orang ketiga

I just realised that I wrote earlier on April 13th about Beckham will not move to Real. Hahaha…guess my assumption was misleading. Tapi betul jugak si Beckham tu cakap. Dia kata suatu hari nanti mesti dia menyesal kalau tak terima offer dari kelab yg berprestij mcm Real tu.

Teringat masa aku sekolah dekat smhk pun malas malas nak pindah masuk mrsm gerik. Lps tu dah akhir tahun form 3 dkt mrsm gerik, semua sedih terpaksa berpindah lagi. But that what life is all about. Move on to success. Dalam Islam sendiri pun galakkan hijrah utk kebaikan.

Aku ada secebis kisah utk dikongsi. Thanx A for letting me write about this ~

A dan G sudah dua tahun bercinta. Berkenalan sejak sekolah lagi. Keluarga kedua dua pihak masing masing dah bersetuju. Cuma tinggal masa sahaja utk dilangsungkan. Walaupun A berada di ibukota dan G berada jauh di utara tanahair, ikatan cinta mereka kukuh termateri.

Tapi setelah 2 tahun, cinta mereka dilambung ombak. G mula susah utk dihubungi. Handphone jarang berangkat. Cuma kadang kadang sahaja makcik D, tuan rumah tempat G menyewa yang angkat. Itu pun G tidak pernah ada.

A tetap sabar. A menyalahkan kesibukan masing masing. Maklumlah masing masing sudah masuk tahun 2 di universiti, sibuk sikit.

Lama kelamaan, A mula merasai ada sesuatu yg tida kena. Jika berbual dalam telefon, G tidak semesra dulu. Chatting juga sudah tidak pernah, tidak seperti waktu awal awal bercinta dulu.

Jika sempat berbual di telefon, selalu sahaja pertengkaran tercetus. Semuanya sebab benda yg remeh temeh sahaja. A anak orang kaya, G pula datang dari keluarga yg cukup sederhana. A agak sosial dengan teman teman berbanding G yang pendiam. Tapi selama 2 tahun, perkara itu tidak pernah menjadi isu. A dan keluarganya tidak pernah kisah dengan perbezaan darjat. Cuma G kerapkali mengungkit tentang isu itu kebelakangan ini.

A mula berasa bersalah bila G terus terus menuduhnya anak orang kaya yg suka memerintah. G suarakan pendapatnya yg merasakan mungkin mereka tidak sesuai bersama. G tiba tiba merasakan dirinya mungkin lebih sesuai dgn gadis kampung juga, yang setaraf dengannya.

A risau cintanya retak menanti belah. A tekad. Dia membuat kunjungan mengejut ke utara tanahair. Buat surprise utk kekasih hati.

G nampak girang bila bertemunya. Bawanya berjalan jalan sekitar bandar. Namun akhirnya A terpaksa berhadapan dgn perkara yg ditakutinya. G memberitahu A ada satu perkara penting yg ingin dia sampaikan.

G berterus terang, mengaku dia tidak setia kepada A. Ada orang ketiga wujud dalam cinta mereka. G jelaskan dia sendiri tidak sedar bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

G memberitahu makcik D kerap kali memberitahunya gadis kota tidak sesuai dijadikan isteri, tidak pandai melayan suami, dan nanti akan jadi queen control dalam keluarga. Hari hari G mendengar perkara yg sama, lama lama egonya tercabar juga. Sifat kelakiannya kuat mengatakan tidak mahu diri dikontrol oleh isteri bila berkahwin kelak. Dia menjadi yakin dirinya tidak sesuai utk A.

Beberapa bulan selepas itu, makcik D perkenalkan G dgn anak saudaranya, S. S punya gaya wanita melayu terakhir, sopan santun dan pandai memasak. G awalnya cuba mengelak bertemu S. Tapi kemudiannya G mula seronok kerana ada perempuan di depan mata yg sukakannya. Bermula dengan main main mata, mereka menjadi semakin rapat. Apatah lagi dapat ketemu mata saban hari.

G menitiskan air mata di depan A sambil menceritakan situasi sebenar. G terpaksa telan kata katanya sendiri 2 tahun lalu mengatakan yg dia akan setia seumur hidup pada cinta mereka yang agung.

Menurut G, asalnya dia cuma sekadar ingin main main mata sahaja. Tidak pernah menduga akan pergi sejauh ini. Baru dia sedar dia rupanya bermain api. Bermain dengan jiwa dan perasaan.

A sekadar mampu untuk memandang G yang sedang menangis. A bagai tidak percaya dgn apa yg dia dengar. Benarkah di depan ini kekasih hatinya yg dia sanjungi selama 2 tahun? Kenapa dayus sekali, sehingga terhasut dgn kata kata orang? Ataupun kekasihnya ini sudah “dibuat orang”?

Tika itu baru G tahu A selalu menelefonnya di rumah. Makcik D tidak pernah sampaikan pesan A kepada G. A betul betul terkilan ada orang yg dengki hendak memisahkan mereka. setahu A, dia tidak pernah buat silap kepada makcik D. Bersua pun tidak pernah. Makcik D tahu G sudah ada kekasih, kenapa sibuk hendak memperkenalkannya kepada S. Kenapa A yang jadi mangsa…

A menangis sambil bercerita kepadaku. Dia terpaksa menerima hakikat kisah cintanya bukan fairytale. Cintanya bernafas dalam dunia realiti, tidak terlepas dengan dengki orang.

Aku sebelum ini kurang percaya dengan kisah cinta yg tertewas dek orang ketiga. Ku kira mana mungkin jika orang ketiga sahaja bertepuk sebelah tangan. Ku fikir drama tv sahaja yg selalu berlebih lebih. Tidak ku sangka cinta yg utuh boleh retak bila dikocak.

Buat semua pasangan yang bercinta atau akan bercinta 😉, don’t let anything come and betray your true love. Sayang jika perkara kecil jadi perosak cinta yg sejati. Don’t do things that will make you regret.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s