nursery rhymes

Yang paling best time summer, workload kerja tak banyak. Iyerlah, ambil kelas 1-2 jer kan. Less stress, dan banyak leisure time! Leisure time utk aku mengqada’ tidur dan bersukaria di bawah cahaya matahari:-).

Tapi walaupun ambil kelas sikit, aku still tak lekat dkt rumah. Sbb nak as many hours as possible utk kerja. Rugi duit wooo kalau tak kerja time summer. So aku & rommates mmg jangan haraplah nak ada kat rumah pukul 9-5. Semua mencari rezeki agar dapat bershopping kemudian hari..Muahahaha…

Semalam main bowling. Dgn tidak disangka sangka, aku menjadi juara. Muahahaha..tangan bangku rupanya bebudak Madison nie. Kalau dkt M’sia jangan haraplah. Bukan kata dgn si dia aku kalah, dgn anak sedara aku pun blm tentu..isk..isk…

Banyak lagik benda plan nak buat summer nie. Nak belajar main gitar sampai pandai mcm Man Kidal:). Lps tu semalam mcm terigin jugak nak belajar main ping pong setelah A.R mengutuk caraku bermain. “Seperti main badminton” dia kata. Ciss..tak boley jadik nie. Boyfriend aku terer, aku pun kena belajar gak nie.

Then ingat nak update Gallery utk website nie. Nak tambah link utk kengkawan jurnal lain. InsyaAllah. Oh ya, result exam aku dah keluar. Alhamdulilah, pointerku tinggi juga. Kontrol kontrol, jgn riak…hihihi…

Hari nie aku in the mood dgn lagu lagu Nursery Rhymes. Dulu dkt Tadika Fatima banyak jugak belajar. Sekarang dah kerja tadika, apa lagik. Makin banyak koleksi. Comel comel tau lagunya…bermesej pulak tu:)

These are some songs that emphasize about counting numbers: [buat ajar adik/anak anak sedara..hihi..]

HICKORY DICKORY DOCK
[Dulu time kecik belajar lagu nie satu rangkap je. Tak tau pulak ada sambungan]

 

Hickory Dickory Dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck one,
The mouse ran down,
Hickory Dickory Dock.

Hickory Dickory Dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck two,
The mouse says boo!
Hickory Dickory Dock.

Hickory Dickory Dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck three,
The mouse says wee!
Hickory Dickory Dock.

Hickory Dickory Dock,
The mouse ran up the clock,
The clock struck four,
The mouse says NO MORE!
Hickory Dickory Dock.

5 LITTLE MONKEYS JUMPING ON THE BED

 

5 little monkeys jumping on the bed,
One fell off and bump his head,
Mama call the doctor the doctor said,
No more monkey jumping on the bed!

*Continue to 4,3,2,1,0 monkey.

5 LITTLE DUCKS

 

5 little ducks go out and play,
Over the hill and far away,
Mama duck says quack quack quack,
4 little ducks come running back.

*continue to 4,3,2,1 duck.

Mama duck go out to play,
Over the hill and far away,
Mama duck says QUACK QUACK QUACK!
5 little ducks come running back.

ALICE THE CAMEL

Alice the camel has 5 humps,
Alice the camel has 5 humps,
Alice the camel has 5 humps,
and one of them fell off,
boom boom boom.

*Continue to 4,3,2,1 hump.

Alice the camel has 0 hump,
ALice the camel has 0 hump,
Alice the camel has 0 hump,
because ALICE IS A HORSE!

ANTS GO MARCHING

 

The ants go marching one by one,
Hurrah hurrah,
The ants go marching one by one,
Hurrah hurrah,
The ants go marching one by one,
the little one stop and suck his thumb,
The ants go marching down the ground,
To get out from the rain,
Boom boom boom boom!

*Continue with:
2 by 2-tie his shoe,
3 by 3-climb a tree,
4 by 4-shut the door.

Okaylah..baik aku berhenti. Kalau layan mood kanak kanak aku nie sampai esok pun tak habis:-)

Mami Jarum?

My hands are healing. Alhamdulilah. Patutlah pemain bola dapat payment juta juta, mcm nie punya sakit rupanya:-).

AC MILAN menang Champs League. Hahaha…Sokong Man U, Man U kalah. Sokong Real, Real kalah. Sokong Juventus pun kalah jugak. Nasib baik tak betting.

My summer class going on good. Ambil kelas Professional Communication for 4 weeks, lps tu ambil Management for 8 weeks. Kelas Pro Comm nie mcm byk kerja jugak. Kena belajar buat memo & report utk business, presentations, etc. Elok juga kelas ni wajib ambil. Tak adalah aku gabra bila dah kerja nanti.

Dekat Malaysia sekarang kecoh pasal VCD lucah artis yg cukup laris dijual. Dengar cerita mahal pulak tu harga diorang jual. Alahai…zaman sekarang nie, tak cukup dgn website lucah, email lucah, pop up lucah, vcd lucah pun nak beli. Patutlah guestbook aku pun jadi mangsa.

