hujan emas di negeri orang

As usual, weekend is the time to rock & roll! We decided to watched Charlie’s Angels 2 and kicked the mall. Bought me some stuff…I wonder myself when I’ll stop shopping…😉

The movie was great, sesuai utk merilekskan diri sambil bergelak ketawa. And it always entertain me to see chicks kicking ass for a change. Anyway, Diaz and Demi Moore are really gorgeous. Betul ke si Demi tu dah 40 tahun..aiyaa…mcm 20 jer…

Then at night we watched Ryhthm & Booms Fireworks. Sempena hendak menyambut 4th of July tak lama lagi. Not we were that enthusiastic about their Independence Day. Lebih kepada saja seronok seronok nak melepak tepi tasik sambil tgk diorang bakar duit 😉

Finally today….I finished my Harry Potter book. Fuuhhh….Kali nie Rowling added more romance stuff. I supposed now it is Harry’s 5th yr in school, kena lah mula ada babak babak cinta monyet yerk. Berbeza dgn buku buku sebelumnya, kali nie sambil aku baca sambil aku bayangkan muka diorang yg dlm movie tu. Si Hermione dan Ron tu mmg sesuai sgt dgn karakter diorang dlm tu. Cuma Potter tu jer kekadang aku rasa mcm tak sesuai…

Anyway, Meg went back to Malaysia yesterday. Buat decision last minute. Don’t blame her. People can be homesick anytime, without warning I guess.

Even now there is a tiny feeling in my heart that want to be at my bedroom in Malaysia. Aku ingat lagi thn lps sempat sembang dgn sorang minah Russian nie. Dia tanya “In average berapa ramai budak Malaysia yg stay sini biler dah habis study?”. Aku pun jawab lah cam 5-10% camtu. Mcm selalunya dlm satu batch tu sorang dua je.

Dia terkejut dgr jawapan aku. She said it was completely opposite with Russians that come to US. Selalunya 5% jer yg nak blk..isk isk…Macam tu rupanya..

Memang attitude org Malaysia kot macam tu. Sebab tu lah kita ada pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Memang sesuai sgt dgn jiwa org malaysia aku rasa. Even dlm negara sendiri pun, suka je balik balik kampung kalau cuti kan. Mat saleh mana ada buat mcm tu.

Rindunya Malaysia…
Rindu ikan asam pedas mak aku, mkn dgn ulam. Nyum nyum…
Rindu nak rileks dlm bilik, sambil dgr jiran sebelah pot pet on the phone…(aku tak phm die ckp cina)
Rindu nak main bowling dgn anak anak sedara aku yg aktif itu…
Rindu nak rebut ayam goreng dgn cik abang…

I know it’s sound a kind of absurd, tapi aku rasa rindu jugak dgn kebingitan Kuala Lumpur tu. Standing rite in the middle of Jalan Hang Lekiu ataupun Kotaraya tu for instance, rasa mcm nak tutup telinga je. Campur dgn debu + asap pulak tu. Lepas tu org kiri kanan menjerit jerit nak lariskan gerai masing masing. I wonder apa jadi dkt gerai gerai vcd kat Petaling Street sekarang ni, since polis dah cuba banteras habis habisan vcd haram.

Oh ye..rindu jugak dkt gerai gerai tudung along Jalan TAR. Huhuhu…jgn mare;)

Hang in there girl, 6 more months.

Preschool Marriage Talk

Preschool Marriage Talk
June 24, 2003, 5:56 p.m.

I’m sitting in my room, eating vanilla flavored ice cream swirled with strawberry, banana, chocolate ribbons, cherry, pineapple and mixed nuts. Hahahaha….how good is that?

It is just so hot out there. 92 Farenheit! Actually that will be something around 33 degree Celcius. Tapi mmg sudah masuk kategori panas gila utk bumi Madison nie…Geram tgk bebudak tadika mandi swimming pool, rasa macam nak rendam jugak kaki dalam tu!

