merajuk pulak dia…

Balik kerja, letih. Tapi nasib baik lepas tu dapat chatting dengan kekasih hati. Walaupun sekejap, ceria rasa hati. Isn’t love just great? 🙂

Dekat tadika tadi Jack merajuk dgn aku sekejap, sebab aku marah dia. Jenna [cikgu jugak] dah bagi warning jgn curah air atas pasir dlm baldi besar tu, sebab dah penuh sangat air dalamnya. Tapi bebudak tu buat jugak. Memula Jenna dah tegur Alex, lepas tu Jack pulak buat depan mata aku. Aku pun automatik menjerit dekat dia. Terus dia duduk diam diam.

Isk isk…lecehnya. Terasa guilty pulak kalau tengok orang yg kita sayang merajuk dekat kita. Ini baru budak tadika, belum lagi anak sendiri. Padan lah dengan muka aku, waktu kecil suka sangat merajuk dengan mama :p.

Last last tu aku pergi lah dkt dia pujuk balik. Kalau budak yg memang nakal dan degil tahap dewa mmg aku dah malas nak pujuk. Tapi sebab dia nie baik, selalu dgr cakap aku dan comel pulak tu (hihihi…), aku ayat ayat laa sket 😉.

Btw, semalam ada photographer dtg. Nak ambil gambar some of the kids, utk magazine. Actually dah seminggu diorang dtg. Tapi semalam baru the real shooting. Sebelum nie just usha muka muka yang ada agaknya.

Mula mula photographer tu mintak Ji Woo (budak korea) dan Jack jadi model. Tapi Jack tak nak, so Martin ganti. 3 kali Maria pujuk dia, dia takmo jugak sebab malu.

Found these list accidentally just now:

Best Place to Live 2003 in U.S, based on cost of living, crime rate, education, home prices and weather:

1. Raleigh, NC
2. Denver, CO
3. San Diego, CA
4. Punta Gorda, FL
5. Tucson, AZ
6. Nassau-Suffolk, NY
7. Madison, WI
8. Danbury, CT
9. Columbia, MO
10. Providence, RI

Ada lah pulak Madison dgn tak disangka sangka. I mean, memanglah tempat aku nie best. Tapi tak expect sampai masuk top 10.

Low crime rate? Inilah yg nak dikata tak ada rezeki. Tempat yg dah diiktiraf low crime pun kena masuk pencuri jugak. Sometimes things happen when you least expected it…

Going to face a really busy week soon! Final exam approaching, plus nak berpindah randah…ugghhh….

Time is on, until the day we say goodbye…

Fletcher the new #7

Actually lagu X Factor pun aku tgh syiok dgr. Tapi since lagu tu lagu ciplak, tak kira lah kan..hihihi…

Anyway, sejak akhir akhir nie ramai orang jumpa site aku sebab search pasal OAG & Radhi. Actually aku mmg minat OAG, I really think their alternative music is cool. But sorry to dissapoint you guys, I don’t have the latest info about the group.

Pasal AADC, aku rasa salah satu keistimewaan filem tu sebab susunan muzik dia amat teratur. Logik lah kan, since diorang cipta lagu lagu baru semata mata utk dimuatkan dalam filem tu. On the contrary dgn kebanyakan filem Malaysia yg tangkap muat lagu lagu glamour utk letak dlm filem.

Lepas tu perasan tak, filem melayu sekarang dah tak ada kisah cinta zaman sekolah mcm AADC tu? Tak nak galakkan students bercinta agaknya 😉

Actually first time aku dengar pasal filem AADC tepat setahun yang lepas, waktu summer sebelum balik Malaysia. Sebab masuk dalam New York Times dekat sini pasal filem tu. Komentar dia puji filem tu bagus, tapi diorang rasa pelik kenapa ada babak kissing yg tidak selari dengan budaya orang asia.

Kiranya macam wartawan tu express concern lah tentang hakisan budaya masyarakat timur dek pengaruh barat. Entah apa apa lah jugak mat saleh nie. Benda macam tu tahu pulak concern. Yg pergi bom bom orang tu selamba bomba je.

