and a kiss. Kalau bukan sebab ada ayah dia dekat situ, memang aku dah nangis dekat situ jugak. Bila dia blah, air mata ku menitis akhirnya.

I can’t believe myself. Seorang kanak kanak yang tak ada apa apa hubungan persaudaraan dengan ku boleh buat aku menangis. Yg mungkin aku takkan jumpa lagi buat selama lamanya dan mungkin takkan ingat aku lagi. Bila cerita dekat member rasa macam orang gila pun ada. Nasib baik tadi Terri cakap dia pun gila macam aku. Ada geng 🙂.

I guess that’t the miracle of love. Sebab tu lah ramai orang suka pergi volunteer tolong kanak kanak di Afrika, Vietnam, etc. You’ll gain a priceless experience. Macamlah cerita Monster Inc yg aku tengok tadik. Hati Sully dilembutkan dengan keletah seorang kanak kanak. Aku pun tak reti nak describe perasaan itu. Titik.

Time is on until the day you say goodbye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s