10 more days before final

Hi!

Nothing much happened lately. Dihambat kesibukan kerana minggu final exam tinggal 10 hari saja lagi. Ada paper due utk kelas Folklore dan video projek utk kelas German.

Esok kena shooting video. Group aku ada seorang mamat kelakar ni penuh dgn idea gila gila. Cerita kitorang basically tentang 4 orang kawan ( 3 perempuan dan 1 lelaki). Lelaki tu introducekan cousin dia yg datang dari Amerika dkt bebudak perempuan nie. Si cousin ni tak faham cakap German, so terjadilah language barrier. Lepas tu dia nak tackle salah seorang minah ni. Dia tak tau budak perempuan nie org Amerika jugak. So , dia kutuk kutuk American girls. Cerita nie end up dia dan perempuan tu mabuk dan tertidur atas katil yang sama. Haa..cerita biasa org Amerika lah nie…bangang tak bangang. Tapi aku terima sahajalah. Aku bukan rajin pun nak buat skrip:)

Nasib baik dalam group aku ada 3 perempuan + 2 lelaki. So aku siang siang cakap apa kata konon kononnya aku ada boyfriend dkt lain. Kiranya aku tak ikutlah diorang shooting babak akhir dkt bilik tidur tu…Nasib baik.

Oh ya, semalam aku sempat tgk Mami Jarum. Okeylah cerita tu. Menyindir kehidupan realiti masyarakat Malaysia. Mungkinlah tak sampai guna teropong macam Mami tu kan ;). Tapi mmg byklah kisah benar tentang orang macam dia – suka cerita tentang keburukan orang lain. Tapi aku benci tgk watak mamat yg gigit kuku tu. Entah apa apa ntah! Sorrylah..aku rasa tak payah letak watak dia lagi bagus.

Tengok cerita tu, rindu pulak nak pergi Penang. Jalan jalan cari makan…nyum nyum…!!!

Advertisements

PrEsChOoL FUn – 2nD EpiSodE PiCtuReS!

I have a really great day today. Goreng kuew teow, makan aiskrim, pergi aerobik, and did something that I wanted to do since 3 years ago:). Can cross that one from my list now;).

Okay, as promise…these are some pictures collection that I have from the Preschool. Ada gambar sejak 2 tahun dulu, so some of the kids dah masuk kindergarten.

 

Maya bermain dress up. Waktu ni dia umur 2 tahun. Nanti tgk gambar dia yg baru dekat bawah.

 

Nacho, budak Spanish tapi fasih juga cakap omputih. Dah masuk sekolah dah pun.

 

Arabela & Brooke bermain anak patung bawah gelongsor dekat taman permainan kitorang.

 

Jae Woo, asal dari Korea dan Lucy, one of my favorites!

 

Miao Miao & Eddie bermain blocks. All the time favorite section for the kids. Kadang kadang build spaceship, kapal, or in this case castle. Kreatif kan diorang…

 

Kate & Claire 2 tahun dulu. Ada lagi satu gambar si Claire nie dekat bawah bila dah besar.

 

Jacob, dressed up as a pumpkin during Halloween. Cuba nak menyorok bawah couch bila aku nak ambil gambar!

 

PAINTING TIME! Aku lah tu yang conteng muka diorang,hehehe… Yg kiri tu anak murid kesayangan aku Kaelan, dan yg seorang lagi tu alamak..tak ingatlah nama apa. Apa punya cikgu lah aku nie. Alaa..tapi ni gambar 2 tahun dulu. Cover cover..:)

 

Masa utk mewarna! Yg lelaki tu nama dia Abdul, dan plg kanan tulah Maya. Dah besar, kan. It’s amazing to see these kids grow up!

 

Jack dressed up as a fireman during Halloween. Dia kawan baik Maya. Hari hari main kahwin kahwin:)

 

HALLOWEEN TIME. Dari kiri, Jeremy, Miao Miao, Eddie, Cikgu – Terry ( dia nampak pendek sebab melutut), Claire, Jaewoo, & Kaelan. Haa..inilah gambar si Claire & Kaelan yg dah besar.

