kenangan di kampung nelayan

Hari ni befday member aku, Shahida. Happy 22nd Birthday friend!

She was my homeroom mate waktu dkt Gerik, duduk sebelah bilik aku, dan selalu naik bas sama sama dari KL-Gerik. She was also my classmate time form 3. We never in the same clique or anything, but we always remain good friend.

Bila masuk Taiping pun kitorang baik. We both made decision together to switch from Biology to Accounting, which I think really give a big impact to my life. Seriously, my 2 years life in Taiping could totally change without that decision. (siapa dari Taiping would know what I’m talking about;)

Anyway, aku teringat waktu cuti selepas PMR. Tak ada kerja nak buat sambil tunggu keputusan dari MARA di mana kitorang akan ditempatkan utk tingkatan 4. Member member aku yg sekolah harian semuanya dah masuk sekolah. Intake MARA biasalah waktu dulu, lambat sikit…Aku pun dah mati kutu duduk rumah.

So, Shahida ajak aku dan sorang lagi member kitorang datang rumah dia dkt Tanjung Karang. So aku dan sorang lagi member, Along ambil bas dekat Puduraya, bas yg menuju ke Kuala Selangor. Then, dari situ ambil bas ke Tanjung Karang.

Kitorang pun spend laa a few days dekat rumah dia. Best giler!!! Shahida bawak kitorang pergi bendang. Hehehe…
Aku ni jakun orangnya. Mana pernah jalan atas batas, jadinya excited teramatlah waktu tu. Siap berangan macam dalam cerekarama tv3 tu lagi:P

Then, yg paling best…ayah Shahida bawak kitorang ke laut. Ayah dia seorang nelayan. Aku ni tak pandai berenang, mabuk laut pulak tu. So, bila Shahida tanya nak ikut ayah dia ke laut ke tak, aku macam risau sket sket. Tapi Shahida dgn Along pun tak reti berenang…aku pun sbb taknak lepaskan peluang kan, setuju sahajalah.

1st time aku masuk laut bukan dari tepian pantai. Sekali lagi aku jakun. Kitorang naik motor masuk tempat peraih peraih membeli ikan dari nelayan. Nampak banyaklah joran yg dijemur dan bot bot ditambat.

Shida cakap bot bot besar semuanya tokeh cina yg punya. Milik melayu kebanyakkannya bot kecil yg agak besar sedikit dari sampan. Aku cuak juga nak lompat masuk dalam bot ayah dia, pikir juga 2-3 kali. Sudahlah tak ada life jacket.

Bila dah ready semua, ayah dia pun bawaklah bot tu keluar dari area tu. Dalam 2-3 minit macam tu, tetiba kitorang tembus ke laut. So kiranya bot tadi tu parking dekat muara sungai ek? (mind my geography) hehehe…

Oh my…terkejut juga aku tgk laut yg tidak bertepi, SubhanAllah. Mmg cantik sangat pemandangan waktu tu, lebih lebih lagi time tu waktu petang. Nampak matahari hampir terbenam. Siap ada ikan melompat lompat dan ada juga yg kurang beruntung terus disambar burung. Air laut berkocak kocak. Sebab bot tu kecil, ada juga yg tempias masuk ke dalam bot.

Masa tu aku terfikir betapa susahnya kerja nelayan. Sedangkan gelombang yg kecil pun bot itu boleh terumbang ambing, inikan pula bila waktu laut bergelora.

Walau bagaimanapun, waktu dinner di rumahnya malam tu, kitorang makan makanan laut yg fresh fresh belaka. Aku dan Along terkejut sebentar bila tgk hanya bahagian badan ketam yg dihidang. Aku pun tanyalah Shida, mana kakinya. Dia kata, mana ada orang makan kakinya. Haa!! Waktu tu barulah kami tahu, family dia tak pernah makan kaki ketam. Sebabnya ayah dia selalu sgt dpt ketam yg terperangkap di celah celah joran, jadi macam tak heran sgtlah dgn ketam:). Dan time tu barulah dia tahu yg sebenarnya org makan kaki ketam. Hehehe…Shida cakap kalau nak makan ayam tu sekali sekala sajalah sebab mahal harganya.

Bila dia cakap macam tu, aku terasa betapa Allah itu Maha Adil. Kitorang yg duduk di bandar kena bayar berbelas ringgit nak mkn ketam. Itupun belum tahu fresh ke tidak. Mereka di perkampungan nelayan pulak susah nak dapat ayam. Tapi aagghh…fresh seafood depan mata…!!!

Dan sejak dari pengalaman aku berkunjung ke rumahnya 7 tahun lalu, aku selalu berniat akan pergi lagi. Memang best! Plus, dekat situlah aku membonceng motor utk kali pertama. Hahaha..jakun lagi. Tapi ada orang tu jeles tau. Itulah..siapa suruh clash lagi:P

Anyway, HAPPY BIRTHDAY FRIEND. MAY ALL YOUR DREAMS COME TRUE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s