Entah apasal, sejak aku tulis dialog bebudak tadika aku tu, makin menjadi jadi pulak lawak diorang. Sejak 2-3 hari nie, tak habis habis lagi borak pasal kahwin kahwin…here are some funny ones:-

YESTERDAY…

Martin: Anuta, I’m going to marry you okay.
Anuta: Okay, let’s get married.
Autumn: Martin, you said you want to marry me!
Martin: No, I am going to marry Anuta. I cannot marry 2 people. Only one.

—————————————————————————–

NEXT EPISODE:-

Autumn: Monina, Martin said he don’t want to marry me.
Aku: That’s fine. Marry someone else. There are my other boys out there, you know.
Autumn: No. I want to marry Martin. But he hurt my feelings.

—————————————————————————

LATER THAT DAY, IN THE POOL…

Autumn: Henry, would you marry me?
Henry: No. I am going to marry Elena. I already promised her.
[Elena budak tadika aku jugak]

————————————————————–

AT THE END OF THE DAY…

[ Martin don’t want to share toys with Anuta]

Anuta: Martin! I don’t want to be friend with you. I don’t want to marry you.
Martin: Anuta. Remember this morning, we played together. You said you gonna marry me.
Anuta: But you hurt my feelings. I’m going to marry Alex.
Martin: Alex, why don’t you marry Autumn and I marry Anuta.
Alex: No, I don’t want to marry Autumn.
Anuta: Who you want to marry?
Alex: Nobody.
Martin: What? Why? You have to marry someone. So you could have a family. Mama make babies, you know.

————————————————————————–

TODAY…

Jake: You know, I’m going to marry Maya.
Aku: Yup, I know.
John: You’re going to marry Maya? Haa…
Aku: Who you’re going to marry John?
John: I don’t know. I thought I want to marry Maya. But now I have to find someone else.
Martin: Find a girl okay. Boys can only marry girls. Then you can have babies.
Jake: Yes, I’m going to have 2 babies.

TO BE CONTINUED….
————————————————————————————

Hahahaha….Kat tadika pun ada skandal tu…

I have to do my take home exam today, esok kena hantar. Semalam ingat nak buat, tapi terlekat baca buku Harry Potter tu. Baru habis 300 pages.

Take home exam kena buat case study pasal Samsung.

“Samsung is selling the exactly wireless phone that Keanu Reeves uses to transport himself in The Matrix Reloaded. There will be more Samsung in this fall’s sequel, The Matrix: Revolutions.

Samsung also has already introduced the first voice-activated phones, handsets with MP3 players, and the one that allow users to download and view up to 30 minutes of video and watvh live TV for a fixed monthly fee”.
-Business Week, June 16th.

Dahsyat ek…padanlah ada orang tu sibuk nak beli hp Samsung. Jgn beli mahal mahal tau…tau tau tau tau, ckp kat mak karang…:p

Hubby???

Such a great weekend for me. A perfect moment to relax, gayut, and cuddle with my bear🙂
( I have an assignment due tomorrow actually, but decided to forget about it for a few more hrs 🙂

Spent the day jogging with Nini and Mudin. Walaupun lebih byk jalan dan tgk ikan daripada jogging, still penat jugak. Takde stamina sungguh lah…

Finally, I got all the pictures today! Dah update dah section gallery, I added caption since some ppl nak kenal gambar member member aku yg comel itu 😉. Then I added Gallery 2 link, penuh dgn gambar aku berjalan jalan sepanjang dkt US nie. Nanti InsyaAllah aku akan tambah lagi gambar bebudak Madison nie kalau ada event best. Tapi gambar jalan jalan tak dah kot, since aku pun takde duit dah nak jln…hahaha…Feel free to browse the pictures!

And I’m spending the rest of the day reading Harry Potter, the order of the Phoenix. Hari nie baru keluar buku dia. Dgr cerita penuh org beratur dkt kedai. Aku dah lama order, Fedex hantar pepagi dkt pintu rumah. Senang cerita. Tapi tebal dia 870 mukasurat! Ambil masa jugak nak abis nie…

Reading has always been my all time favorite xtvt. Masa kecik kecik kalau pergi Ampang Point, mesti kedai Times yg akan aku singgah dulu. Diikuti dgn kedai Salem Power Station & MUFC store😉.

