psikologi adik beradik?

Hari ini tudung aku terkena cat waktu sibuk mewarna dgn bebudak tadika. Waktu ptg kena pulak join lumba jalan kaki ala penguin 🙂. Such a fun activity, huh…

Tapi kerja tadika nie bukan setakat mewarna je. Hari nie aku ditimpa persoalan pasal si Jack. Hari nie saja 2 kali dia “accident” (buang air di tempat yg tak sepatutnya). Sejak 2-3 minggu kebelakangan nie, kerap pulak jadi macam tu dekat dia. Kalau dia mmg jenis tak reti kontrol lagi nak buang air, tak kisahlah. Tapi selama nie tak pernah pun ada masalah macam tu.

Jackie (pengetua tadika) pernah cakap, perkara macam tu kadang kadang secara automatik jadi defense mechanism kanak kanak. Selalunya waktu diorang tgh frust. Tadi waktu aku pergi tolong dia dlm bilik air baru sedar. Tiba tiba je dia berperangai mcm budak budak. Siap campak lagi seluar dia. Terfikir pulak aku, dia nie jeles dekat adik dia Nicholas tu ke…

Iyalah, satu sekolah asyik puji adik dia comel. Kita memang tak perasan benda remeh mcm nie. Tapi hati kanak kanak tu boleh terguris kalau tgk orang puji or even dukung adik dia, instead of dia. Bagi kita nak buat apa lah dukung dia lagi kan, dah 5 tahun dah budaknya.

Perkara macam nie bukan 1st time jadi dkt tadika aku. Henry dulu time dpt adik pun, tahap egocentric dia punyalah dasyat. Si Sam pulak tetiba jadi manja terlebih. Selalunya parents akan inform kitorang dulu, so kitorang mmg alert lah dgn apa2 perubahan. Dan kalau boleh sambil sembang2 tu selitkan yg parents sayang semua anak sama saja.

Dulu aku tak pernah fikir pun hal macam nie. Tapi sejak kerja tadika, baru sedar benda remeh mcm nie mmg boleh affect emosi kanak kanak. Bahayanya, boleh affect psikologi dia sampai lah dewasa.

Especially kalau anak sulung, since sebelum tu dia seorang je buah hati pengarang jantung kan. [ Jack, Henry & Sam semuanya sulung ]. Aku takde experience dpt adik, so tak sure lah macamana. Tensen ke?

Aku rasa mak Jack tu pun sedar benda nie. Sebab hari tu dia dtg utk bawak Jack keluar lunch. “Just the two of us,” dia kata. Aku pun dah takmo lah ckp pasal Nicholas depan Jack. Anyway diorang cuti 2 minggu, pergi bercuti ke Utah. Alahai..rindulah aku dekat dua beradik tu nanti…

Aku pernah terbaca, kes macam nie lah yg membuatkan parents rasa bersalah dekat anak sulung dia. Jadi bila anak dah besar, anak sulung mmg dimanjakan habis habisan. Sebab tu orang kata ada jugak kes anak sulung pun jadi manja. Anak bongsu memang dah manja, so anak tengah lah yg jadi loner dlm keluarga. Contohnya mcm dalam cerita Reba tu lah…

Minggu depan mak Caitlin pulak nak kahwin. Mmg excited lah budak tu nak jadi flower girl. Tapi tak tahulah lagi psikologi dia macamana nak terima org baru dalam keluarga. So kitorang pun kena lah main peranan sebaik mungkin. Kena alert kalau ada apa apa perubahan pada si comel tu.

Haa..ingat senang ke nak jadi cikgu tadika 🙂

Hari tu waktu Caitlin lukis gambar mak ayah dia pegang tangan pun aku mcm confuse sikit tak tahu nak ckp apa…hmmm….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s