Anyway, I have a great weekend! I always have, huh? Selagi ada masa utk bermalas malasan, bgn lambat, mandi lambat, etc, etc, mmg consider great laa utk aku 🙂

Watched Bend It Like Beckham and Just Married over the weekend. Brittany tu tgk lelama cam takde la lawa sangat pun, tapi gaya dia mmg attractive. Ada style, body cun, all american girl image.

Then got to watch World Champion Series today. Barcelona vs Juventus (7-6), and Man U vs Club America, Mexico (3-1). First time tgk Ronaldinho main utk Barc. Sengit lah jugak. Seri 2-2, penalti sampai 7 kali baru lah Barcelona menang.

Puas hati dapat tgk Man United main 🙂. Dah berzaman tak ada peluang nak tgk. Ruud terer giler!!! Mmg skillful habis. Hari tu terbaca MU rep ckp Ruud is not for sale, since sekarang nie Chelsea sibuk intai player sana sini. Chelsea kaya sekarang. Hari tu siap ada hati nak beli Raul? isk isk…

Tapi sayangnya unlike Beckham, Ruud is Dutch. Aku rasa macam lagi best kalau jadi bintang di tanahair sendiri. Macam Raul tu, rasa rasa Beckham boleh ke kalahkan kehebatan Raul di bumi sepanyol? Macam tak je…

Anyway, tadi Fletcher main pakai jersey no. 7. Huhuhu…there you go. Some ppl is saying that he’ll be the next Beckham. Baru je 19 tahun budaknya. Hope he’ll bring glory to Man United. Who need Beck? hahaha…

Alaa…#7 tu pun dulu Cantona yg punya lah…guess heroes come and go, huh…

Okie lah..daripada aku merapu pasal bola lagi panjang, baik aku tido…nite nite, sweet dream.

Selagi ada awan terbentang, ku menyimpul sejuta harapan, sesuci kelopak mawar…

psikologi adik beradik?

Hari ini tudung aku terkena cat waktu sibuk mewarna dgn bebudak tadika. Waktu ptg kena pulak join lumba jalan kaki ala penguin 🙂. Such a fun activity, huh…

Tapi kerja tadika nie bukan setakat mewarna je. Hari nie aku ditimpa persoalan pasal si Jack. Hari nie saja 2 kali dia “accident” (buang air di tempat yg tak sepatutnya). Sejak 2-3 minggu kebelakangan nie, kerap pulak jadi macam tu dekat dia. Kalau dia mmg jenis tak reti kontrol lagi nak buang air, tak kisahlah. Tapi selama nie tak pernah pun ada masalah macam tu.

Jackie (pengetua tadika) pernah cakap, perkara macam tu kadang kadang secara automatik jadi defense mechanism kanak kanak. Selalunya waktu diorang tgh frust. Tadi waktu aku pergi tolong dia dlm bilik air baru sedar. Tiba tiba je dia berperangai mcm budak budak. Siap campak lagi seluar dia. Terfikir pulak aku, dia nie jeles dekat adik dia Nicholas tu ke…

Iyalah, satu sekolah asyik puji adik dia comel. Kita memang tak perasan benda remeh mcm nie. Tapi hati kanak kanak tu boleh terguris kalau tgk orang puji or even dukung adik dia, instead of dia. Bagi kita nak buat apa lah dukung dia lagi kan, dah 5 tahun dah budaknya.

Perkara macam nie bukan 1st time jadi dkt tadika aku. Henry dulu time dpt adik pun, tahap egocentric dia punyalah dasyat. Si Sam pulak tetiba jadi manja terlebih. Selalunya parents akan inform kitorang dulu, so kitorang mmg alert lah dgn apa2 perubahan. Dan kalau boleh sambil sembang2 tu selitkan yg parents sayang semua anak sama saja.

Dulu aku tak pernah fikir pun hal macam nie. Tapi sejak kerja tadika, baru sedar benda remeh mcm nie mmg boleh affect emosi kanak kanak. Bahayanya, boleh affect psikologi dia sampai lah dewasa.

Especially kalau anak sulung, since sebelum tu dia seorang je buah hati pengarang jantung kan. [ Jack, Henry & Sam semuanya sulung ]. Aku takde experience dpt adik, so tak sure lah macamana. Tensen ke?

