VMA award…

Overslept pagi tadi. Kena kerja pukul 930, tapi pukul 930 baru bangun… hehehe…mentang mentang dah duduk on campus.

Bebudak baru dekat tadika ada yang masih sibuk menangis. Ada tu jenis menangis, menjerit sekuat hati. Geram sungguh. Sabor aje…

Tadi mak Jack singgah jumpa aku, cakap Jack rindu dekat Preschool. Huhuhu… Actually aku berharap jugak nak tengok Jack datang jemput adik dia si Nicholas tu. Tapi pengetua kitorang, Jackie awal awal lagik inform, no sibblings allowed in the mean time. Untuk memudahkan transition buat kedua dua adik dan abang.

Malam nie rest sambil layan MTV Award. These are the kind of shows that I won’t missed. Sebab performance dia mesti cool punyer lah. Remember that cool slim shady show in VMA 2000? Hahaha…then there were Fred Durnst & Christina. Jlo & Ja Rule rocks in 2001. Dan jangan lupa Tatu punya performance baru baru nie..huhuhu…

Anyway, terkezut jugak tgk si Britney atas pentas utk opening show. Perhal minah nie dah setahun tak menyanyi tetiba je muncul. But then it became a perfect trio bila christina & madonna muncul. Especially that kodak moment when madonna kissed those girls. Oh my…I guess people got addicted with those ‘tatu style’.

Btw, that opening show was my personal favorite performance of the day. 50 Cents pun cool jugak. My favorite gal, Christina as usual rock the stage in Dirrty. She looks vulnerable being a brunette. Beyonce menari best, tapi macam tak banyak nyanyi. All in all, looks like hip hop ruled the year. Beyonce and Missy Elliot bolot banyak jugak award. Rappers are almost everywhere in the show, macam cendawan lepas hujan gamaknya…

EXCEPT, aagghhhh..eminem kalah dengan Justin for best male video. Hampeh sungguh. Justin dapat sampai 3 award tu. Glamer jugak mamat tu rupanya. Selalunya kalau pasangan popular clash, perempuan yg akan jadi lebih glamer ( i.e Erra, Nicole Kidman).

Okie…mari kite layan mtv sekali lagik. Huhuhu…kasik can laa…next week start sekolah!!! agghhh!!!!

Bila rindu sebut namaku,
air mata jangan berderai…

going to miss you so much….

Akhirnya, ku punya rumah sendiri… alhamdulilah…boleh menulis kembali🙂

Yg heaven tentang private residence hall nie; closet wall to wall, cermin pun sama. Yg tak best, internet nya macam ntah apa apa. Hampeh sungguh. Rindu kepada kabel charter… isk isk…

Tapi bersyukur juga sebab boleh online jugak at least. Memang patut berterima kasih sebab internet, breakfast, elektik semua free. Boleh bukak air cond 24/7 🙂 (selagi salji belum datang menjenguk diri).

Bilikku sudah habis dikemas. Trimas banyak banyak utk insan insan madison yg bersusah payah angkut barang aku. Nak harapkan aku sorang, 2 hari belum habis. Tapi dapur belum kemas. Saja nak dengar shaz bebel bila dia balik esok..huhuhu….😉

Banyak juga cerita yg bermain di kepala. Tapi aku nak cerita tentang hari jumaat lepas. Antara hari paling bersejarah dalam hidupku. Hari terakhir untuk sessi summer school di tadika ku. Bererti hari terakhir untuk bebudak 5 tahun, yang akan masuk alam persekolahan.

Pagi pagi lagi aku dihambat rasa sedih. Mula mula buat cool aje. Sebab dah 3 tahun aku kerja di situ. Selalunya sedih tu seminit dua saja.

Tapi kali nie lain. I think because I really bond with them this time. Almost 3 years together. Ditambah dengan sepanjang summer nie aku kena layan karenah diorang selama 2 jam hari hari dekat Peach Room, waktu kanak kanak lain tidur.

Caitlin; miss that little girl so much. I consider her my own friend. She’s so bright and sweet. Parents dia dah divorce, made me giving as much love as I could give. Going to miss her smile around.

