siti sarah-geology museum-tank top???

Best seih suara si sarah nie. Tak padan dgn kecik.
Bercakap tentang sarah, hari tu aku terbaca komen wartawan tentang kemenangan sarah dalam AIM 2003 baru baru ni. Isunya ramai peminat siti nurhaliza melatah bila wartawan puji kehebatan sarah.

Wartawan tu cakap ramai sungguh peminat siti hantar surat dekat ruangan pembaca. Masing masing menyuarakan rasa tak puas hati bila sarah dipuji. Bagai merampas takhta siti lah lebih kurang. Aku terkejut juga bila wartawan tu ckp, siap ada yg tulis “rupa pun tak ada, ada hati nak lawan siti”.

Haa! Ada pun wartawan yg tegur. Aku mmg dah lama rasa pelik dgn sesetgh peminat siti ni. Suka betul melatah. Siti sendiri tak kisah pun org lain menang. Diorang ni tak phm ke istilah “persaingan sihat”?

Tahun lepas dah kena dkt dayang, kali ni sarah pulak. Aku pun suka juga suara siti, tapi rilekslah…buat malu je. Bak kata mak aku mengikut loghat kelatenya “daghat sungguh”🙂. Yg tak bestnya, bila diorang mempertahankan siti, penyanyi penyanyi baru ni free free kena kutuk pulak. Kesian dkt diorang, mesti terasa inferior pula.

Wartawan tu cakap, dulu time ziana kalah buat pertama kali di tangan siti, tak ada pulak peminat ziana bising. Aku ingat juga, waktu Shima rampas title ratu rock dari Ella, peminat Ella cool je. Rileks lah kan….;)

Anyway, hari ni last day of class utk semester ni. Weather best! Pagi pagi lagi aku dah bangun. Join budak tadika aku melawat Geology Museum utk tgk rangka tulang dinosaur. Kitorang lucky sebab ada rangka tulang Triceratops baru dipamerkan.

Penat juga mengejar bebudak ni. Budak 4 -5 tahun mana boleh duduk lama lama tgk pameran, cepat je nak melencong ke tempat lain.

Lepas tu sbb weather best, aku join sekali main buaian dengan bebudak ni tadi;). Sambil tu sembang sembang pasal Malaysia dgn Anne, salah seorang cikgu dekat situ.

Anne tanya, “if I’m wearing like this in Malaysia, am I a whore?”, sambil tunjuk tank top dia. Aku selamba je jawab, “No, many people wear that. You’ll be fine.”. Lepas tu tiba tiba aku terasa pelik pula dgn jawapan aku. Macam tak sesuai sahaja jawapan aku tu dgn status Malaysia sebagai negara islam. So, aku tambahlah cakap dkt dia yang kalau dkt kampung orang pelik lah tgk dia pakai mcm tu. Tapi aku still rasa cam tak best je jawapan aku tu. Still, nak buat macamana kan. Dah realiti, rite?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s