Aku rasa mak Jack tu pun sedar benda nie. Sebab hari tu dia dtg utk bawak Jack keluar lunch. “Just the two of us,” dia kata. Aku pun dah takmo lah ckp pasal Nicholas depan Jack. Anyway diorang cuti 2 minggu, pergi bercuti ke Utah. Alahai..rindulah aku dekat dua beradik tu nanti…

Aku pernah terbaca, kes macam nie lah yg membuatkan parents rasa bersalah dekat anak sulung dia. Jadi bila anak dah besar, anak sulung mmg dimanjakan habis habisan. Sebab tu orang kata ada jugak kes anak sulung pun jadi manja. Anak bongsu memang dah manja, so anak tengah lah yg jadi loner dlm keluarga. Contohnya mcm dalam cerita Reba tu lah…

Minggu depan mak Caitlin pulak nak kahwin. Mmg excited lah budak tu nak jadi flower girl. Tapi tak tahulah lagi psikologi dia macamana nak terima org baru dalam keluarga. So kitorang pun kena lah main peranan sebaik mungkin. Kena alert kalau ada apa apa perubahan pada si comel tu.

Haa..ingat senang ke nak jadi cikgu tadika 🙂

Hari tu waktu Caitlin lukis gambar mak ayah dia pegang tangan pun aku mcm confuse sikit tak tahu nak ckp apa…hmmm….

where do I go from here?

Alhamdulilah…flu aku dah semakin hilang. Roomate aku pulak yg berjangkit. Sori lah beb😉

Semalam aku berjaya submit take home exam ~ kelas management, sejam sblm due. Satu pencapaian yang membanggakan since aku selalunya submit menatang alah mcm tu 5 minit sblm due. Subjek Management nie satu satunya subjek lagi yg aku blm complete utk memenuhi university’s business foundation requirement. Aku suka jugak kelas nie. Actually, semua kelas business aku suka kecuali kelas major aku sendiri – actuarial science. How pathetic one could be…

Mama dah sibuk tanya nak apply kerja dkt mana. Agghh!!! Bagai tak percaya nak memijak ke dunia realiti tak lama lagi. It had always been so easy. Lps sek ren, for sure masuk sek. men. Lps tu sambung menengah atas. Lps tu masuk U. Sekarang nie kena fikir lepas U nak buat apa!!!

Nak sambung belajar ke nak kerja?
Kalau nak kerja, kerja apa?
Nak kerja dekat mana?

Ugghh…kalau anak orang kaya tak kisahlah duduk goyang kaki dekat rumah, perabihkan beras. Hihihi…

Aku pun belum pasti lagi destinasi ku selepas ini. Impian nak bukak tadika still ada. Mesti lah seronok kan buat benda yg kita suka. Lepas tu tak adalah aku blk rumah lambat sangat, kesian hubby aku nanti kalau blk lambat2 🙂

Tapi aku bukannya ada modal nak bukak tadika. So rasanya for sure nak kena mintak kerja mana mana dulu. InsyaAllah, harapnya ada rezeki di mana mana…lagi dekat dgn rumah aku lagik bagus. Hehehe, banyak songeh pulak…

Kengkawan sebaya aku ada yg dah grad, sudah menggenggam segulung ijazah. Shida & Along dah sambung MA. Anuar & Rizq sambung CIMA. Juki dah jadi engineer kat Kerteh, Shahrin dah practicing law, dan ramai lagik lah yg dah kerja. CONGRATS FRIENDS!!!

Moga perjalanan aku selepas ini juga akan bergerak lancar. Dalam hati penuh dengan seribu impian. Moga mimpi kan jadi kenyataan…InsyaAllah

*Good luck varsity basketball USM. Shoot one for me 😉

Ada rindu dari kejauhan, ranum dalam sepi perjalanan…

sakit laa pulak…

Semalam aku dah rasa sakit sakit tekak, macam nak mula selsema. Seriously, I cannot afford to be sick this time of the year. Sebabnya 1. Malam ni due take home exam management aku. 2. Sebab aku kerja dgn bebudak. So kalau sakit seciput pun memang tak boleh dtg kerja, takut berjangkit.

