FI di Imola & FFM M’sia

Siaran Langsung F1 hari ini pagi sangat. Tak mampu aku nak buka mata sebab semalam pun lepas subuh baru tidur.

Pukul 7 lebey, abang kejut guna messenger. Aku gagahkan bukak mata dan bukak tv. Tak boleh miss racing dekat Imola nie. Semua orang kata litar ni special sebab di situlah tempat kelahiran Ferrari. Plus, diorang kata litar ni magic sket. As quoted;

In 1983 Villeneuve’s friend Patrick Tambay raced at Imola for Ferrari. He took Villeneuve’s number 27 to victory. It was a most unlikely win, and legend says that Tambay recalled the car doing things he was not asking it to do. He said it was as if Gilles had been in the car with him. The magic of Imola was born.

Tapi race dah bermula half time bila aku start tengok. Schumacher adik beradik, Raikkonen, dan Barichello saling bersaing merebut tempat di podium. Kalau tak salah aku adik beradik Schumacher ni dah 5 tahun jadi juara di litar Imola.

Rupa rupanya lepas tu cik abangku bagitahu mak dua adik beradik ni baru sahaja meninggal pagi tu. Alahai kesiannya…Diorang diberi kelonggaran masing masing oleh Ferrari dan BMW utk tidak menyertai perlumbaan. Tapi diorang tak tarik diri, sebab mereka nak tunjukkan penghormatan terakhir utk ibu diorang yg tak jemu jemu support career mereka sebagai pelumba.

Seperti yang dijangka, Schumacher mengganas di litar Imola hari ini. Mendekati finish line dengan penuh bergaya diikuti oleh Raikkonen, Barichello, dan Ralph. Ralph kena potong dengan Barichello bila dah last last minute…

Bila dah habis race, Michael duduk lama dalam kereta dia. Mmg tak boleh nampak muka dia dalam helmet tu, tapi semua org rasa dia menitiskan air mata. Bak kata komentar kat tv tu, “a very emotional victory for Michael”. Mungkin kerana teringatkan ibunya, atau sebab ini pertama kali dia menang untuk tahun ini, ataupun mungkin juga sebab ini kali ke-65 dia menang sepanjang kerjaya dia.

Waktu pemberian hadiah, muka dia mmg nampak sedih. Tak ada “traditional champagne spraying” macam biasa. Later on time press conference pun dia tak datang. FIA dah cakap siang siang, kalau either Ralph atau Michael menang, diorang tak payah join apa apa upacara rasmi.

Seriously, respect aku dengan semangat mereka. Malam tadi diorang fly balik Germany teman mak diorang. Pagi pagi balik terus race tak sempat tidur. Menang pulak tu. Nampaknya sejarah baru tercipta di litar Imola hari ini…Sayang pulak katanya next year mungkin tak buat race dekat situ sbb nak bagi laluan dkt China dan Bahrain.

Okay, enuff pasal F1. Cerita sikit pasal FFM Malaysia. Keputusan filem terbaik mengejutkan, KL Menjerit yang menang. Sejak minggu lepas lagi aku baca komen wartawan, semua orang target Embun akan menang. Kecuali Erma, dia mmg target KL Menjerit menang. Mula mula tu aku ingat dia sahaja lah bersikap rendah diri kan, takkan lah perasan menang. Tapi dia ckp dia dah target Embun tak menang filem terbaik sebab awal awal lagi dah dapat anugerah kesian – anugerah khas juri. Tapi tak kisahlah, diorang husband & wife bolot mostly semua award malam tadi. Bagus tul diorang…

Aku pun pelik jugak apa pasal KL Menjerit yang menang. Hari tu aku tengok macam takde lah best sangat. Tapi maybe juga sbb aku tgk cd, tak clear sangat gambar dia berbanding dgn Embun aku tengok dekat wayang. Nasib baik juga aktres terbaik Umie Aida yang menang. Si Nisdawati tu suara punya perlahan, aku nak dengar pun susah…

Oh ya…X MEN 2 will be out May 2nd!!! Check out the site! cool gila!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s