AIM 2003 – best best

Bangun pagi tgk AIM 2003. Award paling berprestij utk penyanyi Malaysia, kira macam Grammys lah…Lama jugak benda ni, 3 jam lebih. Tapi tak rugi sbb persembahan semua best best dan aku puas hati dengan semua keputusan!!! Thanx to Time sbb siaran bagus, tak ada buffering macam Juara Lagu tempoh hari.

Okei..mari kita komen komen macam wartawan hiburan:)

Aku miss persembahan yg pertama. Tapi persembahan lain semuanya aku suka. Ruffedge, V.E, Urban Xchange, Cokelat, Aladin, OAG, Wings, & Flop Poppy best!!! Bukan senang nak tgk banyak banyak penyanyi best dalam satu malam. Nyanyi live pulak tu. Makin gemuk aku tengok si Awie tu.

Yg lain pun best. Suara Sarah, Misha Omar, Alleycats, Ramli Sarip & Anuar Zain power. Sheila Majid & Dayang tak payah ceritalah, dah mmg hebat. Muka Misha tu macam Nasha Aziz pulak sekali tengok. Cuma Phyne Ballerz tu aku kureng sket. Atau mungkin juga sebab dah tak sesuai dgn umur aku sekarang nie. Sebab aku dgr budak budak sekolah suka group tu. Hahaha…

Cakap pasal award pulak. Sarah bolot banyak award. Dia dapat artis baru terbaik, best pop album mengetepikan Siti, dan award kemuncak – album of the year. Congrats! Aku suka lagu dia! Suara dia ada style tersendiri. Tak terikat dengan lenggok suara Siti. Macam Dayang jugaklah.

Seperti yang aku ramalkan, Siti tak dapat monopoli AIM. Itupun aku ingat dia akan dapat 2, vokal dan album etnik terbaik. Tapi Yasin tewaskan dia utk kategori album etnik. 2 kali dah nampaknya Siti tewas kepada Yasin. Vokal masih Siti lah yang conquer, dah 4 tahun rasanya dia menguasai takhta vokal wanita.

Anugerah Kembara iaitu award utk mereka yg berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia dapat dekat my favorite group, TOO PHAT. Yeyeyeye!!! Tapi tak expect langsung diorang nak dapat. Iyalah, antara artis yg pernah dapat award nie tahun tahun lepas macam Sheila Majid dan Siti. Tak sangka pulak diorang nak bagi dekat hip hop group. Too Phat sendiri pun terkejut, so diorang tak ada acceptance speech.

Pihak AIM ceritalah, album TOO PHAT terjual hebat dekat Indonesia & Singapore. Plus, lagu lagu diorang dimainkan dekat underground scene sampai ke Australia & Eropah. Aku memang selalu baca cerita cerita TOO PHAT berjaya tembusi pasaran antarabangsa dekat website diorang, tapi tak expect AIM recognize benda tu since selalunya artis pop lebih diberi perhatian. Bagus jugak AIM nie.

Yang paling aku suka AIM kali ni, diorang fokus dekat semua jenis muzik. Segala jenis persembahan ada. Anugerah Wirama pun dapat dekat Ali Bakar, insan yang bertanggungjawab mengetengahkan muzik rock dekat Malaysia. Nie zaman Wings & Search dulu lah. Orang macam ni kita kadang kadang tak perasan sebab muzik rock macam kurang glamor kan…

Ruffedge dapat award artis harapan :), Amy Mastura yg comel itu dapat kulit album terbaik. Dan lain lain keputusan pergilah baca suratkhabar 😉

Tadi waktu Ruhil dan Sarimah sampaikan award, aku terkejut bila Sarimah panggil dia Kak Ruhil. Laa..Ruhil lagi tua ke. Logik juga sebenarnya sebab rasanya dia tua setahun dari kakak aku, means dah 28 tahun. Tapi minda aku mmg dah set si Ruhil tu muda sebabnya aku start kenal dia masa aku kecik lagi. Alah, zaman lagu Kawan tu;). So aku tetap nampak dia muda, macam aku nampak kakak aku lah..hehehe…

Samalah macam Exists, aku still anggap diorang muda walaupun ada yang dah kahwin pun. Tgklah Ajai, Along dgn Ujang Exists tu, tak nampak muda ke..huh…Anyway, Along dgn Ajai pun tumpang kemenangan Sarah since diorang antara komposer yg terlibat. Congrats!

