walimatul urus

At last, buku ke-5 Harry Potter and the Order of the Phoenix akan keluar 21 Jun ni. Punyalah lama dia tangguh. J.K Rowling dah janji nak tulis sampai 7 buku, so I guess lagi 2 buku tu keluar bila aku dah balik Malaysia laa..

Aku baru perasan FIA keluarkan senarai pemenang baru utk race dekat Brazil hari tu. Diorang tukar decision kasi Fisichella pulak jadi winner? Lorr..musykil aku. Kesian pula dekat Raikkonen kalau macam tu. Tunggu je laa Friday ni macamana. FIA kata nak buat trophy ceremony dekat Imola, San Marino before the race. Teruklah diorang ni. Kalau tak sure siapa menang haritu, tak payahlah umumkan dulu..

Weekend tempoh hari, sempat chatting dgn seorang member lama. Sembang punya sembang, rupa rupanya dia baru putus cinta. Alahai, kesian sungguh aku mendengarnya. Aweknya baru bertunang dgn orang lain bulan lepas! Katanya tak ada angin atau ribut, tiba tiba sahaja yang perempuan minta break up. Sebulan lepas tu dgr cerita dia dah bertunang dgn cikgu, jumpa waktu praktikal di sekolah! Dunia oh dunia…

Lain cerita dgn pasangan yg lagi seorang ini . Dapat kad undangan melalui emel hari ini!

 

Hai…sejak akhir akhir ini budak batch aku asyik bau nasi minyak sahaja:) Rasanya ni pasangan kedua budak batch aku yg kahwin. Diorang dah lama dah kahwin tak silap aku. Bakal menimang cahayamata pun tak lama lagi:) Baru nak buat kenduri besar besaran barangkali. Tensennya aku tak dapat pergi!

Tahniah Mar & Syahrani. Semoga sentiasa berbahagia dan dilimpahi rahmat-Nya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s