Jack; he’s one of a kind. Totally. Setelah ku fikir fikirkan kembali, bukan semata mata sebab dia comel menyebabkan aku sayang dia. Bak kata Terri hari ini, “he’s the sweetest kid I’ve ever met.”

I just couldn’t describe better than that.

Senyumnya, gaya dia, keletahnya.. Selalunya bebudak lelaki tak ada lah manja sangat dengan cikgu kan. Tapi Jack selalu je peluk kitorang, duduk atas riba. And he didn’t do it sebab nak mengampu ke ape..You felt loved. It’s all about giving and sharing love…

Sebelum dia pergi jumaat lepas, awal awal lagi aku tgk muka Maria dan Terri memang dah sedih. Kalau aku tengok lama lama waktu Maria peluk Jack tu, aku pun boleh nangis.

Pukul 4.30 ayah dia datang. Chess.. selalunya datang pukul 5, awal pulak dia hari tu. Jack gave me a big hug and a kiss. Kalau bukan sebab ada ayah dia dekat situ, memang aku dah nangis dekat situ jugak. Bila dia blah, air mata ku menitis akhirnya.

I can’t believe myself. Seorang kanak kanak yang tak ada apa apa hubungan persaudaraan dengan ku boleh buat aku menangis. Yg mungkin aku takkan jumpa lagi buat selama lamanya dan mungkin takkan ingat aku lagi. Bila cerita dekat member rasa macam orang gila pun ada. Nasib baik tadi Terri cakap dia pun gila macam aku. Ada geng 🙂.

I guess that’t the miracle of love. Sebab tu lah ramai orang suka pergi volunteer tolong kanak kanak di Afrika, Vietnam, etc. You’ll gain a priceless experience. Macamlah cerita Monster Inc yg aku tengok tadik. Hati Sully dilembutkan dengan keletah seorang kanak kanak. Aku pun tak reti nak describe perasaan itu. Titik.

Time is on until the day you say goodbye…

tadika ku mahal…huhuhu…

huhuhu…tulis blog dekat rumah nini. Tak ada kerja sebenornya. Akhirnya aku berpindah secara rasmi keluar. Kini bermukim di rumah Nini, Zaini, & Ena buat sementara waktu. Best wooo diorang masak….😉

Sedih jugak hari tu time nak pindah. Walaupun rumah buruk, kekadang ada tikus, kekadang siling bocor, sayu jugak rupanya bila nak ditinggalkan. Sebab lama jugak aku duduk situ; 2 tahun. Penuh dengan kenangan. Rumah itu menyaksikan jatuh bangunku, sedih tawaku. Walaupun banyak juga barang barang rumah yang dibuang, nanti barang barang itu juga yang akan jadi saksi pahala dosaku di akhirat kelak…

Minggu depan minggu terakhir sesi Summer School di tadika. Bererti minggu depan minggu terakhir nak bermain dgn bebudak yang akan masuk public school; those 5 years old munchkins. Isk isk…sedih rasanya, since diorang nie kebanyakannya aku kenal sejak mula sekolah situ lagik. They got enrolled at age 2 years old, the same year I started working there. Isk isk..kena berpisah dengan Jack…serius sedih.

Nak tahu berapa yuran nak hantar bebudak nie kat tadika aku kerja. $225 for the 2 years old, and $211 for the 3-5 years old. But that is just the weekly rate. YUP, weekly. Kalau setahun kira sendiri lah…darab 52 minggu, ada $10000+.

Hahaha…tak merasalah aku nak hantar anak sendiri tempat macam nie nampaknya…

Permisi dahulu. Esok nak setelkan barang shipping. Harapnya tiada masalah.

Kau telah ku pilih,
Lalu kau setia ku kasih…

and that’s only the beginning

I’m in the middle of packing and moving. It is just so chaotic, coz we’ll be homeless for 10 days. Kena hantar barang barang pergi storage, menumpang tidur rumah member, lps tu baru masuk residence hall. Dua tiga kali kerja jadinya.