Anyway, bila ada duit extra je mesti aku pergi sana beli buku. It all started with Enid Blyton’s collection. Remember the faraway tree? The raining cats and dogs? Hahaha… rindu pulak nak baca buku zaman kekanak dulu.

Abang Lan aku pun pengunjung setia kedai Times. Sampaikan pernah kena halau dgn pakcik yg kerja dkt situ sebab lama sangat belek komik. Hahaha..but he had a totally different colletion of books than mine. He has all those Edward De Bono books, buku buku motivasi, 7 highly effective people ke ape? haa…buku macam tu lah dia baca. Aku pernah pinjam buku dia, tapi baru baca sikit dah tertidur… hahaha…

Preschool Recap during the lunch hour:
(Maria is one of the teacher)

Martin: Maria, can you marry me?
Maria: No, I already married to Steve, remember?
Jake: But you can marry someone else even you already married.
Maria: Yes, you can. But you have to get a divorce first. I don’t want to get a divorce. Steve is such a great hubby.
Martin & Jack: Hubby??? [giggling]
Maria: [smiling] Hubby is a funny name for husband.
Martin & Jack: [keep on giggling]….

*these kids make me smile everday!!!

* THANX for everyone who dropped by manjalara, sayangg korang!!!

berakhirnya kelas pro comm, yeay!!!

Finally, my 4 weeks Pro Comm class is over today. The business class that comes with the highest workload, and I did it with pleasure. Hahaha…semalam qada’ tidur sepuas hati:).

Actually aku suka je kelas nie. Buat research, arrange your thoughts, buat paper, and then present. Tak payah susah susah nak study🙂. Plus, aku nie jenis yg boleh konsisten dlm tempoh masa yg sekejap je, so 4 weeks nie mmg just nice lah.

Sekarang ni ambil kelas HR pulak. There are two types of business class students will take during the summer. One-the one with high workload, so that tak payah buat kerja byk sgt time summer. Two-kelas yg memboringkan, so pendek lah sikit boring dia. HR fall in the 2nd category.

Tapi aku ambil kelas nie online, since aku nak start kerja full time dekat tadika. Jackie dah reserve hours utk aku. She even agree to sub for me the last 4 weeks waktu aku ambil kelas tu, instead of carik cikgu lain. Sayang diorang dkt aku 😉. Peluang beb nak carik duit. Aku pun dah nak blk tak lama lagik, kena carik duit for souvenirs & shipping cost.

Did I tell you that finally we got to stay at the private dorm? Yup…finally. It took 4 months, last last dapat jugak. Alhamdulilah…Mama pun cakap mara kl call dia semalam bagitahu everything dah settled. Aku sebenarnya malas pun nak guna mak aku sebagai kabel, tapi dah tak larat dah nak fikir masalah jadi “homeless” nie.

Anyway, seronok jugak petik petik gitar walaupun aku baru tahu beberapa note je. Bunyi pun kekadang sumbang mcm baby bee:). Toksik, try lah main balik 😉.

And at least I do something with my right hand, since selama nie aku cuma makan je dgn tangan kanan. Boleh lah kasik balance sket pemikiran otak kiri dan kanan ku. Cuma hari nie mcm tak best sikit bunyi dia sebab aku potong kuku. Sifu aku punya pasal lah nie :p

*Congrats to my sweetest senior, Nazi for her coming wedding. Wish her all happiness in the world!

