a child can change everything

Dah lama aku cari lagu baru Too Phat ni, semalam baru dpt download. Sorry Mr. Izham, bukan sengaja download lagu;). Kalau ada jual CD 360 degrees dekat sini, dah lama aku beli!

Weeekend is here! InsyaAllah cuaca akan panas. Selamat tinggal salji. Mungkin hujung tahun ini kita tidak sempat ketemu lagi!

Balik rumah macam biasa, qada’ tidur dulu. Alhamdulilah, exam Act Sci kali ini kurang tensen sangat. Tapi tadi dapat result exam Management, jatuh berbanding dulu. Prestasi aku selalu macam tu. Kalau midterm 1 score, midterm 2 selalu jatuh berdebuk. Mesti sebab berlagak terer;)

Nak cerita sikit pasal cikgu tadika tempat aku kerja. Dekat tadika aku ada 4 kelas, Flamingo, Bunny, Chipmunk & Koala. Ada 9 cikgu tetap semuanya, 4 cikgu pagi + 4 cikgu petang + 1 floater. Kemudian ada beberapa student hourly macam aku.

Anyway ada seorang cikgu ni, Angie baru baru ini cuti bersalin. She got her first baby girl earlier this year named Eden yang comel gila:)

So sementara dia cuti bersalin 3 bulan, ada seorang guru sementara ganti position dia. Sepatutnya dia masuk balik kerja utk summer session tak lama lagi. Tapi baru baru ini aku mendengar khabar yg dia berubah fikiran. She said she cannot leave Eden and have to resign! It such a lost for the school sebab Angie memang cikgu yg best. Aku banyak belajar daripada dia. But at the same time I’m so happy for her.

Cikgu cikgu lain semua jeles dengan dia. Hehehe…padanlah aku tgk rata rata cikgu dekat situ dah berusia. Anak anak semua dah masuk universiti. Selain Angie, ada 3 orang sahaja cikgu muda. Tapi itu pun semua belum dpt anak lagi. Agaknya bila diorang punya turn, semua ikut resign kot:) Kesian pengetua aku nak carik ganti. Nasik baik pengetua kitorang memahami. Dia bagi Angie resign walaupun secara mengejut.

Terus aku teringat kakak aku, Mylah. Dulu dia kurang gemar dengan kanak kanak. Anak anak sedara kitorang semua panggil dia Mak Uda garang. Dia jenis yg malas melayan budak budak lah kiranya.

Tapi sejak dia dapat baby, aku tengok dia terus berubah. Sayang gila dekat anak dia sampaikan dia rasa macam nak berhenti kerja. She said it is a wonderful thing for a mom to be a full-time housewife + stay at home taking care of the children. Sincerely, I would never had guess such idea came from her…

Tapi dia still kena kerja sebab nak tolong income family. Still, dulu dia tak kisah stay dekat ofis sampai malam buat tax dekat Ernst and Young. Sekarang ni dia dah tukar kerja sebab nak kerja 9 to 5 saja. Setiap hari pukul 5 petang terus cabut sebab tak sabar nak pick up baby dia dekat nursery. Isn’t it a miracle to see how a child can change everything…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s