Alhamdulilah akhirnya Mara bagi kitorang duduk dorm. Ada sediakan breakfast free hari hari! Thanx ahead to Nini, Zaini & Ena sebab kasi aku menumpang berteduh di banglo mereka😉

I guess I won’t be updating as frequent, since pc dell kesayangan aku nie pun akan dihantar ke storage sekejap lagik. Tak dapat chatting dengan kekasih hati…isk isk…

I love the way you spoil me,
I love the way you respect me.
I love the way you cheer me up,
I love the way you act silly.
I love the way you grin when you’re up to something,
I love the way you ask me to stop shopping.
I love the way you pretend not to notice when I ask to do something,
I love the way you look at me from far away.
I love the way you look when you wake up,
I love the way you love me…
AND THAT’S ONLY THE BEGINNING…

detik itu kan kembali…

you could be your own enemy…

Berakhirnya final exam management aku pagi tadi. Nak menangis jugak tgk soalan. Tapi goreng saja lah apa yang patut. Let bygone be bygone…

Yang pasti, dengan rasminya aku tinggal nak ambil satu subjek sahaja lagi untuk graduate. Yahoooo!!!! Walaupun killer subject (which why I save it to the end), tak kisah lah. Gumbira jugak.

Empat bulan lagi sebelum aku dapat kembali berpijak di bumi Malaysia. Tiba tiba diburu rasa rindu, tak sabar untuk pulang. Ditambah kelmarin download gambar2 time dekat MRSM Gerik daripada member aku. Mak aiihh…comel lah pulak buah hati aku time form 3🙂.

Terus disambar rindu pada si dia dan teman teman. Dekat family lagi lagilah membuak rindu. ( terjangkit dgn homesick si nini ke? hahaha…) Ya Allah, panjangkanlah umurku agar dapatku kembali ke tanahair tercinta…

Teringat lebih kurang 2 tahun dulu, pernah satu ketika mood aku down. Macam dapat penyakit malas. Belajar malas, solat liat. Bahayanya penyakit malas nie, susah nak ubati. Makin lama makin menjadi.

Lepas tu bila result rendah, hati aku menyalahkan insan insan lain. Salahkan profesor yg ajar boring. Salahkan insan insan tertentu yang kononnya membunuh emosiku tika itu. Mama terima lah alasan aku tu. Tak bebel sedikit pun walaupun pointerku jatuh.

Kemudian satu hari aku terbaca bait ayat dalam sebuah buku. Katanya “Musuh terbesar manusia adalah diri sendiri dan iblis. Hati nurani, akal, nafsu, dan perasaan adalah sekumpulan zat zat dalam diri yang boleh menjadikan kawan dan lawan”.

Contohnya kalau ada orang sakitkan hati kita, perasaan benci yang membuak boleh memusnahkan hati kita sendiri. Jiwa akan jadi lebih tenang kalau kita cuma anggap itu sebagai satu dugaan Yang Maha Pencipta. Apa apa hal, tenangkan diri dan minta petunjuk dari-Nya.

Membaca bait itu membuatkan aku tersedar. It’s all up to me how to handle the problem. Kalau nak terus meratap sedih, sampai bila pun aku takkan mampu bangkit. I could be my own enemy…

Kejutkan lah ku teman,
sebelumku lemas dalam jurang yang dalam…

headache…

Agghh…yesterday was a really tiring day for me. 3 teachers were gone. Maria went camping with her hubby, Terri flew to Kansas coz her aunt past away, and Heather had to see a specialist at Milwaukee. Who to blame?

It was very hectic, I got headache by the end of the day. Sampai rumah terus tertidur. Aku bangun untuk solat Maghrib, cuba untuk siapkan homework onlineku, tapi nak menatap komputer pun tak mampu. I hate it since this is not the time to be sick, for Godsake my final is this Thursday!

It was so ironic that I could still hear the kids’ voices inside my head when I woke up. Aku rasa sebenarnya bebudak tu tak ada lah ter’over’ nakal whatsoever, it was just because we were low in staffing. Plus aku sibuk nak pack barang dan exam yang dah nak dekat, it all added up the pressure.