Beckham to Real & X men

Selepas berminggu minggu muka Beckham jadi cover soccernet, hari nie sahih dia berpindah ke Real Madrid. Aku yg minat Beckham pun actually dah tak larat nak baca cerita kat soccernet tu. Sekejap Barcelona lah, sekejap Milan lah…

Well, aku rasa sepanjang aku jadi MAN UNITED fans, lebih dari 10 member cakap mesti sebab aku minat Beckham. Hahahaha…. Today I’m going to prove all them wrong. I’m still MAN UNITED die hard fans!!! Lantak lah si Beckham tu nak pergi mana mana😉. There’s already rumors about him going to wear jersey no.77, since Raul has no.7 for years already. Mana bley kaco bintang Spain sorang tu:)

Seriously, aku mula minat bola betul betul around form 1-2. [Exception time sekolah rendah sokong KL gila gila sebab terpengaruh dgn akak aku yg minat Fandi Ahmad time tu, siap keluar date lagik..hahaha]. Anyway, time dkt MRSM, aku tgk Man U main dkt tv for English League Final. Tak ingat dah lawan team apa, tapi mcm best gila. Mula mula sekali kenal Cantona sebab dia yg julang trofi kemenangan. Terer pulak tu main dan ada style dgn colar dia tu. Lepas tu aku pun jadi pembeli setia majalah Man United, siap daftar jadi ahli lagik:-).

Time tu player dia aku rasa sumer best best. Cantona, Giggs, Neville, Nicky Butt, Scholes, Andy Cole, Beckham, etc. Penjaga gol dia nama ape ntah time tu, lupa dah. Tapi mmg power lah. Tak boleh deny lah kan poster Beckham lah yg plg banyak aku ada. Dah dlm majalah tu penuh gambar dia, tampal jer lah kan..hahaha…

So alkisahnya, aku, Ika, Dira and the rest of soccer fans pun mulakan hobi baru – menyelinap masuk bilik tv waktu malam (coz siaran dia waktu malam kan). Pernah kena baling batu dgn Cikgu Hanapiah sebab bising sangat! Then kitorang tgk Euro pulak. Aku pun start minat England, since player diorang jer aku kenal time tu.

Si dira penyokong setia Germany. Selalu lah gaduh dgn dia. Well, tapi World Cup aritu aku sokong German time final. Takkan nak sokong England kot, si flyguy dah bising bising kutuk England time aku tgk final dkt KLCC…hahaha…

Real Madrid aku baru je betul betul kenal tahun nie. Sebab selama nie lebih terdedah kpd English League je. Sekarang je baru berjinak jinak tgk UEFA Cup & other countries’ leagues. Tapi kat US nie susah sket, tak byk siaran bola.

Okie dokie, homework time!

Preschool recap for today:

Henry: Do you know Cyclops has a brother name Henry?
Aku: Really? [aku tgk cartoon dia kekadang je, ntah ntah ade]
Aku: Does he wear glasses, too?
Henry: Yes. He wears glass, and he has claws like Wolverine. His dad is Wolverine. [budak nie hancing aku ke, mana mungkin Wolverine bersaudara dgn Cylops.]
Aku: Really? Who’s his mom?
Henry: Emm..Storm.
Aku: Does he has white hair then?
Henry: [tersengih sengih] Well, I’m just pretending. Let’s just pretend there is an X-Men named Henry okay?
Aku: Okay.
Aku: Henry, do you know that Msytique might be Nightcrawler’s mom?
Henry: really???

hahaha…senang je jadi cikgu tadika. Sembang je merepek:-)

Al Fatihah…

9 tahun yang lalu…

Aku menangis dlm bilik. Habis satu paket tisu Kleenex. Tadi rasa macam tak sedih pun, tapi lepas kereta parents aku blah tiba tiba rasa sebak.

Roomate rommate aku belum balik, so aku pun nangis lah sorang sorang dlm bilik. Lepas tu kemas baju sket sket. Tetiba aku dgr bising dkt luar. Bebudak nie dah blk sekolah agaknya.

Aku pun bukak pintu bilik nak pergi bilik air. Baru je nak melangkah aku dengar suara someone cakap “Assalamualaikum” kuat kuat dkt aku. Aku toleh. Mak aiih..besarnya budak nie. Aku jawab salam dia dan senyum. Tapi dia terus selamba masuk bilik air.