People are unique in their own way

Semalam stay up, berhempas pulas buat assignment utk Operation Management. Tak minat langsung lah aku hal hal mesin dekat kilang ni. Dulu aku ingat subjek ni senang je..hahaha…berlagak lagi.

Even dulu time kecik kecik aku ingat degree BBA nie kacang je. Sebab waktu dekat Malaysia, orang kata kelas business senang. Kalau BSc yang payah. Tapi sekarang dah rasa sendiri baru tahu.

Nak masuk School of Business pun setengah mati. Dah dapat masuk tu, nak kena maintain gred lagik. Profesor tak sah kalau tak buat curve tinggi.

Sekarang ni baru aku sedar, semua subjek dekat dunia ni ada senang dan susah. Ada orang yg rasa subjek sains senang, tapi subjek bahasa dia lintang pukang. Ada yang cekap menghafal, tapi nak komunikasi dengan org tak reti langsung. Baru aku sedar hakikatnya tak ada mana mana bidang yang lebih superior, semuanya unik dan punya kelebihan masing masing.

Cuma mungkin kita terpengaruh sikit bila kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada aliran sains. Iyalah, sebab nak kejar teknologi baru kan. Tapi aku rasa mereka yg tak minat aliran sains sepatutnya tidak terhimpit dgn keadaan. Ambil aliran sains sebab nak biasiswa, bukan sebab minat. Kakak aku hari tu pun rasa macam tu. So sekarang ni dia dah start kumpul duit utk college anak dia, so that anak dia boleh study apa sahaja bidang yg dia minat..Okei gak macam tu kan.

Seperti kata kata guest speaker waktu Actuarial Banquet Dinner tadi, “Do what you are good at, and what you interested with. There is a borderline between what you earn for a living and what really makes you happy…”

*Good news for today:
-Gaji dekat tadika aku naik:)
Actuarial Banquet Dinner best!
-Esok ada barbeque!!!
-Hari tu Man United menang 4-3, aku tak sangka juga diorang bley gol byk tu.

*Bad news:
-Script drama utk kelas german tak siap edit lagik 😦
-Paper Folklore tak start lagi.
-Housing Fall tak setel lagik!!!
-Makcik aku order pinggan Corelle 4 kotak!
-By agregat, Man United kalah juga kepada Real Madrid. Well, they did their best!
-Walaupun TA aku yang kacak ada time dinner tadi, lagi best kalau kekasih hatiku ada;)

Happy Birthday Sha

Aku sedikit pissed of pagi tadi. Hati terhimpit dengan situasi. Geram sungguh rasanya. Ditambah dgn assignment Management yang aku tak faham, due esok pulak tu !!! Problem cari housing semester depan pun tak selesai lagi.

Tapi sebab hari ini, 24/4/2003 birthday best friend aku, aku nak simpan semua masalah dalam closet. Kunci.

 

To my dear friend Sharifah..

ENjOy YoUr bIRtHdaY dGN yAnG tErSAyanG.
kEeP On SmiLInG!
tAhuN dEPaN kITa BirtHDaY ShoPPIng LAgi!
SAyAnGG sANgaT!!!!

Aku kenal member aku ni time form 1. Actually since darjah 6 dah kenal, tapi time tu dia S.R.K (2) sekolah pagi, aku S.R.K (1) sekolah petang. Mana boleh geng, gaduh adalah 😛

Time form 1, kami naik bas sekolah Abg Mat sama sama. Hari hari ngko senyum tgk aku, aku senyum tgk ngko…lama lama jadilah kawan.

