AIM 2003 – best best

Bangun pagi tgk AIM 2003. Award paling berprestij utk penyanyi Malaysia, kira macam Grammys lah…Lama jugak benda ni, 3 jam lebih. Tapi tak rugi sbb persembahan semua best best dan aku puas hati dengan semua keputusan!!! Thanx to Time sbb siaran bagus, tak ada buffering macam Juara Lagu tempoh hari.

Okei..mari kita komen komen macam wartawan hiburan:)

Aku miss persembahan yg pertama. Tapi persembahan lain semuanya aku suka. Ruffedge, V.E, Urban Xchange, Cokelat, Aladin, OAG, Wings, & Flop Poppy best!!! Bukan senang nak tgk banyak banyak penyanyi best dalam satu malam. Nyanyi live pulak tu. Makin gemuk aku tengok si Awie tu.

Yg lain pun best. Suara Sarah, Misha Omar, Alleycats, Ramli Sarip & Anuar Zain power. Sheila Majid & Dayang tak payah ceritalah, dah mmg hebat. Muka Misha tu macam Nasha Aziz pulak sekali tengok. Cuma Phyne Ballerz tu aku kureng sket. Atau mungkin juga sebab dah tak sesuai dgn umur aku sekarang nie. Sebab aku dgr budak budak sekolah suka group tu. Hahaha…

Cakap pasal award pulak. Sarah bolot banyak award. Dia dapat artis baru terbaik, best pop album mengetepikan Siti, dan award kemuncak – album of the year. Congrats! Aku suka lagu dia! Suara dia ada style tersendiri. Tak terikat dengan lenggok suara Siti. Macam Dayang jugaklah.

Seperti yang aku ramalkan, Siti tak dapat monopoli AIM. Itupun aku ingat dia akan dapat 2, vokal dan album etnik terbaik. Tapi Yasin tewaskan dia utk kategori album etnik. 2 kali dah nampaknya Siti tewas kepada Yasin. Vokal masih Siti lah yang conquer, dah 4 tahun rasanya dia menguasai takhta vokal wanita.

Anugerah Kembara iaitu award utk mereka yg berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia dapat dekat my favorite group, TOO PHAT. Yeyeyeye!!! Tapi tak expect langsung diorang nak dapat. Iyalah, antara artis yg pernah dapat award nie tahun tahun lepas macam Sheila Majid dan Siti. Tak sangka pulak diorang nak bagi dekat hip hop group. Too Phat sendiri pun terkejut, so diorang tak ada acceptance speech.

Pihak AIM ceritalah, album TOO PHAT terjual hebat dekat Indonesia & Singapore. Plus, lagu lagu diorang dimainkan dekat underground scene sampai ke Australia & Eropah. Aku memang selalu baca cerita cerita TOO PHAT berjaya tembusi pasaran antarabangsa dekat website diorang, tapi tak expect AIM recognize benda tu since selalunya artis pop lebih diberi perhatian. Bagus jugak AIM nie.

Yang paling aku suka AIM kali ni, diorang fokus dekat semua jenis muzik. Segala jenis persembahan ada. Anugerah Wirama pun dapat dekat Ali Bakar, insan yang bertanggungjawab mengetengahkan muzik rock dekat Malaysia. Nie zaman Wings & Search dulu lah. Orang macam ni kita kadang kadang tak perasan sebab muzik rock macam kurang glamor kan…

Ruffedge dapat award artis harapan🙂, Amy Mastura yg comel itu dapat kulit album terbaik. Dan lain lain keputusan pergilah baca suratkhabar😉

Tadi waktu Ruhil dan Sarimah sampaikan award, aku terkejut bila Sarimah panggil dia Kak Ruhil. Laa..Ruhil lagi tua ke. Logik juga sebenarnya sebab rasanya dia tua setahun dari kakak aku, means dah 28 tahun. Tapi minda aku mmg dah set si Ruhil tu muda sebabnya aku start kenal dia masa aku kecik lagi. Alah, zaman lagu Kawan tu;). So aku tetap nampak dia muda, macam aku nampak kakak aku lah..hehehe…

Samalah macam Exists, aku still anggap diorang muda walaupun ada yang dah kahwin pun. Tgklah Ajai, Along dgn Ujang Exists tu, tak nampak muda ke..huh…Anyway, Along dgn Ajai pun tumpang kemenangan Sarah since diorang antara komposer yg terlibat. Congrats!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s