2 minggu dulu aku dapat jugak emel gambar artis yg dikatakan berlakon vcd lucah tu. Mmg nampak real lah. Macam tak percaya jugak, sbb artis ni imej dia bersih. Tak pernah ada gosip liar.

Rupa rupanya semalam aku terbaca rupanya video tu video persendirian artis tu dgn husband dia. Entah macamana terlepas ke tangan org yg tak bertanggungjawab. Kesian gila! Jahat gila orang tu, sebarkan perkara aib sebegitu. Tak halal duit dia dapat tu.

Aku ingat lagi, dulu kisah Zarina Zainuddin pun macam tu. Gambar gambar dia tu gambar persendirian, boyfriend dia yg jadi cameraman. Lepas tu bila dia dah jadi artis org pun mulalah sebarkan.

Kenapa entah sifat manusia macam tu. Suka tgk orang lain malu. Ditambah pula manusia mmg susah hendak lupakan kesilapan silam orang lain. Perkara yg buruk, walaupun dah bertahun tahun berlalu tetap diingat. Terus terus diumpat. Macamlah cerita Mami Jarum tu:-).

We have to change our mentality. Sebab mengumpat tu dosa besar kan. Walaupun kita cakap perkara yg benar, tetap berdosa besar. So be careful with your words [memperingati diri sendiri juga]. Oh ya, Mami Jarum Jr dah keluar ek? hihihi…

Soccer Rules:-)

Aaaaa!!!! Penat gila!

Baru sampai petang tadi. My whole body is exhausted. Tapi walaupun penat, I totally enjoy myself. We got into quarter final. I think that’s really something since kitorang practice pun 2 hari je. Compare dgn team lain yg practice hari hari, dan ada yg siap ada coach lagik tu;).

I really loved playing soccer!!! It’s a fun game, mcm hoki jugak. Berbaloi gila walaupun badan habis sakit. Sampaikan tgn aku pun lebam jugak, hihihi…teruk kan aku main..muahaha..

Kejang kaki tak payah cakaplah. But I had worse before. Dulu waktu sekolah main hoki siap patah lagi tulang jari, kena masuk hospital:-). So tak kisah sgtlah lebam ni, macho kan, hihihi..At least I have a chance to really play soccer. Dkt Malaysia dulu tak ada peluang.

Overall, everything was great. Bebudak UW semuanya penuh semangat bermain + menyokong. I’m really proud to be one of the Madisonian. Sayang korang sumer!!!

Sempat jugak jumpa ramai kawan lama. Antara soalan favorite among kami pelajar pelajar senior: “Bila nak grad?”, “Nak kerja sini ke nak kerja dkt Malaysia?”, “Bila nak tunang?” & “Bila nak kahwin?” Hahaha…

Dinner not bad. Tapi sbb makan western food, kekenyangan dia tak bertahan lama. Pukul 11 semua org dah lapar balik:-). Show pun ok. I love performance from RPI band the most. Suka sangat dgr diorang goreng gitar. I have to say persembahan silat tak berapa best. It’s lacking a climax.

Okay, I have to close my guestbook for now. Ada lak insan yg tak ada kerja nak mencarut dlm guestbook waktu aku pergi jln jln hujung minggu. Nasib baiklah aku nie penyabor. Thanx honey for alerting me.

Inilah masalahnya org yg tak educated. Suka buang masa buat benda yg tak berfaedah. Dahlah tambah dosa diri sendiri, coward pulak tu. Ade ke kacau orang dlm guestbook, kenal pun tidak…isk isk…kalaulah ada 1000 org Malaysia macam tu, mmglah susah negara kita nak maju. Padanlah Dr. M selalu sedih tgk perangai org melayu nie yerk..

Orait..esok kelas summer start! I’m all ready to start my engine!!!

SUmmeR is OfficiAlly heRe

Hello…my exam is finally over. Fuhh…Finally!

Don’t even want to talk about that actuarial exam. Just keep on wondering why I voluntarily sign up for that exam…Aggghhh.!!! But I personally think the questions is not too bad. If I study like 20 more hours, i’ll be fine actually. huh…

Summer is officially here! The best moment in Madison has finally arrive! Summer means it is time to work extra hours = get more money, shopping more stuff = spend money, eat more ice-cream, and it is also the time of the year to watch finales for all my favorite tv series:)

Finale Charmed is not bad. Looks like Leo dapat jadi Elders. Which means he leave home, nak quit berlakon ker?

Finale Smallville sucks. Ntah apa apa buat macam tu, takde idea lain ke? I guess I’m expecting more since finale 1st season dulu gempak maut. Benci pulak aku tgk si Clark, ikut darah muda dia. Buat benda tak pk consequences. Cuma yg suspend sket psl Lex Luthor je lah aku rasa.

