Happy Birthday Sha

Aku sedikit pissed of pagi tadi. Hati terhimpit dengan situasi. Geram sungguh rasanya. Ditambah dgn assignment Management yang aku tak faham, due esok pulak tu !!! Problem cari housing semester depan pun tak selesai lagi.

Tapi sebab hari ini, 24/4/2003 birthday best friend aku, aku nak simpan semua masalah dalam closet. Kunci.

 

To my dear friend Sharifah..

ENjOy YoUr bIRtHdaY dGN yAnG tErSAyanG.
kEeP On SmiLInG!
tAhuN dEPaN kITa BirtHDaY ShoPPIng LAgi!
SAyAnGG sANgaT!!!!

Aku kenal member aku ni time form 1. Actually since darjah 6 dah kenal, tapi time tu dia S.R.K (2) sekolah pagi, aku S.R.K (1) sekolah petang. Mana boleh geng, gaduh adalah😛

Time form 1, kami naik bas sekolah Abg Mat sama sama. Hari hari ngko senyum tgk aku, aku senyum tgk ngko…lama lama jadilah kawan.

Aku pun tak sure macamana kitorang bley rapat. Cuma aku teringat satu hari tu waktu rehat aku nampak dia rehat sorang sorang. So aku ajak lah dia makan sekali dengan geng aku. Lepas tu kitorang mula rehat sama sama.

Aku ingat juga waktu bulan puasa kitorang curi curi beli air kotak dekat vending machine. Obviously, kitorang tak bley puasa lah time tu. Tapi still tak bolehlaa sebenarnya minum depan khalayak ramai :p

Anyway, dia tak masuk sangatlah dengan geng aku. Sebab tahu tahulah geng aku punya perangai;). Bebudak snob yang jenis bising + gila glamor. Hahahaha…So bila aku blah dari SMHK, aku rasa dia pun dah tak join sangat geng aku.

Bila aku dah masuk asrama, lama kelamaan hubungan aku dgn geng aku pun dah tak seerat dulu. Biasalah, dah jauh kan. Tapi yang ajaibnya, friendship aku dgn si Sha ni okey aje. Bila aku cuti pun selalu je keluar dgn dia. Bukan aku taknak keluar dgn geng aku, tapi sesetengah kawan ni bila kita dah lama tak jumpa macam taktau nak sembang apa kan bila jumpa. Time aku duduk Gerik tu, 6 bulan sekali baru nak balik rumah. Tapi dgn makcik nie tak rasa awkward pulak bila jumpa. Kira cam ada chemistry laa jugak:) Nanti aku kahwin pun mmg konfem dia akan jadi pengapit:)

Agaknya sbb kitorang dua dua anak bongsu. Lps tu adik beradik semua dah besar, tinggal kitorang sorang sorang jer kat rumah. Lepas tu dua dua ada masalah keluarga yg tersendiri. Cuma aku rasa dia ni lagi artistic dari aku. Terer lukis, beb😉

Kisah cinta aku pun, semua dia tahu. Hahaha..Semua hal crush / boyfriend akan aku cerita dekat dia. Time aku mula mula minat dekat cik abang aku sekarang nie pun, aku suruh si sha try try kacau hantar surat dekat si dia. Nak test dia ada makwe ke, gatal ke..Hahahaha…Mengamuk jugak si dia bila tahu aku member dengan Sha. Sorry honey;)

Teringat pulak serangkap pantun,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita mandi sama sama…

Siapa yang buat pantun nie waktu form 1? Hahaha..!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s