Aku pun tak sure macamana kitorang bley rapat. Cuma aku teringat satu hari tu waktu rehat aku nampak dia rehat sorang sorang. So aku ajak lah dia makan sekali dengan geng aku. Lepas tu kitorang mula rehat sama sama.

Aku ingat juga waktu bulan puasa kitorang curi curi beli air kotak dekat vending machine. Obviously, kitorang tak bley puasa lah time tu. Tapi still tak bolehlaa sebenarnya minum depan khalayak ramai :p

Anyway, dia tak masuk sangatlah dengan geng aku. Sebab tahu tahulah geng aku punya perangai;). Bebudak snob yang jenis bising + gila glamor. Hahahaha…So bila aku blah dari SMHK, aku rasa dia pun dah tak join sangat geng aku.

Bila aku dah masuk asrama, lama kelamaan hubungan aku dgn geng aku pun dah tak seerat dulu. Biasalah, dah jauh kan. Tapi yang ajaibnya, friendship aku dgn si Sha ni okey aje. Bila aku cuti pun selalu je keluar dgn dia. Bukan aku taknak keluar dgn geng aku, tapi sesetengah kawan ni bila kita dah lama tak jumpa macam taktau nak sembang apa kan bila jumpa. Time aku duduk Gerik tu, 6 bulan sekali baru nak balik rumah. Tapi dgn makcik nie tak rasa awkward pulak bila jumpa. Kira cam ada chemistry laa jugak:) Nanti aku kahwin pun mmg konfem dia akan jadi pengapit:)

Agaknya sbb kitorang dua dua anak bongsu. Lps tu adik beradik semua dah besar, tinggal kitorang sorang sorang jer kat rumah. Lepas tu dua dua ada masalah keluarga yg tersendiri. Cuma aku rasa dia ni lagi artistic dari aku. Terer lukis, beb 😉

Kisah cinta aku pun, semua dia tahu. Hahaha..Semua hal crush / boyfriend akan aku cerita dekat dia. Time aku mula mula minat dekat cik abang aku sekarang nie pun, aku suruh si sha try try kacau hantar surat dekat si dia. Nak test dia ada makwe ke, gatal ke..Hahahaha…Mengamuk jugak si dia bila tahu aku member dengan Sha. Sorry honey;)

Teringat pulak serangkap pantun,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita mandi sama sama…

Siapa yang buat pantun nie waktu form 1? Hahaha..!!!

hati hati ke boarder:)

Hey guys! First of all, thanks to all that sign my guestbook. Ramai yg suka gambar kat tadika aku tu. InsyaAllah weekend ni aku scan lagi gambar bebudak tadika aku, oraitt;)

Tadi lepak sekejap sambil tengok GiLmORe GiRLs & SmALLviLle. Rory nak masuk Yale, Lex pulak propose awek dia! Susah nak terima kenyataan si Lex tu jahat. Setiap minggu aku tgk, makin lama makin baik aje. Atau maybe dia mmg baik erk, agaknya saja saja diorang nak lari dari jalan cerita komik Superman yang asal.

Tempoh hari aku dapat berita ada seorang kenalan keluargaku di Kelantan sakit teruk sekarang. Terlantar atas katil tak dapat bangun. Dia disahkan doktor HIV positive. Hospital dah tak boleh buat apa. So, dia terlantar sakit dekat rumahlah sekarang ni.

Yang ironinya, suaminya meninggal tahun lalu dengan penyakit yang sama. Katanya dulu si suami selalu berkunjung ke tanah seberang a.k.a Golok. Sedih sungguh…Anak anak kecil lagi. Apa pasal lah cari pasal macam tu. Sekarang ini isteri sendiri pula yang sakit.

Sedih juga, patutnya bila dah pulang ke rahmatullah, ahli keluarga sentiasa mendoakannya. Tapi sekarang ini sebaliknya. Dah meninggal pun orang masih menyalahkannya.

Hmm..tak tahulah dunia sekarang ini. Harap harapnya kita semua dilindungi daripada apa apa bencana. Dan mana mana kaum adam yang hendak ke boarder tu, jagalah diri:). Bak kata Kementerian Kesihatan, “Ingatilah orang yang tersayang.”

