HAPPY MOTHER’S DAY

Selamat Hari Ibu utk mamaku yang tersayang. Yang banyak bersusah payah utk aku. Daripada benda benda yg berat seperti melahirkan aku, berhenti kerja sbb aku mengada ngada suruh dia berhenti, hinggalah ke bab yg kecik kecik macam tolong carikan barangku yg hilang. Hehehe…kena bebel la dulu, sth like “cari barang dgn lutut ke dgn mata?” Tapi still dia tolong aku.

Selamat Hari Ibu juga buat mak tersayang. Terima kacih banyak banyak sebab sayang dkt aku, dan selalu bela aku bila aku gaduh dgn anak dia;).

Bercakap tentang hari ibu, ada satu cerita aku nak kongsi dgn korang tentang kasih sayang.

Sejak aku kecil, family aku tak pernah berterus terang soal kasih dan sayang. Aku tahu lah parents aku sayang dkt aku, tapi diorang tak pernah ckp pun. Sesama adik beradik pun macam tu.

Lepas tu waktu form 1 aku masuk MRSM Gerik, terjadi satu perkara yg aku ingat sampat sekarang. Satu hari tu, aku pergi teman member aku telefon mak dia. Lepas tu bila dia dah nak letak telefon, aku dgr dia cakap “I love you, too”.

Terkejut gila aku dengar. Kalau dia cakap macam tu, mestilah mak dia cakap “I love you” dulu kan. Masa tu tiba tiba aku jeles gila dkt dia. Bengang pun ada dgn parents aku sbb tak pernah cakap macam tu pun dekat aku.

Itu time form 1. Tapi lama lama bila aku dah besar aku baru sedar, mmg keluarga melayu jarang ckp benda benda macam tu dkt anak anak. Aku juga baru sedar, member aku yg tadi tu parents dia muda lagi berbanding dgn parents aku. Dia anak sulung, dan parents dia dua dua graduate overseas. Kira mmg macam moden sikit lah. So, aku dah tak kisahlah. Aku tahu walaupun diorang tak cakap, parents aku still sayang dkt aku.

Lepas tu bila fly datang US ni, aku dapat satu kesedaran baru. Aku dapat inspirasi bila tgk bebudak tadika aku cakap I love you dekat parents diorang setiap kali parents diorang hantar dan ambil dari sekolah. Lepas tu satu hari tu aku tgk cerita 7th Heaven. Watak dalam cerita tu cakap, tak semestinya semua benda parents kena mulakan. Anak anak pun boleh jugak mulakan.

So, datang semangat baru dalam diri aku. Aku cuba ckp dkt mama, ayah, dan adik beradik aku yg aku sayang diorang. Malu juga, tapi aku kuatkan hati. Iyalah, kalau dgn boyfriend bukan main lagik kan..hehehe….

Surprisingly, the outcome of my act is really satisfying. Sekarang ni family aku semua ikut langkah aku, dah very verbal towards each other. Mama dan ayah aku lebih lebih lagi. Setiap kali telefon mesti cakap diorang sayang dan rindukan aku. Aku betul betul grateful dgn tindakan aku.

My personal opinion, berterus terang dlm family ni mmg bagus. Especially kalau parents dah start dari kecil. Sbbnya boleh menguatkan self esteem bebudak tu sendiri. Budak kecil ni perasaan diorang lain sikit. Bila buat salah dan kena tegur dgn parents, terus fikir parents tak sayang. Itu yg ada jadi rebellious dan disconnected dgn family bila dah besar.

Anyway, walaupun aku dah besar panjang ni baru nak start tradisi tu, aku seronok juga sbb dapat mulakan sesuatu yg baru dalam family aku. At least generasi baru dalam family aku kelak tak ada lah rasa tensen macam aku form 1 dulu🙂

Orait, Happy Mother’s Day juga utk member aku Yat, hopefully sihat sihat selalu!! Juga utk semua ibu seluruh dunia!!! Aku tahu sebenarnya mother’s day dekat Malaysia semalam. Tapi semalam aku balik library penat sangat, tak larat nak menulis. Siap ngigau lagik😉

P.S. Nurul Izzah sebenarnya dah kahwin baru baru ni. Mami Jarum aku silap bagi info😉 Hahahahha!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s