Movie pun mula berbaris keluar time summer. Best best…Bruce Almighty kluar lusa. Mcm lawak giler cerita tu. Then there’s Charlie’s Angel 2 coming soon:). Matrix Reloaded aku tak minat laa..ahaks ahaks..

Hari isnin haritu, aku bgn lambat. Rasa macam malas gila nak pergi kerja, so aku call cakap sakit. (Kalau selsema sikit pun tak boleh dtg kerja kat tadika aku tu, takut budak berjangkit). Hahaha..cikgu pemalas!

Tapi semalam bila aku pergi kerja, cikgu cikgu lain semua tanya aku dah sihat ke blm. Isk isk..rasa guilty pulak. Semua cakap aku kena rileks rileks, sakit sbb pressure exam agaknya. Alahai..baik sungguh hati diorang nie. Tak sampai hati aku nak tipu lagi!

Anyway, nasib baik aku tak ponteng lagi semalam. Sbb Angie datang bwk baby dier! Comelll gilaaa!!!! Dah 4 bulan umur budak tu. Yg plg best, baby dia (Eden) jenis senang nak dkt org. Apa lagi, semua cikgu berebut nak dukung. Siap ambil turn lagik! Nasib baik aku bawak kamera haritu, sempat snap beberapa keping gambar Eden yg comel!!!

Angie datang utk kemas semua barang dia. Looks like she really quit. Aku pun tak pelik dah ape pasal dia nak quit bila tgk kecomelan baby dia tu. Hahaha…Lagipun husband dia orang kaya, tak kisahlah tak kerja pun.

Pengetua tadika tu Jackie pun baik hati kasi dia quit walaupun mcm langgar kontrak. She supposed to work this summer. Jackie siap tolong angkat barang lagik. Beruntung betul aku dapat kerja dlm environment yg caring macam nie:).

Oraitt..I’ll be gone this weekend. Going to join the Malaysian Midwest Games dekat Indiana. Most bebudak Malaysia dkt sini akan berkumpul & main games. Cam MSSM lah lebih kurang. Hahaha… Teringat pulak zaman MSSS dulu;). Doakan aku selamat pergi dan pulang…

Satu keistimewaan, bkn kelemahan

Ello..rasa mcm lama tak update..saje bagi penghormatan dkt kekasih hati:-)

Rabu nie paper actuarial, seriously I’m not in the mood to study!!! Aku susah betul nak stady kalau exam dah abis (exam axtuary ni bkn under U, amik voluntarily). Mood aku sekarang ni nak mkn aiskrem, nak gayut, nak shopping, nak tido. Muahahahaha…

Here is something I got last week during Mother’s Day:

10 BEST COUNTRIES TO BE A MOTHER:

1. Sweden
2. Denmark
3. Norway
4. Switzerland
5. Finland
6.
Canada
7. The Netherlands
8. Australia
9. Austria
10. United Kingdom

I’m not sure about other countries, but what I heard that country like Switzerland really take good care of the mothers.

Contohnya yang aku dengar, ibu ibu yg bersalin boleh dapat cuti tanpa gaji selama 2 tahun. Then another year optional for either parent to really take care of their child. These are some stuff that U.S feminists are still fighting for.

Diorang tak puas hati coz cuti bersalin cuma 2-3 bulan, but then at the same time WHO and the government promoting kebaikan susu ibu. How are we supposed to manage that??? Tak masuk lagi kelebihan sentuhan ibu kepada anak anak.

I’m not a big feminist, tapi dalam hal ni aku pun sokong apa kerajaan Switzerland tu buat. Sbb aku banyak dgr keluh kesah perasaan ibu yg terpaksa memilih antara the newborn & career.

Ramai org tak trust nak hantar anak kecik2 dkt nursery, ataupun ambil orang gaji. Plus, the affection btwn mother and the baby is really important at that time. I believe, most moms in the world want to take care of their own baby. Tapi tak mahu lah jadi suri rumah sepanjang masa. Cuma waktu anak dia kecil je.

At least dkt US, some ppl can resign dan cari kerja balik bila anak anak dah besar. Sbb tu lah cikgu cikgu tadika aku kebanyakannya sebaya dgn mak aku:) Tapi aku rasa dkt Malaysia kalau dah resign bertahun tahun mcm susah nak cari kerja balik. Betul ke?

Lepas tu aku dgr juga cerita ada syarikat tak mahu ambil perempuan, sbb nanti ada maternity leave. Then lepas tu ibu ibu ambil byk cuti bila anak dah lahir. So diorang malas nak tolerate, especially kerja mcm engineers. The way they said it macam peranan ibu itu satu masalah. I think that is so bias, like you have a bad history record or sth…

Mmg lah apa yg diorang ckp tu satu kenyataan. Perempuan cuti lama. Kalau 6 anak, fuhhh:-). Lps tu kalau dah kerja tu mcm akak akulah.. Suka blk awal, tak boleh stay sampai malam dkt ofis. (nak ambik anak dkt sekolah, nak masak utk hubby, etc.) But they should accomodate it rather than terus tolak tepi. Sbb bukannya pilihan kita nak jadi perempuan. Bukan mcm pencuri yg mmg memilih utk mencuri.

