naik bas time sekolah

Spring break aku bermula, cuti seminggu!!! Yeay!!! I’m not going anywhere, no money. Lagipun rasanya dah puas round US ni.

Semalam waktu naik bas L punyalah penuh bas sampai kena berdiri dkt tangga. Bas L ni bas yg bergerak around universiti. So time winter ni ramailah student naik sbb malas nak jalan kan, sejuk…Lebih lebih lagi kalau nak pergi kelas yg atas bukit Bascom tu, haaa…penuh mcm sardinlah bas ni.

Teringat zaman sekolah rendah dulu, bas sekolah aku pun penuh mcm sardin. Bkn bas aku sahaja, semua bas penuh mcm sardin. Setiap bas usually akan berhenti di satu spot yg sama so secara tidak rasmi dkt situ lah bebudak susun beg sambil tunggu bas. Well, actually beg sahaja yg beratur. Bebudak semua berlari lari di padang atau pergi beli junkfood dkt kedai nyonya. Sbb budak darjah 1-3 keluar setengah jam lebih awal, lagi banyak masa lah utk mereka bermain di padang. Sampaikan kekadang pakcik bas kena bunyikan hon berulang kali nak make sure tak ada siapa kena tinggal. Dulu tadika bolehlah cek muka sorang sorang. Zaman sekolah ni, bas berhenti 15 minit lepas tu blah mcm tu sahaja. Aku pun selalu sahaja tertinggal bas. Pastu sibuk cari public phone telefon mak;)

Cerita pasal berdiri dkt tangga ni, zaman sekolah dulu ada certain certain org sahaja boleh berdiri dkt pintu bas tu. Tak boleh ikut suka ngko sahaja nak berdiri dkt tangga. Setiap bas dah ada geng masing masing yg conquer tempat tu. Mestilah geng yg glamer kan. Either glamer sbb cantik atau pun handsome, athletic, ataupun prefect. Kalau ngko pandai pun selalunya org tak kisah sgt dkt sekolah harian ni. Selalunya pun geng seniorlah yg dpt conquer bas ni.

Aku teringat time aku darjah 5 dulu. Sekolah aku ada 2 sesi. Aku sekolah sesi pagi tapi disebabkan ada satu petang ni aku ada latihan hoki so aku naiklah bas time ptg, join bebudak sesi petang. Aku pun macam biasalah lepak dekat tangga. Tapi dah ada abg senior dari sek menengah jaga tangga time tu. Aku kenallah dia sbb dia ex-schoolmate aku dan selalu join kitorang camping. Tapi bas belum jalan lagi ntah apa ntah dia mengata aku, aku pun tak ingat dah. Aku tgh penat giler time tu, baru habis practice hoki 4 jam. Terus aku tampar muka dia. Haa..satu bas terdiam. Cik abang tu mana tahan, mestilah dia malu kan. (sbb dia ni mmg yg jenis control control macho sikit). Terus dia tampar aku balik. Fuhh..sabor sahaja. Pakcik driver bas tu pun diam saja, tak terkata agaknya. Aku ingat nak tampar dia sekali lagi, tapi pk pk nanti aku kena lagi, so aku diam sahajalah. Hehehe…

Ada lagi satu cerita ni, bukan bas aku. Time aku darjah 5 juga rasanya, member aku yg cerita. Nie geng pompuan senior conquer pintu bas tu. Tapi ada sorang perempuan tu buat sth yg agak bahaya lah, mcm berdiri tangga bawah sangat kot. So abg bas suruh naik, tapi dia taknak. Then abg tu ugut kalau tak mahu naik turun dkt situ juga. Dia still buat donno sahaja, ingat abg bas tu main main saja kot. Tengok tengok abg tu berhenti bas betul betul dkt tepi jalan suruh dia turun. Dia pun dgn beraninya turun, dan yg havocnya semua geng dia lebih kurang 10 org ikut turun sama. Diorang pun balik rumah jalan kaki dari tmn ampang indah sampailah tmn watan & lembah jaya. Jauh gila tu. Aku kalau naik basikal pun dkt setengah jam. Kiranya macam baguslah bebudak ni jalan kaki ramai ramai. Mempertahankan dirilah kononnya. Haa..itulah politik sekolah rendah. Itu zaman aku sekolah dulu, sekarang ni tak tahulah macamana. Lagi hebat agaknya yerk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s