Semalam aku telan panadol 2 biji dan tidur. Tapi bangun pagi tadi still terasa pening kepala. Aku telefon pengetua tadika bagitahu. Adusss tensennya…aku suka pergi kerja!!! Rindunya dekat Nicholas!!! huhuhu…

Teringat pulak waktu aku 5 tahun, menangis mengamuk seharian sebab aku kena demam campak ~ tak dapat pergi tadika. Huhuhu…dari kecik sampai ke besar suka je nak pergi tadika. Bila dah masuk U nie, time nak pergi kelas statistik, bukan main senang je ponteng…😉

Padan lah dgn muka aku jugak hari nie, kena memerap di rumah. Lately mmg aku asyik makan unhealthy je. Sumber vitamin C aku dah berminggu tak minum. Asyik asyik teguk mountain dew je.

Masa utk siapkan take home exam ku….

bawang merah bawang putih

Hari ini giliranku memasak. Ingat nak buat ayam masak merah, seronok je perap ayam dan goreng. Alih alih baru sedar rumahku dah kehabisan stok bawang merah dan putih. Oh man…ayam dah digoreng dalam kuali. Macamana nie….

Boleh saja kalau aku pergi kedai runcit depan tu, beli bawang. Tapi rasa macam malas je nak tukar baju. Aaahh..lantaklah, bukan nak hidang dkt mak mentua pun. Dkt housemates saja. Aku pun campak sahajalah apa yg ada untuk ditumis. Hahahaha…Kalau mama aku tahu mahunya kena leter🙂

Rasanya satu keluarga aku dah jadi kaki shopping. Minggu lepas anak saudara aku hantar email, mintak belikan jersey basketball UW. Dia memang hantu main basket. Lepas tu semalam Kak Lah pulak email, mintak sunglasses macam yg Erra pakai time honeymoon. Agghhh!!! Bulan lepas dia dah mintak sunglasses mcm J-lo, kali nie macam Erra lah pulak…isk isk…masalah jugak ada kakak yg fashionable sangat nie. Aku dah nak balik Malaysia nie, macam macam lah nak pesan. Nasib baiklah aku nie baik hati…

Makacih buat mereka yg puji template baru aku nie. Tapi aku setakat copy and paste je design yg available. Nak harapkan aku design sendiri, macam menunggu kucing bertanduklah gamaknya…hihihi…

Tentang cerita aku semalam, aku harap tak ada yg salah faham. Aku tak maksudkan it is okay untuk buat perkara yang dilarang agama. Cuma aku maksudkan bila kita dah dewasa, lagi banyak jenis orang kita jumpa di luar sana yang berbeza latar belakang dengan kita.

Daripada pengalaman aku sendiri, aku lihat ada sesetengah orang yg ringan mulut mengumpat tanpa usul periksa. Kadang kadang siap ada part memfitnah dan memulau lagi. Akhirnya, komuniti sendiri yang berpecah belah. Yang baik semakin baik, yang kurang baik semakin terpesong…

So, mungkin lebih elok kalau kita ambil inisiatif cuba berkawan dengan semua orang. Kalau ada yg buruk, mungkin kita sebagai kawan boleh betulkan. Bak kata pepatah, “buang yang keruh, ambil yang jernih”. Kalau hanya setakat mencanang mulut daripada jauh, kita juga yang dapat dosa.

Tapi, sedihnya zaman sekarang nie, orang lagi senang nak ambil yg keruh, buang yg jernih pulak. Macam Manmoncang cakap tu, aku pun nampak jugak bebudak melayu teguk arak time world cup tahun lepas dkt KLCC. Sedih rasanya bila tengok. Tengok muka diorang, macam baru umur 13-15 tahun. Tapi dressing kalah J-lo ….sabor je….

so what if she’s a slut…

Went to the State Street Sales yesterday. Guess how long we spend shopping? 8 hours!!! Oh my God…by the time I reached home, memang rasa penat gila. Tidur dgn nyenyak sekali.