Alamak…Budak pertama yg tegur aku dekat sini pun gaya mcm gangster je. Takut pulak aku nak sekolah sini, dahlah jadik budak 2nd intake.

Itulah kali pertama aku jumpa Azlina Mahadi. Walaupun nampak gangster, tapi dia mmg best orangnya. She and her geng byk menambahkan kemeriahan dlm dorm P1 kitorang tu. Kira mmg havoc dan ceria habis lah orangnya. Sebab dia nie tinggi orangnya, semua orang panggil dia dgn nama gelaran. Aku pun tak sure die kisah ke tak.

Then a few days ago…Rina passed to me a very bad news. Azlina involved in an accident, tragically right in front of MRSM Gerik. Bebudak batch aku terkelu seketika. She was so alive before, so happy, and now she’s gone. It was unbelievable.

Dan tak ada sesiapa pun lagi yg sebut nama gelaran dia. Baik dlm email atau dlm e-community kitorang, semua orang sampaikan berita sedih nie guna nama penuh dia. Semua org menyuarakan kekesalan sebab tak sempat mintak maaf.

Dan aku pun tiba tiba rasa mcm dah tak nak guna nama nama gelaran yg boleh menyinggung perasaan tuan punya. (Budak gerik nie mmg kaya dgn nama gelaran). Especially kalau rasa macam dah takkan jumpa dah org tu. Nanti tak sempat nak minta maaf.

Al-Fatihah utk arwah Azlina Mahadi. Moga dia ditempatkan di kalangan orang beriman…

*I’m still updating my site, pls ignore the gallery section for now.

*Esok ada presentation psl Disney pulak:)

bahas ala parlimen

 

My presentation went great. Alhamdulilah…
Aku kalau sebelum presentation, mcm mcm hal lah. Sakit perut lah, nak muntah lah..Tapi selalunya bila dah mula bercakap dkt depan, hilang gabra.

Walaupun aku bergelumang dlm arena pidato dan bahas waktu form 2 sampai form 5, sampai sekarang nervous tu tak pernah hilang. Aku rasa memang macam tu kot. Mcm atletlah jugak.

Ingat dulu time aku join olahraga, nervous bangat waktu di garisan pemula. Tapi bila dgr pistol dan start lari, hilanglah semuanya.

But may it be debate or 100 Metres for Women, the ending is a sweet satisfaction. Tak kisahlah menang atau kalah asalkan kita cuba sedaya upaya. The moment is priceless. You could just smell the victory…

Bercakap tentang bahas, aku dan member2 bahas mmg dah berjinak jinak dlm bidang ni sejak menengah rendah lagi. Tapi bila form 4 tiba tiba kitorang dapat pekeliling baru daripada pihak MARA. Diorang tukar format bahas kepada format Ala Parlimen.

Format baru nie, kitorang kena keluar pergi depan waktu bercakap (instead of berdiri belakang meja). Lepas tu, pihak pembangkang boleh tanya soalan bila bila masa sahaja (kita boleh pilih nak terima soalan dia ke tak, tapi wajib jawab 3 soalan). Bila turn org tu bercakap, kita pun wajib tanya soalan. Lepas tu pembahas ketiga kerja dia special, dia tak payah prepare teks. Cuma kena re-but sahaja semua cadangan pihak satu lagi. So kena buat teks time tu jugaklah kiranya.

Awal awal tu aku kalut jugak. Sebab aku mmg dah biasa terikat dgn teks. Ini tiba tiba nak jawab soalan org secara spontan. Satu lagi, it makes you more vulnerable out there. Without your teammates by your side. Without the table to hide you.

Tapi sekarang nie aku bersyukur Mara buat format tu. It helped me a lot through my presentations. And I believe it will help me in the future.

Minggu depan ada 2 lagi presentation, tapi kali nie dalam kumpulan. Malam nie aku dah kena start cari material. Tak sempat nak melepak lah gayanya since Isnin ni dah kena present. Kitorang buat pasal Disneyland menembusi pasaran antarabangsa – focus on France.