Okeilah, aku kena gear up balik. Weekend lepas rileks sbb tak ada homework/quiz. Agaknya cikgu suruh rileks sbb Easter weekend kot hari tu. Tapi minggu nie! Kerja bertimbun kak!!!

KLIA jadi saksi…:)

Hari ini pergi ambil gambar utk Actuarial Banquet Dinner. Jumaat ini Actuarial Club buat dinner, untuk meraikan bebudak yg dapt scholar dan bebudak yg nak grad macam kitorang:)

Yeyeyeye!!! Dah nak grad! Cepat juga 4 tahun berlalu yer…

Bercakap tentang 4 tahun yang berlalu, mari kita tengok gambar tahun tahun dulu;)

 

Year 2000 @ KLIA – 1st time fly. Muka skema nak mati;) I guess masa tu hati bercampur baur. Gembira sebab nak fly overseas, sedih sebab nak tinggalkan family dan cik abang, dan nervous sebab nak duduk negara orang. Dalam flight airmata berjurai…

 

Year 2001 @ KLIA – Masa nie lagi sedih dari tahun sebelumnya. Sebab balik Malaysia cuti sebulan sahaja. Rasa tak cukup. Plus perasaan pun tak se-excited dulu nak datang negara orang.

 

Year 2002 @ KLIA – Wajah sedikit riang. Sebab puas cuti 3 bulan, lagipun mengenangkan lagi setahun saja lagi sebelum grad! Tapi ada juga sedih sikit sikit. In fact airmata menitis jua.

Year 2003 @ KLIA – ??? InsyaAllah aku akan pulang jua…

FI di Imola & FFM M’sia

Siaran Langsung F1 hari ini pagi sangat. Tak mampu aku nak buka mata sebab semalam pun lepas subuh baru tidur.

Pukul 7 lebey, abang kejut guna messenger. Aku gagahkan bukak mata dan bukak tv. Tak boleh miss racing dekat Imola nie. Semua orang kata litar ni special sebab di situlah tempat kelahiran Ferrari. Plus, diorang kata litar ni magic sket. As quoted;

In 1983 Villeneuve’s friend Patrick Tambay raced at Imola for Ferrari. He took Villeneuve’s number 27 to victory. It was a most unlikely win, and legend says that Tambay recalled the car doing things he was not asking it to do. He said it was as if Gilles had been in the car with him. The magic of Imola was born.

Tapi race dah bermula half time bila aku start tengok. Schumacher adik beradik, Raikkonen, dan Barichello saling bersaing merebut tempat di podium. Kalau tak salah aku adik beradik Schumacher ni dah 5 tahun jadi juara di litar Imola.

Rupa rupanya lepas tu cik abangku bagitahu mak dua adik beradik ni baru sahaja meninggal pagi tu. Alahai kesiannya…Diorang diberi kelonggaran masing masing oleh Ferrari dan BMW utk tidak menyertai perlumbaan. Tapi diorang tak tarik diri, sebab mereka nak tunjukkan penghormatan terakhir utk ibu diorang yg tak jemu jemu support career mereka sebagai pelumba.

Seperti yang dijangka, Schumacher mengganas di litar Imola hari ini. Mendekati finish line dengan penuh bergaya diikuti oleh Raikkonen, Barichello, dan Ralph. Ralph kena potong dengan Barichello bila dah last last minute…

Bila dah habis race, Michael duduk lama dalam kereta dia. Mmg tak boleh nampak muka dia dalam helmet tu, tapi semua org rasa dia menitiskan air mata. Bak kata komentar kat tv tu, “a very emotional victory for Michael”. Mungkin kerana teringatkan ibunya, atau sebab ini pertama kali dia menang untuk tahun ini, ataupun mungkin juga sebab ini kali ke-65 dia menang sepanjang kerjaya dia.