Melahirkan anak itu satu keistimewaan, bukan kelemahan. Plus, dgn cara itu sajalah kita dapat menyambung generasi akan datang. So, we should give full moral support for that.

Sebab aku rasa dgn sistem sekarang kekadang tu menghalang perempuan berkerjaya nak fokus dlm pembesaran anak sepenuhnya. Agaknya ada yg teringin nak anak ramai tetapi terpaksa kurangkan sbb situasi macam ni. Kalau husband kaya tak kisahlah. Tapi kalau tak…terpaksalah buat pilihan. Rela tak rela je hantar anak dekat nursery.

Hmm..kalau suatu hari nanti si Shahrizat tu pinda sistem maternity leave dkt Malaysia nie, aku akan respek gila lah:-)

Happy Birthday Sayang!

Hari ini 18 Mei 2003 birthday abang yang ke-22. Sudah tua cik abangku hari ini. Kena matured lah kan, tak boleh perangai mcm budak comel kat atas nie lagik. Nak bagi bunga dkt siapa tu? 🙂 Hihihi..tepok tgn tepok tgn…Masa utk mengimbas kenangan silam;)

 

I think I had a crush on you when we were 14. [Abg berlakon jadi Hang Jebat]

 

I think I’m falling in love with you when we were 15. Ke cinta monyet? [tangga tempat budak gerik selalu dating:-]

 

I totally missed you when when we 16!

 

We were 17 – I really think we were more than puppy love. Or is it? [Mak aihh..masamnya muka aku. Tensen nak berpisah ke tensen tak dapat bergambar dgn Raja Nazrin? hihihi…]

 

We were 18 – I definitely think love is in the air!!!

 

Can’t stand being far away with you when we were 19!

 

We were 20 – Seriously, I’m so much in love with you honey!

 

Oh! You are so grown up now! Dah 21..hihihi.. But it just makes me love you even more!

 

Ahh!! We are 22! Can’t believe it! And after all these 8 years, my crush on you never fades;). How lucky are we?

 

Even though kekadang perangainya nakal mengalahkan makhluk telinga koyak dkt atas nie:-),

 

Dan kekadang perasan jadi hero yg dkt atas nie:-),

I’M STILL IN LOVE WITH YOU HONEY!

Hingga akhir nanti,
kau tetap jadi pujaan,
Walau seribu tahun walau seribu zaman,
kutetap menanti.

Hingga akhir nanti,
Kau saja idaman hati,
Segala rasa cinta segala rasa sayang,
hanyalah untukmu,
hingga akhir nanti.

Bulan takkan terang tanpa seri wajahmu,
hati takkan tenang tanpa kehadiranmu,
rindu dalam sepi rindu dalam mimpi,
kutetap menanti hingga akhir nanti.

Datanglah kekasih datanglah padaku,
kesetiaan diriku janganlah kau ragu,
betapa kukasih betapa kurindu,
seandainya kau tahu benarnya cintaku.

cita cita?

I’m done with all the university papers. Have another actuarial exam paper next week. Not sure whether I need to care about that or not..hahaha… Kesian Jed dapat anak murid mcm aku:-).

Anyway, so far my results are good. Alhamdulilah. Thank you for everyone who wished me good luck.

Hari tu lepas habis exam, pergi mkn Taco Bell dgn Ena dan Pablo. Sembang punya sembang tentang exam Act Sci yang memeningkan kepala tu, sampai lah kepada topik kerjaya sebagai Actuary.

Pablo baru tahu rupanya aku tak mahu jadi Actuary, hehehe…Aku pun cakaplah aku pun baru sahaja dpt cita cita baru tu – nak buka tadika. Kiranya sebelum nie sepanjang 2 tahun dkt universiti, aku tak ada cita citalah lebih kurang.

Lepas tu diorang pulak yg pk pk nak jadi Actuary ke tak. Lorr…takpe korang, korang mesti dapat jadi Actuary yang best punya. Aku je rasa tak tergolong dalam club tu. Hahahaha…actually guest speaker time Actuary Banquet tempoh hari yang meyakinkan aku. Sbb dia ckp “Find a career that you are good at and you are interested with”. Aku akan ingat sampai mati pesanan tu. Kalau Jed tahu mesti menyesal dia jemput guest speaker tu:-)

Anyway, bila dah sembang hari tu, terus aku teringat segala cita cita yang pernah aku ada. Masa aku kecik kecik, aku nak jadi pelakon. Hahaha.. Sbb tgk mcm best je pelakon dkt tv tu kan. Talk about influence by media, rite;). Tanyalah akak akak aku, hari hari aku berlakon dalam bilik:-).

Lepas tu bila aku masuk Tadika Fatima, aku rasa nak jadi cikgu tadika pulak. Sbb aku suka sangat cikgu tadika aku tu. Best gila. Selalu bagi aku belon:-).