Habis presentation tadi terus pergi kerja. Walaupun penat sebab aku tidur 4 jam je semalam, aku rajinkan diri sbb dah janji dgn bebudak nak bawak diorang pergi mailbox utk pos kad Father’s Day.

Walaupun setakat nak seberang jalan dan turun tangga Agriculture Hall tu, bila dah jalan dgn 6 org budak umur 5 tahun, mmg perlukan sepenuh konsentrasi. Anak orang pulak tu.

Sibuk nak tgk lubang lah, nak petik bungalah, nak kejar nyamuk lah (nyamuk keluar waktu summer je dkt sini).

Aku buang rasa ngantuk jauh jauh dgn minum soda. Hahaha..If there’s one American culture that have influence me, it has to be the consumption of caffeine.

Dulu pelik jugak tgk diorang nie, berparty sampai ke pagi. Tapi still larat nak pergi sekolah. Lps tu baru perasan diorang nie pergi mana mana mesti bawak botol cofffee atau soda. Sampai aku pun dah terikut ikut, sket sket Mountain Dew. Sket sket Mountain Dew…hahaha…

guitar & paintball

Sorry I haven’t had time to update my gallery as promised. Got many things going on.

My presentation went well. Only I think I could do better if I was prepared. Tapi sbb markah utk presentation tu pun 10 je, aku cam rileks rileks sket. Next week ada midterm presentation, kena cuba buat betul betul lah.

Aku tgk mat saleh pun ada yg gabra time presentation. W/pun diorang ada advantage daripada segi kefasihan berbahasa inggeris, still ada yg nervous jugak. Makes me confident that I could do as good as them.

Then biasalah…time weekend masa utk aku enjoy puas puas. Aku jenis manusia yg tak boleh study setiap hari gamaknya. Hahaha…

Semalam aku belajar main gitar utk kali pertamanya. Thanx Mudeng luangkan masa ajar aku yg buta gitar ini! Nak blajar rajin rajin kasik pandai 🙂

Then hari nie pergi main paintball dgn bebudak Malaysian lain. Utk sesiapa yg kurang arif, paintball nie game main tembak tembak guna paint dlm kawasan hutan. Kira dia buat setting ala ala askar jugaklah. (mcmlah kita main dekat sekolah dulu, cuma lebih advance).

Punyalah sakit peluru dia (coz guna pistol yg pakai air pressure). Habis lebam kaki aku. Kitorang bahagi 2 teams, satu team 19 org. Gempak lah. Siap merangkak cam komando lagik. Muahahaha..gaya mesti ada…

Lps tu blk rumah, exhausted, layan Maid In Manhattan. Not bad cerita dia. Sesuai ditonton oleh mereka yg nak rehat rehat sambil tido mcm aku tadi…

Tomorrow, I’m going to help a little bit for the bbq. Neighbor aku nak buat (ada lagik 2 rumah melayu dkt sini). Tapi aku tak boleh lepak lama lama, coz my due assignment this coming week is a disaster! I just have to hang in there for now, mmg biasalah kelas summer mcm nie. Nak cepat habis kenalah rajin sket…

Okie dokie..

kita sandarkan pada kenangan

Hari nie ada 3 orang tegur cakap “You look good in pink”. Isk isk..kena tambahkan koleksi baju kaler pink nampaknya nie..Hahahaha…

Assignment aku mula bertimbun. Soalan Midterm dah dapat. Midterm pun kena buat presentation! Sabar aje…Lusa ada 1st individual presentation. Kena buat pasal company profile. Melekat dkt librarylah aku jawabnya esok.

Gabra jugak. Dulu dulu time bahas sekolah ada someone peringatkan dkt aku baca Surah Al Insyirah byk byk kalau nervous. Sampai sekarang aku amalkan kalau ada apa apa yg boleh menyebabkan nervous. Time exam, presentation, mahupun bungee jumping;). Alhamdulilah, hilang sikit debaran jantung 🙂.