Other than that, I spend my time today update site nie. At last I did want I want to do since the early summer; put up the link to other journals. Alang alang tu, tukar sekali template utk manjalara nie.

Bilik pun dah kemas (walaupun kalau mama aku tgk mesti kena berleter sebab tak menepati piawaian dia). Alah…nanti bulan depan nak pindah jugak…alasan;)

Aku ada cerita nak dikongsi. Aku harap cerita ini tak menyentuh perasaan sesiapa. Ini pengalaman yg akan kuingat sampai bila bila. Pengalaman yg mengubah persepsi aku tentang manusia dan kehidupan…

Waktu tu aku baru 13 tahun. Baru masuk sek. men. Masih nervous dengan sekolah baru dan muka muka yg unfamiliar. Iyalah, dulu time darjah 6 kitalah senior. Kali nie, kita yg junior sekali. Ditambah pulak student punya ramai, dalam satu tingkatan ada sampai 10 kelas.

Pertama kali aku menjejak kaki ke blik air perempuan di sekolah itu, kaget aku sebentar. Dinding bilik air penuh terconteng nama seorang gadis ~ Y. Penuh di setiap dinding perkataan seperti Y bohsia, Y slut, dan yg sinonim dengannya. Mula mula tu aku ingatkan mesti nie zaman dulu kala punya cerita. Tahu tahulah bilik air sekolah, contengan yg dah berpuluh thn pun kadang kadang ada lagi dkt situ.

Satu hari tanpa ku sangka aku nampak Y. Oh my…dia nie setahun tua je daripada aku rupanya. Memang kategori cun lah. Ayu dan vulnerable wajahnya. Betul ke dia nie bohsia? Gaya macam budak sekolah biasa je. Dia tersenyum kepadaku. Aku senyum balik. Dalam hati sebenarnya penuh dengan seribu tanda tanya.

Ditakdirkan Allah S.W.T, our path crossed again. Melalui seorang teman, kitorang berkenalan dan dalam sekelip mata jadi kawan baik. Honestly, she is one of the most caring friend I had ever have in my life. Aku awalnya tensen sikit sekolah situ, sebab hajat di hati nak masuk asrama. Tapi Y antara penyebabnya buat aku jadi seronok sekolah situ.

Sepanjang kitorang berkawan, tak pernah isu bohsia tu dipersoalkan. Aku and the geng semuanya buat buat tak tahu. Aku mula rasa cerita tu karut. Orang dengki agaknya. Agaknya dia jenis flirty je kot, takkanlah sampai jadi bohsia, detik hatiku.

Ada juga teman ku yang memperingatkan agar jangan baik baik sangat dgn Y. And I’m like, what the heck…dia tak pernah pun buat salah pun dengan aku, walau sekecil hama sekalipun.

Tapi ditakdirkan, suatu hari Allah S.W.T membuka hati Y untuk bercerita padaku. Dia beritahu apa yang terconteng di bilik air sekolah itu semuanya benar. Aku tergamam seketika. Tak tahu apa nak react. Sebab aku membisu agaknya, Y mula bercerita bagaimana dia boleh jadi begitu.

Menurutnya suatu hari dia menghadiri mesyuarat di sekolah. Mesyuarat tu habis lambat dari biasa, jadi bila dia pulang ke kelas semua orang sudah beredar. Dia tgh kemas kemas beg bila ada beberapa lelaki masuk. Of course lah Y kenal bebudak tu, budak sekolah tu jugak. Lebih kurang 10 orang macam tu, ada yang jadi guard jaga pintu. Sampai dkt sini aku blur sikit apa jadi. But at the end kiranya diorang berjaya “ringan ringan” dia.

Y cakap sejak dari hari itu, bebudak tu selalu mendekati dia bila ada peluang. Dekat kelas ke, dekat tangga ke. Dia kata dia pun dah tak melarang, sebab dah jadi satu keseronokan untuknya. Dan contengan dekat dinding bilik air tu, semuanya awek awek bebudak lelaki tu lah yg bengang dengan dia.