Since homework aku due by midnite, nak tak nak terpaksa lah telan Advil. I try to avoid taking pain killer, sebab rasanya chemical dia strong sangat berbanding dgn Malaysia punya. Dah terbiasa dengan ubat sini, hari tu balik Malaysia telan Panadol 2 biji pun rasa macam tak ada effect. Talk about body adaptation…

I remember back then when I took panadol menstrual every month. Never missed it. Then one day someone told me kalau ambil ubat tu nanti susah nak bersalin. I kind of freaked out, even tak pasti kesahihannya. Thus, I stopped taking the pill for that month. OH MY GOD! The pain was so unbearable! Never ever felt such crammed in my whole life. Much worse than before I started taking the pills. Aku rasa sebab badan aku dah terbiasa, it became too dependent on it. Since then I try to change, just take pills in really emergency situation. Such as exams.

Anyway, alhamdulilah my headache were gone today. Actually I had much better day. Went to the Middleton Pool Center with the Roustabout class [6-9 years old]. Got the whole 3 hours relaxing by the pool.

Unlike the younger kids, the Roustabouts are very independent. They do everything by themselves (changing clothes, sunscreen, lunch). I just need to check there are all 20 of them every hour, and buy 20 ice cream during break time. There’s 10 minutes break for every hour at the pool for the kids. Just to give more space for adults, and to make sure kids don’t get tired.

Cecikgu lain semua swimming, aku tak bawak baju persalinan sebab Jackie inform aku last minute yg aku kena ikut bebudak nie. So melepak jer lah aku. Baca buku, makan aiskrim, dan usha abg abg lifeguard yg comel😉 Alaa..kasik can laaa…Jangan mare yer honey!

soalan budak umur 5 tahun…

Martin dgn Luis Mauricio tgh bincang pasal something. Aku khusyuk baca novel, malas nak melayan. Aku biar je bebudak tu main sendiri. Setengah sibuk mewarna, setengah sibuk main lego dan computer game. Tiba tiba aku dengar Luis Mauricio cakap, “Go ask Monina.”

Martin terus datang dekat aku. “Monina, did Jesus die or still alive?” Terkejut aku. Aggghhh..tak ada soalan lain ke bebudak nie nak tanya!!! Tanya lah pasal X Men ke, Finding Nemo ke, seronok sikit aku nak menggoreng… Otakku berputar ligat.

“Well, people believe he’s up there. Not dead yet. But he’s not on earth anymore”
“How he went up there? By magic?”
“Emm..You know, by angels.”
“I watched about him in tv, I saw his statue.”

Diorang pun kembali main lego. Aku kembali bukak novel. Tapi tiba tiba konsentrasi ku hilang. Statue? Salib tu ke dia maksudkan? Isk isk..betul ke aku jawab tadi? Alamak..aku cerita pasal Nabi Isa ke tadi. Kalau kepercayaan Krisitian lain ke? Hampeh… Macamana kalau cerita yg dia dgr dkt tv tu lain? Silap langkah, mahunya parents dia marah aku ajar merepek dekat anak dia.

“Martin, you know what. About your question just now. Some people believes he’s already dead. But some people believe he’s up there. It just a very long time ago, so different people believes different things. But what I know he was a good guy.”

Martin puas hati. Aku pun puas hati. Aku tak memesongkan kepercayaan aku sendiri, dan tak memeningkan kepala dia. Boleh sambung baca novel Bila Sena Kembali Berbunga yang dah nak masuk 3 kali dikhatam. Hihihi..

Lepas tu aku cerita dekat cikgu cikgu lain. Diorang semua cakap okay lah jawapan aku tu. Diorang pun tak tahu jugak nak beri jawapan yg tepat.

Anyway, hari ini hari terakhir Martin dekat sekolah. Aku kenal dia sejak umur dia 2 tahun. Sibuk bolen bolen lagi waktu tu 🙂. He has really grown up now (tengok je lah, tanya soalan tahap dewa dekat aku).

Dan hari nie hari terakhir Jenna. Dia nak pindah Chicago next week, dapat kerja tetap. She just graduated last May. So hari nie kami ber farewell party dgn makan makan 🙂. Morning snack makan pancake, lunch mkn pizza & cupcakes, snack petang makan home cookies. Banyak parents bawak cookies as a treat for Jenna. Kitorang pun tumpang sekaki lah 😉. Aku rasa 10 cookies aku makan! huhuhu….what a day…

Good luck Jenna! She’s all set to face the real world. What about you?

Haruskah kita masih termangu di bawah pepohon itu, ketika hujan sudah melunturi danau yang terusang…