Lepas tu bila masuk sekolah rendah, aku tgk cikgu sekolah rendah pun macam best. So kalau orang tanya cita cita aku apa, jawab “nak jadik cikgu”. Tapi tak sure nak mengajar kat mana.

Tapi bila dah masuk darjah 5-6, terus hilang cita cita nak jadi cikgu. Aku rasa macam nak jadi akauntan pulak. Aku rasa pengaruh besar datang daripada akak aku yg bercita cita nak jadi akauntan. Lepas tu deskmate aku, Goi pun minat accounting jugak. Aku pun suka subjek math time tu.

Lepas tu kadang kadang aku rasa jadi wartawan pun best jugak. Sbb aku suka juga subjek bahasa. Lagipun aku rasa aku terpengaruh tgk filem Hati Bukan Kristal (Julia Rais is one of my idola back then!). Seriously, talk about media influence! Hahaha..So kalau cek autograf zaman darjah 6 dulu, mesti aku tulis akauntan atau wartawan.

Bila masuk form 1 dkt MRSM Gerik, cita cita aku nak jadi wartawan tu makin hilang. Rasanya sbb akak aku kata dapat duit sikit. Bila aku masuk pidato time form 2, aku fikir kalau jadi lawyer pun best jugak. Mak aku cakap kalau score history bolehlah sambung law. Perfect, sbb time tu aku mmg minat gila subjek history. Plus, waktu tu abang aku tgh buat law dekat UK. So fikir kalau boleh sambung pelajaran mcm dia mesti best. Dahlah time tu ada cerita bersiri Cinta Korporat dekat tv. Teringin beb;).

Alih alih suatu hari tu ada member cakap kalau jadi lawyer payah. Takut terbela orang yg salah berdosa pulak. Huh…pening pening. Aku pk pk macam betul jugak. Especially aku ni kekadang bila dah start gaduh tak mahu kalah. So time tu aku dah tak sure nak jadi apa. Ditambah dgn abang aku pun dah grad dgn ijazah law dia, tapi tak mahu jadi lawyer pulak. Zaman tu kalau tgk dalam autograf aku tulis Cita cita: Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading. Habis cerita, hahaha..

Then, form 4 masuk pula MRSM Taiping. Time tu aku still blur tak tahu nak jadi apa. Dahlah aku dapat aliran Sains Tulen. At least kalau dapat aliran Sains Gunaan ada subjek prinsip akaun. Takkan nak jadi doktor, kot? Tapi mak aku suruh try dulu, aku pun orait je lah…

Dah sebulan ambil Biologi, serius aku tak minat. Aku pun decide dgn member aku Shida nak tukar kepada Sains Gunaan. Mohon dkt cikgu, last last dapatlah. Seronok pulak tu belajar Akaun. So sepanjang 2 tahun dkt Taiping tu, aku bercita cita nak jadi seorang akauntan yg berjaya:). Tanam niat nak pergi Dublin, Ireland. (Time tu akak aku sambung stadi akaunting dkt New Zealand, so mmg semangatlah nak ikut jejak langkah dia).

Sehinggalah sampai ke detik terakhir aku dekat Taiping, pihak MARA datang bagi offer utk bebudak yg score trial SPM. Huh…dia offer course engineering, IT, dgn actuarial science ke US, engineering & medic ke UK, engineering dkt UTM, dan accounting dkt ITM.

Huh??? Tak ada lah pulak offer accounting overseas. Leceh! Family aku mana ada duit nak support aku study overseas. Medic mmg out, engineering aku tak minat. So time tu aku timbang kati samada nak ambil akaunting yg aku minat tetapi dalam negeri, ataupun cuba benda baru tapi dapat pergi overseas.

Aku tanya cikgu Nafisah tentang Actuarial Science, sbb seriously aku tak pernah dgr course tu. Cikgu kata payah subjek tu. Akak aku pulak cakap belajar accounting dkt universiti boring, bkn macam dkt sekolah. Huh..leceh lah. Bila aku tgk iklan dkt suratkhabar, byk company cari IT expertise. So aku pun decide to go for IT. Apply dan dapat masuk PPP.

Dah suku jalan berseronok seronok dkt PPP, terfikir pulak. Aku nak jadi apa bila besar nie? Computer programmer? Oh my…totally not my thing! Sbb programmer kerja dia duduk diam diam, takde bercakap sgt. Mcm tak sesuai je dgn aku ni. Lainlah utk orang pemalu, kan Nany kan;).

