bahas ala parlimen

 

My presentation went great. Alhamdulilah…
Aku kalau sebelum presentation, mcm mcm hal lah. Sakit perut lah, nak muntah lah..Tapi selalunya bila dah mula bercakap dkt depan, hilang gabra.

Walaupun aku bergelumang dlm arena pidato dan bahas waktu form 2 sampai form 5, sampai sekarang nervous tu tak pernah hilang. Aku rasa memang macam tu kot. Mcm atletlah jugak.

Ingat dulu time aku join olahraga, nervous bangat waktu di garisan pemula. Tapi bila dgr pistol dan start lari, hilanglah semuanya.

But may it be debate or 100 Metres for Women, the ending is a sweet satisfaction. Tak kisahlah menang atau kalah asalkan kita cuba sedaya upaya. The moment is priceless. You could just smell the victory…

Bercakap tentang bahas, aku dan member2 bahas mmg dah berjinak jinak dlm bidang ni sejak menengah rendah lagi. Tapi bila form 4 tiba tiba kitorang dapat pekeliling baru daripada pihak MARA. Diorang tukar format bahas kepada format Ala Parlimen.

Format baru nie, kitorang kena keluar pergi depan waktu bercakap (instead of berdiri belakang meja). Lepas tu, pihak pembangkang boleh tanya soalan bila bila masa sahaja (kita boleh pilih nak terima soalan dia ke tak, tapi wajib jawab 3 soalan). Bila turn org tu bercakap, kita pun wajib tanya soalan. Lepas tu pembahas ketiga kerja dia special, dia tak payah prepare teks. Cuma kena re-but sahaja semua cadangan pihak satu lagi. So kena buat teks time tu jugaklah kiranya.

Awal awal tu aku kalut jugak. Sebab aku mmg dah biasa terikat dgn teks. Ini tiba tiba nak jawab soalan org secara spontan. Satu lagi, it makes you more vulnerable out there. Without your teammates by your side. Without the table to hide you.

Tapi sekarang nie aku bersyukur Mara buat format tu. It helped me a lot through my presentations. And I believe it will help me in the future.

Minggu depan ada 2 lagi presentation, tapi kali nie dalam kumpulan. Malam nie aku dah kena start cari material. Tak sempat nak melepak lah gayanya since Isnin ni dah kena present. Kitorang buat pasal Disneyland menembusi pasaran antarabangsa – focus on France.

Habis presentation tadi terus pergi kerja. Walaupun penat sebab aku tidur 4 jam je semalam, aku rajinkan diri sbb dah janji dgn bebudak nak bawak diorang pergi mailbox utk pos kad Father’s Day.

Walaupun setakat nak seberang jalan dan turun tangga Agriculture Hall tu, bila dah jalan dgn 6 org budak umur 5 tahun, mmg perlukan sepenuh konsentrasi. Anak orang pulak tu.

Sibuk nak tgk lubang lah, nak petik bungalah, nak kejar nyamuk lah (nyamuk keluar waktu summer je dkt sini).

Aku buang rasa ngantuk jauh jauh dgn minum soda. Hahaha..If there’s one American culture that have influence me, it has to be the consumption of caffeine.

Dulu pelik jugak tgk diorang nie, berparty sampai ke pagi. Tapi still larat nak pergi sekolah. Lps tu baru perasan diorang nie pergi mana mana mesti bawak botol cofffee atau soda. Sampai aku pun dah terikut ikut, sket sket Mountain Dew. Sket sket Mountain Dew…hahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s