Hari ini ibarat air teh tanpa gula. Sumber inspirasi tak ada beb! Hahahaa… Abg pergi KL, belikan komputer utk adik dia. Ciss..jelesnya aku dia dapat round Imbi.

Kalau dah terlalu muak round KLCC dan tak larat tgk karenah org org yg masih mencari cari identiti [ie. muka 100% melayu tapi pegang botol arak melepak luar KLCC or budak sekolah rendah hisap rokok + pakai tank top + skirt atas peha ], Sg Wang & Imbi mmg alternatif terbaik utk jalan jalan. Coz org dtg situ mmg selalunya nak beli benda, bkn nak melepak. Heaven utk bershopping. Tidak kira utk shopping hard drive, komik, ataupun baju baju di Lot 10. Muahahaha..buat iklan pulak aku nie.

Alhamdulilah sahabatku Yat dan kandungannya sihat. InsyaAllah due bulan 9 nie. Yeyeye..bley shopping baju baby!!! I’m hoping it’s a girl;).

Azah cakap baca jurnal aku macam baca novel cinta. Ahak ahaks..aku sendiri kalau baca koleksi diari aku mau gelak sampai terguling guling. Kalah filem Ali Setan.

Sebab aku start tulis diari time form 1. Habis semua cerita ada. Mengusha, merajuk, jeles, menangis, gembira..All and all, aku dah guna 4 diari sepanjang 8 thn nie. Some of them ada dekat Malaysia.

This is a part of my entry yg aku terbelek tadi (unedited, hihihi…):

19 Februari 2000
Today is the first time I called him. Seronok rasanya. Macam tak sangka boleh bercakap dengan dia. Dah genap 1 bulan 6 hari kami berpisah…

Obviously, itu masa aku baru fly dtg sini. That’s why I love to write. It makes me remember small things that meant so much. Bak irama lagu Jamal Abdillah & Ogy, Kita sandarkan pada kenangan🙂

Aku ingat Kak Ina aku pernah ckp, “remaja time bercinta bukan main lagi berkepit, kalau dah kahwin nak teman buang sampah pun tak mahu”. I really don’t want to be like that. She really challenged us to prove that she was wrong.

Sekarang sudah 3 tahun 5 bulan aku di sini. And I still love you sayang

*thanx for those who visit this site & sign the guestbook! You guys rawks!

What X Men character are you?

WHAT X MEN CHARACTER ARE YOU?

You are Storm!

You are very strong and very protective of those
you love. You are in tune with nature and are
very concerned with justice and humanity.
Unfortunately, certain apprehensions and fears
are very hard for you to overcome, and can
often inhibit you when most need to be strong.

Which X-Men character are you most like?
brought to you by Quizilla

Watched NEMO today. Wayang dipenuhi dgn kanak kanak. Preview pun semua cerita cartoon. Dkt sini diorang mmg particular dgn rating film. Bestlah cerita tu [biasalah aku nie kan berjiwa muda]. Hihihi..

Hari nie rasa mcm dah pissed off gila dgn urusan mencari tempat tinggal utk sem depan. Imagine, kitorang apply since March! For Godsake, dah 3 bulan still tak settle settle lagi.

Nak kutuk government pun rasa tak sedap hati jugak sebab government negara sendiri jugak. Ntah ntah nanti aku pun kerja dgn government. Tapi kenapa yer prosedur kerajaan nie kekadang lambat sangat. Isk isk..sedih kami yg officially homeless sem depan nie.

Tapi teringat pulak nasib sorang member aku nie. Apply citizenship utk Malaysia still tak dpt dpt lagik (Ayah dia foreigner). Muka mmg 100% melayu, tapi urusan dah bertahun tak selesai. Terpaksalah sekolah private. Sampailah sekarang nie bayar sendiri tuisyen universiti.

So kira nasib aku takde lah teruk sangat. Reminder to myself: Kena selalu fikir nasib orang lain kalau terasa bengang dgn nasib sendiri. Manusia selalu alpa utk bersyukur & menghargai apa yg di depan mata. Tetapi kerap kali mengeluh dgn apa yg kita tiada…