Waktu pemberian hadiah, muka dia mmg nampak sedih. Tak ada “traditional champagne spraying” macam biasa. Later on time press conference pun dia tak datang. FIA dah cakap siang siang, kalau either Ralph atau Michael menang, diorang tak payah join apa apa upacara rasmi.

Seriously, respect aku dengan semangat mereka. Malam tadi diorang fly balik Germany teman mak diorang. Pagi pagi balik terus race tak sempat tidur. Menang pulak tu. Nampaknya sejarah baru tercipta di litar Imola hari ini…Sayang pulak katanya next year mungkin tak buat race dekat situ sbb nak bagi laluan dkt China dan Bahrain.

Okay, enuff pasal F1. Cerita sikit pasal FFM Malaysia. Keputusan filem terbaik mengejutkan, KL Menjerit yang menang. Sejak minggu lepas lagi aku baca komen wartawan, semua orang target Embun akan menang. Kecuali Erma, dia mmg target KL Menjerit menang. Mula mula tu aku ingat dia sahaja lah bersikap rendah diri kan, takkan lah perasan menang. Tapi dia ckp dia dah target Embun tak menang filem terbaik sebab awal awal lagi dah dapat anugerah kesian – anugerah khas juri. Tapi tak kisahlah, diorang husband & wife bolot mostly semua award malam tadi. Bagus tul diorang…

Aku pun pelik jugak apa pasal KL Menjerit yang menang. Hari tu aku tengok macam takde lah best sangat. Tapi maybe juga sbb aku tgk cd, tak clear sangat gambar dia berbanding dgn Embun aku tengok dekat wayang. Nasib baik juga aktres terbaik Umie Aida yang menang. Si Nisdawati tu suara punya perlahan, aku nak dengar pun susah…

Oh ya…X MEN 2 will be out May 2nd!!! Check out the site! cool gila!

kerja library

Tadi waktu aku tengah shelve buku dekat library, ada laa sorang mamat india nie tgh pilih pilih buku. Lepas tu dia nampak aku dia tanyalah aku dari mana. Aku pun selambalah jawab, sebab biasalah orang tgk kita pakai tudung mcm curious sikit.

So sembang sembang laa sikit macam biasa. Pastu dia tanya aku dah kahwin ke belum. Cess..mamat nie tak nampak ke aku muda remaja…Nampak tua sangat ke! Aku pun jawablah tak. Pastu terus dia ajak aku pergi minum coffee lepas habis kerja. Huh…I didn’t expect that!

Aku pun cakaplah aku ada hal lepas kerja. (Memang betul pun aku nak jumpa Nini lepas kerja). Lepas tu dia tanya malam nie free tak. Ishh…budus betul laa dia nie. Patutnya cakap je aku dah kahwin tadi. Aku cakaplah tak free. Lepas tu dia bawak keluar kertas pulak mintak no telefon…lorr..:P

Otakku berputar ligat. Aku terus teringat cerita Friends, si Phoebe bagi no tel tipu dekat orang. Tapi takut jugak kalau aku bagi no telefon tipu nanti bila dia terjumpa aku sekali lagi mesti dia tanya pulak. Aku kerja library hampir setiap pagi, senang je nak terserempak lagi. Mamat tu pun dah pegang pen dah, tak sempat aku nak fikir banyak banyak. Aku pun bagi no telefon roomate aku. Huh…sibuk sungguh. Balik rumah aku pesan kat roomate aku kalau ada lelaki unfamiliar call cakap aku tak ada…Jadik satu kerja pulak.

Nasib baik jugak waktu tu aku dah nak habis shelve. Terus aku habiskan cepat cepat dan masuk computer lab. Well, hari tu si Lisa cerita ada mamat flasher ( flash *** dekat orang ramai) dekat Steenbock Library, lagilah teruk! Bahaya juga, sebabnya ada sesetengah kawasan library tu sunyi. Bila ada orang lalu baru lampu dia menyala.

Anyway, lepas kerja pergi lunch & ronda State Street dgn Nini. Belum habis round, hujan turun pulak. Tapi selamba saja lah redah. Sempat jugak beli skirt:)

PENNY WAR IN BUSINESS SCHOOL!