Entah apa apa jugak bebudak perempuan tu. Marah lah balak sendiri yg menggatal. Aku mula mula tu still terkejut lagi dengar cerita dia. Tak pernah terfikir nak jumpa someone macam dia, dahlah dia baru berusia 14 tahun waktu tu. Y cakap sebab tu lah ada bebudak perempuan yg membencinya. Katanya dia pun terima kalau kitorang tak mahu berkawan dgn dia.

But then I made up my mind. She did nothing to me. Nothing to betray our friendship. Aku peduli apa dengan latar belakang hidupnya. Dia tak pernah pun influence aku jadi jahat. Dia antara teman yang paling setia dalam hidupku. And I’m going to keep it.

Semakin aku melangkah dewasa, makin aku sedar dunia nie penuh dgn seribu macam orang. Tapi aku akan tetap ingat Y, which makes me remember not to judge people easily.

Instead of just buat assumption sahaja berdasarkan latar belakang, rupa, atau cakap orang, get to know her or him as an individual. Amibl contoh yang baik, dan tinggalkan yang tidak baik.

Tapi cakap memang senang ~”don’t judge the book by its cover”. Realitinya, susah jugak nak mengelakkan diri dari meng-sterotype orang nie. Lebih lebih lagi bila masuk mrsm, duduk dalam sekelompok melayu. Ada click masing masing. Mudah saja menuding jari. Cth : budak lelaki kelantan = gangster, budak perempuan KL = gedik. Dan macam macam lagilah…

Hakikatnya individual masing masing berbeza. Tak semestinya mereka bertudung labuh itu berhati baik and vice versa. Kalau kita dah mendekati dia, baru lah tahu sifatnya yg sebenar. You never know what kind of friends you are missing by streotyping people.

Aku minta maaf kalau ada yang tidak setuju dengan pandanganku. It is just my honest opinion. Terima kasih kepada Y, atas temali persahabatan yang dia hadiahkan untukku. I love you forever, dear…

suffocated….

Lama juga aku tak mengupdate. Otak berkecelaru sedikit, ditambah dgn kesuntukan masa.

Hari selasa lalu rumahku dimasuki pencuri (pls don’t tell my mom, she’ll freak out). Dia masuk ikut tingkap bilik belakang, dan sempat ambil laptop roomate aku. Scary memikirkannya. Dahlah time tu baru pukul 10 malam.

Actually aku tak ada time tu, pergi tgk Pirates of the Carribean. Tapi menurut naratif roomate2 ku, asalnya diorang ingatkan ada tikus dlm bilik tu bila dgr bunyi bising (rumahku mmg ada sejarah tikus). Tapi bila diorang tgk tali kabel mcm teruk je kena rentap (tali kabel dari bilik bersambung dgn ruang tamu), baru diorang pergi usha. Tgk tgk tingkap luas terbuka, laptop dah tak ada. Pencuri tu kerat jaring tingkap.

Sejak hari tu, tingkap bilik aku tertutup rapat. Dah tak berani bukak dah. Kalau tidak tak kira siang malam, aku mesti bukak. And now I am suffocated in here, feels like my mind is suffocating, too…

Benci juga bila ada perasaan insecure tentang rumah sendiri. Feels like my privacy is invaded. Dahlah kitorang semua perempuan. But I’m trying not to let the gender issue worrying me. Nasib baik lagi sebulan je lagi nak pindah.

Bilik aku pulak macam shipwrecked je sekarang nie. Tak tahu lah apasal, semalam kotak kotak kasutku jatuh dari closet. Petanda tak boleh shopping kasut dah ke? Agghhh…I think I need to start packing up my stuff weekend nie, tak lama lagi dah nak shipping barang. TAPI!!! Oppss… Esok Maxwell State Street Day Sales! Ada sampai 90% off!!! Wajib pergi nie…hihihiih…

I hate moving. Hate the physical energy that needed, and the emotional challenges that involved. That’s why I never move out from my house dekat Ampang tu. Rumah tu ayah beli tahun 1981, sempena kelahiran seseorang yg comel ke dunia. Huhuhuhu… Dan jika diizinkan Allah, aku enggan berpindah. Kalau boleh memang nak duduk situ selama lamanya. Boleh ke?

Thanx for everyone yg stop by manjalara.

