Al-Fatihah utk arwah Azra, you’ll always be missed…

Baru baru ini one of my stepmoms past away. Walaupun aku tak kenal dia, sedih juga for my dad. Semoga dia ditempatkan di kalangan mereka yg beriman…

Waktu kecil, mmg aku tahu semua orang akan mati. Tapi berita kematian tak pernah datang menjenggukku daripada dekat. Semua ahli keluagaku alhamdulilah panjang umur. Kalau ada yg dah meninggal dunia pun, sebelum aku lahir lagi. Jadi aku tak pernah rasa kehilangan. Secara automatik membuatkan aku tak alert dgn perkataan “mati”. Kiranya time tu aku tak pernah terfikir sth like, “Macamanalah kalau Malaikat Izrail meragut nyawaku sekarang ni?”

Time aku 1st year dkt universiti, aku dapat berita atukku meninggal. Walaupun aku tak baik sangat dgn dia, sedih juga. Sebab tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. Buat aku insaf sekejap. Baru realised that death is a reality that surrounds our life.

Aku pernah cakap kan, bulan Mei bulan best sbb birthday aku dgn abang jatuh pada bulan Mei. Tapi, pada bulan Mei tiga tahun lepas, satu lagi perkara terjadi yg amat menginsafkan aku tentang ajal.

Waktu tu aku 1st year dekat sini. Abang dekat Malaysia masih lepak lepak sambil tunggu result UPU. Macam biasa satu hari tu aku call dia, tapi abah cakap dia accident. Ada dekat hospital. Abah cakap, tak ada apa apa yg perlu dirisaukan. Sikit sahaja cederanya.

So aku percayalah kata kata abah. Lagipun biasalah boyfriend aku kalau bawa motor dekat kampung selalu saja accident sikit sikit. Lembu pun kekadang dilanggar🙂.

Tapi, bila dah 2 hari berlalu baru aku tahu kisah sebenarnya. Abg accident dgn sahabatnya Azra. Diorang terbabas lalau terlanggar lori. Arwah Azra tak dapat diselamatkan…Daripada laporan polis yg aku baca mengatakan kepala dia terhentak kuat.

Aku benar benar terpana. Betapa dekatnya abang dgn maut ketika itu. Dahlah pakcik polis tu silap orang asalnya. Sbb wallet mereka tercampak jauh, jadi polis dah tersilap ID. Polis tu pun telefon mak cakap abang dah meninggal dunia. Suruh datang hospital cam muka mayat. Sepanjang perjalanan ke hospital mak nangis tak henti.

Aku waktu tu memang teramat insaf. Baru sedar betapa banyak dosa selama ni. Tragedi tu mengingatkan aku yang ajal boleh datang mengetuk pintu kita bila bila masa sahaja. Sometimes when you least expected it. Sometimes when you are having fun…

Aku tak pernah jumpa arwah Azra. Tapi aku tahu dia kawan baik abang di kampung. Dia budak baik, anak sulung daripada 4 beradik. Abang cerita hari tu Azra mmg pelik sikit.

Abang datang rumah dia, ajak pergi Baling naik motor. Lepas tu dia suruh abang tukar seluar, sbb katanya seluar abang tak tahan lasak. Dia bagi abang pinjam seluar jeans dia. Abang pun ikut jer lah.

Lepas tu dalam perjalanan, tiba tiba dia suruh abang tambah cover untuk helmet motor abang. (Apa ke namanya cover tu). So abang pun berhenti lah bengkel, tambah cover plastik tu dekat helmet dia.

Mungkin arwah Azra tahu ada sesuatu akan berlaku. Semua perkara yang dia suruh abang buat berjaya protect abang dari injured lebih teruk lagi.

Beberapa hari selepas tragedi itu, parents Azra dapat surat dari pihak UPU. Arwah Azra dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading…Buat seorang budak kampung macam dia, itu satu perkara yg amat dibanggakan. At least dia berjaya buktikan dia dapat menjadi kebanggaan keluarga.

Sekarang ni, abang jadi anak angkat keluarga Azra. Cuba yg termampu utk jadi abang kepada adik adiknya. Aku tgk adik adik dia pun baik baik, cakap sopan santun semuanya.

Aku pun dah mula sayang dgn keluarga Azra. Nanti InsyaAllah bila aku dah balik Malaysia, aku akan jadi kakak yang baik utk diorang. Al-Fatihah buat arwah Azra. Aku akan ingat dia sehingga akhir hayatku. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang yg beriman…

Quote dari BlueShades:

Perumpamaan Mati:
“Bagaikan pohon berduri yang masuk ke dalam perut manusia yang akan mati. Lalu setiap duri itu menyangkut pada uratnya, kemudian ditarik oleh lelaki yang kuat dengan tarikan sekuat-kuatnya, maka duri itu memutuskan urat yang dapat diputus dan terlepas dari urat yang tidak putus.”

Bercakap tentang mati, Nini kasi 2 link best dekat bawah ni: (AWAS! Cuma utk tatapan mereka yg kuat semangat)

http://www.funny-funny-pictures.com/song/
http:// www.herryrachman.net

One response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s