So aku bincanglah dgn akak aku yg dah grad dan dah pun jadi akauntan. Dia cadangkan aku tukar major kepada Actuarial Sc, sbb tu mcm gabungan math dgn business. Time tu mmg aku interested pun dgn business, sbb nampak mcm korporat kan. Hehehe… Lagipun time tu abg aku dah jadi manager dkt BCB. Mcm best je tgk dia. Aku pun tanya lah Mr Amran course Actuarial Science ni macam mana. Dia kata kalau dkt UW Madison ni course dia under Bachelor in Business Admin. Aku pun decide lah tukar major. Fuhh…

Dah sampai sini, mak aihhh…macam nie ke belajar Act Sci. Dahlah susah, aku macam tak minat je. Dalam School of Business dkt U aku ni, kiranya mmg budak Act Sci lah yg nerd sekali. Kalau yg tak nerd pun, mmg genius tahap dewa lah. Yang aku nie nerd pun tak, genius pun tak jugak, hiihih…

Tapi aku minat gila subjek business lain yg aku kena ambik. Finance dgn Mkting best, Risk Mgmt best, Business Law dgn Real Estate pun best. Then macam yg korang tahu, dkt sini aku kerja tadika part time. Dah nak masuk 3 tahun dah.

So sekali lagi aku bincang bincang dgn akak aku. Akhirnya aku come out dgn plan baru. Bila dah grad nanti, aku nak cuba apply kerja yg ada kaitan dgn business. Mcm management ke…Kalau aku minat, aku go on dgn kerja tu. Kalau tak, aku nak ambik cert. utk jadi cikgu tadika + bukak tadika bila dah ada modal. InsyaAllah…

Hah..kembali balik rupanya kepada cita cita aku time umur 5 tahun. Punyalah susah nak pk! Untung tau sapa yang dah tahu nak jadi apa sejak kecik. Cuba bukak balik autograf time sekolah dulu tgk cita cita korang apa. Sama tak dgn sekarang;). Anyway, kesimpulannya antara influence besar dalam pencarian cita citaku ialah adik beradik aku dan pengaruh media, hahahaha!!

Anyway, talk about influence, nie antara cita cita aku time kecik yg datang dan pergi mengikut musim:

1. Nak jadi peramugari bila tgk cerita bersiri jepun Chiaki dkt tv. Tapi cancel bila tak cukup tinggi:)
2. Nak jadi pemain bola tampar bila tgk cerita Jepun Moero Attack. Tapi cancel bila tak reti langsung main volley!
3. Nak jadi doktor bila tgk ER. Tapi cancel bila aku sakit perut time tgk operation dalam Majalah Tiga.
4. Nak jadi atlet bila jadi olahragawati time sekolah rendah. Tapi lepas tu akak aku tanya, “kalau patah kaki macamana?. Alamak..tul gak tu.
5. Nak jadi penyanyi sbb minat gila dgn Ella. Lepas tu baru tahu suara tu aurat..hehehe..

Dan agaknya banyak lagiklah pengaruh lain yg aku dah tak ingat..mcm anak sedara aku lah sekarang nie nak sangat jadi polis trafik mcm dalam cerita Gerak Khas😉

Al-Fatihah utk arwah Azra, you’ll always be missed…

Baru baru ini one of my stepmoms past away. Walaupun aku tak kenal dia, sedih juga for my dad. Semoga dia ditempatkan di kalangan mereka yg beriman…

Waktu kecil, mmg aku tahu semua orang akan mati. Tapi berita kematian tak pernah datang menjenggukku daripada dekat. Semua ahli keluagaku alhamdulilah panjang umur. Kalau ada yg dah meninggal dunia pun, sebelum aku lahir lagi. Jadi aku tak pernah rasa kehilangan. Secara automatik membuatkan aku tak alert dgn perkataan “mati”. Kiranya time tu aku tak pernah terfikir sth like, “Macamanalah kalau Malaikat Izrail meragut nyawaku sekarang ni?”

Time aku 1st year dkt universiti, aku dapat berita atukku meninggal. Walaupun aku tak baik sangat dgn dia, sedih juga. Sebab tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. Buat aku insaf sekejap. Baru realised that death is a reality that surrounds our life.

Aku pernah cakap kan, bulan Mei bulan best sbb birthday aku dgn abang jatuh pada bulan Mei. Tapi, pada bulan Mei tiga tahun lepas, satu lagi perkara terjadi yg amat menginsafkan aku tentang ajal.

Waktu tu aku 1st year dekat sini. Abang dekat Malaysia masih lepak lepak sambil tunggu result UPU. Macam biasa satu hari tu aku call dia, tapi abah cakap dia accident. Ada dekat hospital. Abah cakap, tak ada apa apa yg perlu dirisaukan. Sikit sahaja cederanya.

So aku percayalah kata kata abah. Lagipun biasalah boyfriend aku kalau bawa motor dekat kampung selalu saja accident sikit sikit. Lembu pun kekadang dilanggar :-).

Tapi, bila dah 2 hari berlalu baru aku tahu kisah sebenarnya. Abg accident dgn sahabatnya Azra. Diorang terbabas lalau terlanggar lori. Arwah Azra tak dapat diselamatkan…Daripada laporan polis yg aku baca mengatakan kepala dia terhentak kuat.