Kodeng, Daun, & Auntie Yan : kita pun tak tahu apa kesudahan cerita A dgn G tu. Kalau ada kesinambungan, nanti kita cerita lagi.

Wawa & Nonie : Jack tu anak kacukan Cina + Omputih. Sebab tu agaknya comel. Kita dah book laa…hihihih..(tu kat bawah gambar adik dia, buah hati kita jugak…muahahahahha)

Ismail : Tak sure lah ada ke tak website budak 1st batch. Tapi kalau contact number some of them ada lah kot. Mcm Mijon, Azhar. Nanti kita carik. Diorang pun tgh carik blk member 1st batch dulu.

Azah, Azila, Mensh, Blueshades, Kaezrin, Laili, Jubeiz, Cik Kieli dll : Thanx for dropping by and enjoy your weekend!!! Sayangg ngkorang!!!

Utk semua peminat kanak kanak di luar sana, nie haa gambar adik Jack yg aku janjikan tempoh hari. Nicholas nama dia. Comel tak? Baru umur 2 tahun, ckp pun setakat yes, no, stop, go, bye. Hihihihi….Panggil nama aku pun bunyi sth like a-ni-aa… 🙂.

Banyak lagi gambar aku baru cuci. Tapi malas nak scan. Monina ~ manja dan malas..huhuhuhu…Tunggu lah bila angin rajinku datang. Enjoy the weekend everybody!!!!

“bayang bayang tidak pernah setia, pabila malam hilanglah ia…”

bercuti hujung minggu

Aku pergi bercuti dgn kengkawan di Door County hujung minggu tempoh hari. Lebih kurang 5 jam dari Madison; sebuah tempat pelancongan yg unik dkt Wisconsin nie sebab dia menghadap Tasik Michigan. Pemandangan sekitar tasik itu zahirnya tidak jauh beza dengan laut. Ombak menghempas gigi pantai, bot bot persendirian berlabuh, dan kanak kanak riang bermain air dan istana pasir. Cuma bila ditelan airnya sahaja tiada rasa masin🙂

Hari pertama kami menaiki feri ke Washington Island. Bila difikir secara logik, macam pelik kan boleh naik feri besar dalam tasik. Siap ada pulau pulak tu. Tapi serius Lake Michigan ni begitu luas, memang terasa macam laut.

Washington Island nie sebuah pulau terpencil kira kira 20 minit dari tanah besar. Sesampai di sana, kami menyewa basikal. Bebeza dengan jalan di Madison yang penuh dengan kereta, berbasikal di pulau itu seronok sekali. Jalannya sunyi, cuma sesekali sahaja kereta melepasi. Walau ketika itu mahatari sedang meninggi, redup pepohon menghalang terik mentari. Cukup sempurna. Bagai pulau itu kami yang punya. Kalah cerita Autumn in My Heart🙂

Tempat itu hanya sebuah penempatan kecil; bandarnya ala cowboy. Ada zoo kecil untuk melihat ayam belanda, kambing, llama, dan keldai. Ada juga ladang kuda untuk menunggang jika mahu. Tapi entah kenapa aku terasa pulau itu istimewa sekali walaupun tidak sarat dengan tempat tarikan pelancong. Seperti ada satu kedamaian buat mereka yg hendak lari dari kesibukan.

Sebelum menaiki feri terakhir pulang ke tanah besar, kami sempat bermain air di gigi pantai. Jernih sekali airnya. Terkasima aku sebentar bila menyedarinya. Jelas kelihatan batu batu kecil di dasaran.

Waktu petang kami singgah di Sister Bay, salah satu tempat favorite di Door County. Kebetulan ada sekumpulan orang tempatan sedang berkumpul di situ. Bila hampir waktu sunset, mereka menari di jeti dengan latar belakang muzik tradisional. Ada pengaruh Scandinavia di kawasan itu.

 

Kitorang pun tak melepaskan peluang melihat matahari tenggelam. Warna jingga di kaki langit sungguh mengasyikkan. Subhanallah, it is such a perfect scenery. Walau zahirnya matahari kelihatan tenggelam di horizon sana, aku tahu tika itu dia akan muncul di bumi sebelah sana, di Malaysia🙂.

