hati hati ke boarder:)

Hey guys! First of all, thanks to all that sign my guestbook. Ramai yg suka gambar kat tadika aku tu. InsyaAllah weekend ni aku scan lagi gambar bebudak tadika aku, oraitt;)

Tadi lepak sekejap sambil tengok GiLmORe GiRLs & SmALLviLle. Rory nak masuk Yale, Lex pulak propose awek dia! Susah nak terima kenyataan si Lex tu jahat. Setiap minggu aku tgk, makin lama makin baik aje. Atau maybe dia mmg baik erk, agaknya saja saja diorang nak lari dari jalan cerita komik Superman yang asal.

Tempoh hari aku dapat berita ada seorang kenalan keluargaku di Kelantan sakit teruk sekarang. Terlantar atas katil tak dapat bangun. Dia disahkan doktor HIV positive. Hospital dah tak boleh buat apa. So, dia terlantar sakit dekat rumahlah sekarang ni.

Yang ironinya, suaminya meninggal tahun lalu dengan penyakit yang sama. Katanya dulu si suami selalu berkunjung ke tanah seberang a.k.a Golok. Sedih sungguh…Anak anak kecil lagi. Apa pasal lah cari pasal macam tu. Sekarang ini isteri sendiri pula yang sakit.

Sedih juga, patutnya bila dah pulang ke rahmatullah, ahli keluarga sentiasa mendoakannya. Tapi sekarang ini sebaliknya. Dah meninggal pun orang masih menyalahkannya.

Hmm..tak tahulah dunia sekarang ini. Harap harapnya kita semua dilindungi daripada apa apa bencana. Dan mana mana kaum adam yang hendak ke boarder tu, jagalah diri:). Bak kata Kementerian Kesihatan, “Ingatilah orang yang tersayang.”

Okeilah, aku kena gear up balik. Weekend lepas rileks sbb tak ada homework/quiz. Agaknya cikgu suruh rileks sbb Easter weekend kot hari tu. Tapi minggu nie! Kerja bertimbun kak!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s