Aku benar benar terpana. Betapa dekatnya abang dgn maut ketika itu. Dahlah pakcik polis tu silap orang asalnya. Sbb wallet mereka tercampak jauh, jadi polis dah tersilap ID. Polis tu pun telefon mak cakap abang dah meninggal dunia. Suruh datang hospital cam muka mayat. Sepanjang perjalanan ke hospital mak nangis tak henti.

Aku waktu tu memang teramat insaf. Baru sedar betapa banyak dosa selama ni. Tragedi tu mengingatkan aku yang ajal boleh datang mengetuk pintu kita bila bila masa sahaja. Sometimes when you least expected it. Sometimes when you are having fun…

Aku tak pernah jumpa arwah Azra. Tapi aku tahu dia kawan baik abang di kampung. Dia budak baik, anak sulung daripada 4 beradik. Abang cerita hari tu Azra mmg pelik sikit.

Abang datang rumah dia, ajak pergi Baling naik motor. Lepas tu dia suruh abang tukar seluar, sbb katanya seluar abang tak tahan lasak. Dia bagi abang pinjam seluar jeans dia. Abang pun ikut jer lah.

Lepas tu dalam perjalanan, tiba tiba dia suruh abang tambah cover untuk helmet motor abang. (Apa ke namanya cover tu). So abang pun berhenti lah bengkel, tambah cover plastik tu dekat helmet dia.

Mungkin arwah Azra tahu ada sesuatu akan berlaku. Semua perkara yang dia suruh abang buat berjaya protect abang dari injured lebih teruk lagi.

Beberapa hari selepas tragedi itu, parents Azra dapat surat dari pihak UPU. Arwah Azra dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading…Buat seorang budak kampung macam dia, itu satu perkara yg amat dibanggakan. At least dia berjaya buktikan dia dapat menjadi kebanggaan keluarga.

Sekarang ni, abang jadi anak angkat keluarga Azra. Cuba yg termampu utk jadi abang kepada adik adiknya. Aku tgk adik adik dia pun baik baik, cakap sopan santun semuanya.

Aku pun dah mula sayang dgn keluarga Azra. Nanti InsyaAllah bila aku dah balik Malaysia, aku akan jadi kakak yang baik utk diorang. Al-Fatihah buat arwah Azra. Aku akan ingat dia sehingga akhir hayatku. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang yg beriman…

Quote dari BlueShades:

Perumpamaan Mati:
“Bagaikan pohon berduri yang masuk ke dalam perut manusia yang akan mati. Lalu setiap duri itu menyangkut pada uratnya, kemudian ditarik oleh lelaki yang kuat dengan tarikan sekuat-kuatnya, maka duri itu memutuskan urat yang dapat diputus dan terlepas dari urat yang tidak putus.”

Bercakap tentang mati, Nini kasi 2 link best dekat bawah ni: (AWAS! Cuma utk tatapan mereka yg kuat semangat)

http://www.funny-funny-pictures.com/song/
http:// www.herryrachman.net

Sekitar perkahwinan Nurul Izzah Anwar

2 down, 2 more exam to go.

Bangkit awal pagi hari ini, sebab exam german aku pukul 7.45. Mak aku telefon kejut. Hehehe…dari kecik nak pergi tadika sampai dah tahun akhir dkt Univ pun mak kejut 🙂

Aku teringat dulu waktu tadika aku tidur dgn kakak aku. Bila mak aku datang kejut pepagi nak pergi tadika, aku mesti minta extra 5 minit. So mak aku pun tunggulah dkt luar bilik tu sambil baca paper.

Yg kelakornya, zaman tadika tu akak aku baru ajar macamana nak tgk jam. Kiranya dia ajar sekalilah hal berkaitan dgn saat dan minit.

So, bila aku minta extra 5 minit tu, sebab excited nak aplikasi ilmu kan, aku pun kiralah sampai 300 saat sambil baring atas katil. Tiap tiap hari buat macam tu! Kiranya macam nak bandingkanlah sama tak aku punya pengiraan dgn jam mak aku.

Lepas tu kalau mak aku datang kejut sebelum aku habis kira, mesti aku protes. Ckp aku tak habis kira sampai 300 lagi. Hehehe…Tak ada kerja sungguh. Sekarang ni pk pk blk, baik aku tidur extra 5 minit tu!

Dapat surat dari ayah aku hari ni. Ayah aku kalau tulis surat mesti guna bahasa surat yg indah indah. Aku rasa mmg org zaman dulu biasa guna bahasa melayu standard kalau nak tulis surat. Mcm kita belajar bahasa surat dalam kelas BM lah. Bukan mcm kita sekarang ni, suka tulis bahasa pasar berterabur.