 

Hari kedua kami pergi ke Peninsula State Park. Misi pertama kami adalah untuk Jungle Trekking. Tidak sia sia kitorang pilih Eagle Trail. Banyak pemandangan indah sepanjang perjalanan. Ada gua terbentuk indah; aku pasti sudah berusia berjuta tahun.

 

 

Di tengah perjalanan kami terjumpa air mata air mengalir di celah celah batu. Subhanallah, dingin dan tenang sekali airnya. Yang paling aku suka time trekking tu, kitorang terjumpa pinggiran pantai dalam perjalanan. Indah dan sunyi tempat itu. Yang terdengar cuma bunyi desiran ombak. Asyik.

Kesimpulannya, rasa macam nak datang lagi je Door County tu. Tapi tak tahulah, aku sudah kesuntukan wang dan masa. Tak apa, balik Malaysia nanti aku nak merayau habis habisan. Malaysia kan punya banyak pulau yg indah. Nanti dapat tgk sunset dgn kekasih hati🙂. Bercakap tentang sunset, pernah dengar kisah cinta sejati antara laut dan langit?

Mereka jatuh cinta sejak dulu lagi. Desiran ombak laut membisikkan cinta dari jauh. Langit hanya tersipu sipu kemerahan malu tanpa bicara. Suatu hari awan datang. Awan cuba menghalang cinta mereka, menutup pandangan laut terhadap langit. Namun cinta mereka tetap kukuh. Awan tidak berjaya menghalang, menangis sedih menitiskan hujan.

Hingga kini langit dan laut masih berkasih. Walaupun jauh masih setia. Cuma berpacaran di kaki horizon, setiap kali waktu senja berlabuh…

“Demi ku kan berjanji, akan membebaskan dirimu
Andai kau pun berjanji, kan membawa diriku bersama…”

girl power..muahahaha

Semalam buat surprise untuk si dia. Delivery sedozen bunga mawar dan kek coklat. Nasib baik tokeh kedai bunga tu rajin masuk sampai dalam asrama USM:) Suka tak?? 😉

Aku sedang bertatih untuk menyiapkan take home exam subjek management. Kena buat case study pasal P&G; company yg produce Pampers, Rejoice, Wella, Covergirl, Head & Shoulders, dan seribu macam lagi branded names diorang yg punya.

The company is founded by William Procter and James Gamble in 1837 as a maker of soap and candles. Membaca ayat itu mengingatkan aku kepada kata kata seseorang beberapa thn yg lalu. Orang tu cakap sth like this: “Kamu tahu tak kalau beli brg brg P&G tu kamu support ekonomi orang yahudi. Saja je dia letak shortform P&G. Tahu tak apa nama betul dia? Protect and Gamble. Haa, duit tu diorang buat berjudi. Nanti korang pun berdosa, sama macam bersubahat.”

Hmmm…kalau diikutkan ada betul katanya tentang support yahudi, since P&G tu company US kan. Tapi details dia tu dah jauh merapu. Kalau lah aku tahu pasal ni dari dulu, sure aku jawab balik.

Aku nie bukan suka sangat dengar ceramah politik, tapi ada satu kata kata Dr. M yang aku ingat. Dia kata, kalau nak bercakap, pastikan berilmu. Semua orang boleh bercakap, tapi tak guna kalau tak berisi. Kalau tak tahu hujung pangkal, lebih baik diam. Dr. M cakap satu masalah orang melayu, suka berborak kosong. Suka berdebat tanpa isi kukuh. Suka bertikam lidah hingga kampung tergadai. Betul ke sifat kita macam tu?

I found sth interesting waktu tgh buat homework:

Top 5 celebrities with most power for year 2003, ranked by the Forbes magazine:

1.Jennifer Aniston
2.Eminem & Dr Dre
3.Tiger Wood
4.Steven Spielberg
5.J-Lo

*Michael Jordan #13, J.K Rowling #15, Schumacher #19, Beckham #56.

Huhuhu, Jennifer no. 1, girl power siott…Muahahahaha…..
Last year Britney no.1. What hapenned to that girl, huh?