lama aku menunggu-MITH

Tak sempat nak diupdate, sibuk dgn exam. Exam bukan sebarang exam, exam act sci tu..Roomate aku semua dah tahu, kalau exam act sci aku mmg jadi tak betul sket…tekanan kalah pressure cooker;)

Tapi yg bestnya, secara tidak rasmi SPRING BREAK aku bermula hari ni!!! Yahoo!!! Sebenarnya minggu depan baru start cuti, tapi sbb minggu ni tak ada exam atau hw due, which normally won’t happen, maka aku declarekan extra cuti utk diriku sendiri:) Cuti dari segala ketensenan.

Malam ini ada usrah gabungan, M’sian Muslim Student Ass (MISA) anjurkan. InsyaAllah aku akan pergi memandangkan dah tak busy kan…Ingat minggu nie dapat tgk F1 live, tapi mcm tak ada je dekat ESPN. Ntah apa apa lah US ni, asik asik siarkan NBA shj. Baik duduk M’sia sahaja macam ni. (Bunyi org tak sabar nak balik Malaysia:)

Aku ingin kongsi bait bait puisi dari Myth In The Haze. Terima kasih buat kak Elaira sbb izinkan aku quote, dan kerana meniupkan lagi semangatku.

lamanya aku menunggu
barang masa menguji setia
bertanya jalannya

dulu harapan mekar mewangi
lama menanti
hampir kering pujaan hati
untung angin berubah di utara
bayu timur bertiup mesra
membawa bersama secangkir nyawa
buat menyiram kerikil dan debu
jadi hamparan hijau
menjadi baru

Yup, lama aku menunggu. Aku akan terus menunggu. Selagi impian belum jadi realiti,selagi kasih belum bersemi, aku akan sabar menanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s