dedicated to my friend-Fara

Hari ini aku teringat kisah 7 thn yg lalu, sewaktu aku masih di tingkatan 2. Aku dapat masuk Minggu Bahasa peringkat akhir utk pidato. Tapi sebab cuma aku dan Shahrin sahaja wakil dari sekolahku, aku ajak Fara dan Zura join sekali teman aku. Walaupun terpaksa mengorbankan waktu cuti selama 5 hari, diorang sanggup nak teman. Baik punya member…

So kami pun pergi ke MRSM Muar naik van maktab. Kami bertiga duduk dlm satu bilik. Hari pertama kami semua bgn lambat so kena bergegas pergi ke dewan. Fara risau sbb tak sempat nak qada’ subuh. Aku dan Zura cuma rileks. Time tu kami agak jahil. Solat pun mcm biskut, sekejap buat, sekejap tidak. Malam itu, aku dan Zura bersembang atas katil. Fara menunaikan solat Isya’. Tiba tiba kitorang nampak dia baca doa qunut. Aku dan Zura selamba sahaja gelakkan dia, sebab dah larut malam pun dia rajin nak qada’ lagi. Aku pun tak tahu kenapa lah pemikiran aku macam tu waktu tu. Tapi sampai sekarang ni, bila aku tgk org jahil terhadap sesuatu, terus aku teringat kisah ini. Kita tak sedar kita yg jahil, sibuk gelakkan orang pulak..:)

Aku dan Fara bukan dlm geng yg sama time kat Gerik. But we do share some precious moments together. I remembered one night she came to my room dgn mata berair. Dia cerita dia kena pulau dgn geng dia and the whole P1 (asrama kitorang) apparently. I kind of knew the story already, tapi dengarlah juga luahan hatinya. Aku serba salah juga waktu tu, sbb bebudak lain pun tengah usha kitorang. Mesti nak make sure aku tak geng dgn dia. Biasalah tu, trend bebudak pompuan gaduh:) Tapi sbb dia percaya kat aku, aku pun cuba sedaya upaya tenangkan hatinya.

Satu lagi kenangan time form 2 bersama Fara yg aku ingat. Kitorang balik Ipoh bersama sama, driver dia dtg ambil. Singgah di rumah dia dkt Jln Tambun. She has this big mansion house. Selepas minum ptg, dia hantar aku ke Medan Kit utk ambil bas balik KL. Itulah kali pertama aku ke sana, dan kali pertama juga aku travel alone dari Ipoh ke KL. Siapa tahu Medan Kit mesti tahu tempat tu punyalah sesak dan ramai org jual tiket secara haram. Aku yang baru berusia 14 thn time tu pun agak kaget bila berada di tempat begitu. Fara tolong aku beli tiket, pun secara haram sbb itu sahaja tiket yg ada. Fara minta kutu tu hantar kitorang sampai depan pintu bas sbb takut ditipu. Bila aku naik bas, Fara tanya dekat driver tu “betul ke berhenti dkt Puduraya?” Dia tanya berulang kali, sampaikan aku dgr driver tu kata kat dia “jgn risau, kawan adik selamat punya”.

Yup..that’s my friend FARA WAHIDA a.k.a EBBY. Gadis ayu yang tak pernah sombong dgn kelebihan yg dia ada. Now even we grow up and being apart from each other, we still share a very precious thing called friendship.

Happy 22nd Birthday Ebby! Semoga bergembira di samping keluarga dan si dia. Hopefully next year, i’ll be there to celebrate with you!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s