bawang merah bawang putih

Hari ini giliranku memasak. Ingat nak buat ayam masak merah, seronok je perap ayam dan goreng. Alih alih baru sedar rumahku dah kehabisan stok bawang merah dan putih. Oh man…ayam dah digoreng dalam kuali. Macamana nie….

Boleh saja kalau aku pergi kedai runcit depan tu, beli bawang. Tapi rasa macam malas je nak tukar baju. Aaahh..lantaklah, bukan nak hidang dkt mak mentua pun. Dkt housemates saja. Aku pun campak sahajalah apa yg ada untuk ditumis. Hahahaha…Kalau mama aku tahu mahunya kena leter🙂

Rasanya satu keluarga aku dah jadi kaki shopping. Minggu lepas anak saudara aku hantar email, mintak belikan jersey basketball UW. Dia memang hantu main basket. Lepas tu semalam Kak Lah pulak email, mintak sunglasses macam yg Erra pakai time honeymoon. Agghhh!!! Bulan lepas dia dah mintak sunglasses mcm J-lo, kali nie macam Erra lah pulak…isk isk…masalah jugak ada kakak yg fashionable sangat nie. Aku dah nak balik Malaysia nie, macam macam lah nak pesan. Nasib baiklah aku nie baik hati…

Makacih buat mereka yg puji template baru aku nie. Tapi aku setakat copy and paste je design yg available. Nak harapkan aku design sendiri, macam menunggu kucing bertanduklah gamaknya…hihihi…

Tentang cerita aku semalam, aku harap tak ada yg salah faham. Aku tak maksudkan it is okay untuk buat perkara yang dilarang agama. Cuma aku maksudkan bila kita dah dewasa, lagi banyak jenis orang kita jumpa di luar sana yang berbeza latar belakang dengan kita.

Daripada pengalaman aku sendiri, aku lihat ada sesetengah orang yg ringan mulut mengumpat tanpa usul periksa. Kadang kadang siap ada part memfitnah dan memulau lagi. Akhirnya, komuniti sendiri yang berpecah belah. Yang baik semakin baik, yang kurang baik semakin terpesong…

So, mungkin lebih elok kalau kita ambil inisiatif cuba berkawan dengan semua orang. Kalau ada yg buruk, mungkin kita sebagai kawan boleh betulkan. Bak kata pepatah, “buang yang keruh, ambil yang jernih”. Kalau hanya setakat mencanang mulut daripada jauh, kita juga yang dapat dosa.

Tapi, sedihnya zaman sekarang nie, orang lagi senang nak ambil yg keruh, buang yg jernih pulak. Macam Manmoncang cakap tu, aku pun nampak jugak bebudak melayu teguk arak time world cup tahun lepas dkt KLCC. Sedih rasanya bila tengok. Tengok muka diorang, macam baru umur 13-15 tahun. Tapi dressing kalah J-lo ….sabor je….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s