1)Barrels/jars will be set up in the Grainger atrium during the week. These jars will have different names of Business School organizations on them.

2)Actuarial club members FIND ALL YOUR PENNIES! and put them in OUR jar.

3)And find all your NICKELS, DIMES, AND QUARTERS put them in OTHER organizations’ jars, as these ‘silver’ coins will subtract 5, 10, or 25 pennies from their end of the day tallies.

4)Scores will be tallied at the end of each day (there are 7 total), and each day will have a winner. The organization that wins the most days wins the Penny War!

5) The winning organization will get to choose what charity the money goes toward, and they will also get an all expense paid party at a local establishment.

Yeah!!! Mari kita kutip duit satu sen!!!

autism & mercury rising?

Something in the newspaper last week really strucked my mind. Ada artikel tentang autism. Ada seorang bapa, Wagnitz curious sangat tentang penyakit anaknya, Josie yg didiagnos menghidap autism, so dia buat research. Si ayah rasa ada something wrong bila peratus pesakit autism meningkat 273% dalam tempoh 11 tahun (1987-1998). So dia pun buat kajian.

Excerpt daripada Isthmus neswpaper:

What makes Wagnitz angry is that he thinks Josie’s condition was avoidable. In fact, he thinks she was poisoned.

After Josie was diagnosed at age 3, Wagnitz tried to find out everything he could about autism disorder, the cause of which is unknown. About a year and a half ago, Wagnitz was asked by an acquaintance whether he had heard a supposed link between autism and childhood vaccines. Wagnitz, a toxilogist, began checking out the theory.

Starting at birth, Josie got the standard battery of vaccination kids receive before they start school. Some of these vaccines contained thimerosal, a preservative that is 50% mercury.

In July 1999, the US Food and Drug Administration asked drug manufacturers to stop using thimerosal in vaccines as a precaution. The use of thimerosal was subsequently phased out for most vaccines, but Wagnitz says the damage has been done.

Currently the Centers for Disease Control’s schedule of routine vaccination calls for children to receive 25 injected doses for eight vaccines, up to age 6. By estimates, when a child received all his childhood vaccinations, he was dosed with 125 times the Environmental Protection Agency’s allowable level for mercury exposure.

“Basically, all new autism cases are regressive. It means that when you reach a certain age you start going backward! They expect us to buy this? That all of a sudden this 3 year old loses her ability to talk? You’re supposed to believe this is a natural occurence?”

At age 2, Josie had two seizures. Extensize tests revealed nothing. A year later, a neurologist diagnosed Josie as having PDD-NOS, a condition somewhere in the middle of the autism spectrum.

“There’s so many diagnoses for unexplained childhood neurological disorders, you can’t even count them all. That’s the way they fool people. They just keep giving new names based on symptoms. But they cannot come up with a cause for any of disease.”

Some experts think that autism is genetic disorder, as evidenced by the fact that identical twins are usually similarly affected. But it still doesn’t explained why the cases have skyrocketed.

No published study really proves a link between autism and thimerosal, and Wagnitz mentions two recent studies that reach contrary conclusion. But these studies has gotten funding from pharmaceutical companies, including vaccine manufacturers. Which really questions the study’s findings.

Wagnitz knows that he’s up against big forces-pharmaceutical companies and the federal government-and this makes him feel more isolated. “This administration is going to do everything it can protect (drug manufacturers), even at the expense of these families that have been devastated, these innocent kids.”

What do you guys think? Aku rasa mungkin juga ada kebenaran teori si ayah ni. Kisah Erin Brockovich tu dah buktikan cerita macam ni memang tak mustahil terjadi. Sebab betul jugak, kenapa penyakit autism ni tiba tiba je meningkat jumlah dia berbanding dgn zaman dulu.

Selama ni aku selalu baca cara cara nak jaga budak autism sahaja, tak pernah pun terfikir puncanya. Betullah orang kata, kalau tak kena batang hidung sendiri, memang tak concern hal hal macam ni kan…