Tapi satu masalah ayah aku, tulisan dia…mak aihh…susah sungguh aku nak figure out. Kena baca 2-3 kali baru dapat faham. Itupun dapat ekstrak point point penting je. Mcm mengisi tempat kosong pulak..hehehe..Tapi yg penting aku tahu dia suruh aku belajar rajin rajin, jgn lupakan Allah S.W.T, dan dia selalu doakan aku + sayang aku:)

Oraitt…ni kawan aku bagi gambar sekitar perkahwinan Nurul Izzah baru baru ni. Ayu sekali! Anwar Ibrahim dapat keizinan keluar selama 2 jam untuk menjadi wali. Izzah kahwin dgn kerabat johor. Jumpa waktu dia pergi London, time nak memperjuangkan hak ayah dia. Mamat tu budak chem eng dari Univ Cambridge kalau tak salah.

 Ena, teropong hang tak cukup besaq lah weii..:p

HAPPY MOTHER’S DAY

Selamat Hari Ibu utk mamaku yang tersayang. Yang banyak bersusah payah utk aku. Daripada benda benda yg berat seperti melahirkan aku, berhenti kerja sbb aku mengada ngada suruh dia berhenti, hinggalah ke bab yg kecik kecik macam tolong carikan barangku yg hilang. Hehehe…kena bebel la dulu, sth like “cari barang dgn lutut ke dgn mata?” Tapi still dia tolong aku.

Selamat Hari Ibu juga buat mak tersayang. Terima kacih banyak banyak sebab sayang dkt aku, dan selalu bela aku bila aku gaduh dgn anak dia;).

Bercakap tentang hari ibu, ada satu cerita aku nak kongsi dgn korang tentang kasih sayang.

Sejak aku kecil, family aku tak pernah berterus terang soal kasih dan sayang. Aku tahu lah parents aku sayang dkt aku, tapi diorang tak pernah ckp pun. Sesama adik beradik pun macam tu.

Lepas tu waktu form 1 aku masuk MRSM Gerik, terjadi satu perkara yg aku ingat sampat sekarang. Satu hari tu, aku pergi teman member aku telefon mak dia. Lepas tu bila dia dah nak letak telefon, aku dgr dia cakap “I love you, too”.

Terkejut gila aku dengar. Kalau dia cakap macam tu, mestilah mak dia cakap “I love you” dulu kan. Masa tu tiba tiba aku jeles gila dkt dia. Bengang pun ada dgn parents aku sbb tak pernah cakap macam tu pun dekat aku.

Itu time form 1. Tapi lama lama bila aku dah besar aku baru sedar, mmg keluarga melayu jarang ckp benda benda macam tu dkt anak anak. Aku juga baru sedar, member aku yg tadi tu parents dia muda lagi berbanding dgn parents aku. Dia anak sulung, dan parents dia dua dua graduate overseas. Kira mmg macam moden sikit lah. So, aku dah tak kisahlah. Aku tahu walaupun diorang tak cakap, parents aku still sayang dkt aku.

Lepas tu bila fly datang US ni, aku dapat satu kesedaran baru. Aku dapat inspirasi bila tgk bebudak tadika aku cakap I love you dekat parents diorang setiap kali parents diorang hantar dan ambil dari sekolah. Lepas tu satu hari tu aku tgk cerita 7th Heaven. Watak dalam cerita tu cakap, tak semestinya semua benda parents kena mulakan. Anak anak pun boleh jugak mulakan.

So, datang semangat baru dalam diri aku. Aku cuba ckp dkt mama, ayah, dan adik beradik aku yg aku sayang diorang. Malu juga, tapi aku kuatkan hati. Iyalah, kalau dgn boyfriend bukan main lagik kan..hehehe….

Surprisingly, the outcome of my act is really satisfying. Sekarang ni family aku semua ikut langkah aku, dah very verbal towards each other. Mama dan ayah aku lebih lebih lagi. Setiap kali telefon mesti cakap diorang sayang dan rindukan aku. Aku betul betul grateful dgn tindakan aku.

My personal opinion, berterus terang dlm family ni mmg bagus. Especially kalau parents dah start dari kecil. Sbbnya boleh menguatkan self esteem bebudak tu sendiri. Budak kecil ni perasaan diorang lain sikit. Bila buat salah dan kena tegur dgn parents, terus fikir parents tak sayang. Itu yg ada jadi rebellious dan disconnected dgn family bila dah besar.

Anyway, walaupun aku dah besar panjang ni baru nak start tradisi tu, aku seronok juga sbb dapat mulakan sesuatu yg baru dalam family aku. At least generasi baru dalam family aku kelak tak ada lah rasa tensen macam aku form 1 dulu 🙂

Orait, Happy Mother’s Day juga utk member aku Yat, hopefully sihat sihat selalu!! Juga utk semua ibu seluruh dunia!!! Aku tahu sebenarnya mother’s day dekat Malaysia semalam. Tapi semalam aku balik library penat sangat, tak larat nak menulis. Siap ngigau lagik 😉

P.S. Nurul Izzah sebenarnya dah kahwin baru baru ni. Mami Jarum aku silap bagi info 😉 Hahahahha!!!