age vs maturity

Semalam hantar kak sue sekeluarga ke airport. Ramai sunggu org dtg, hinggakan ada makcik omputih ckp dkt kitorang, they must be a very nice people.

Namun semalam bkn sahaja hari yang bersejarah di kalangan warga madison hanya kerna memenuhi ruang legar airport. Tapi juga lewat malam semalam warga madison dikejutkan dgn emel dari seorang teman, mengforwardkan emel kekasihnya yg meminta clash kepada egroup bebudak madison. Aku agak terkasima membaca emel itu, kerana lelaki itu selama ini ku sanjung tinggi dgn keperibadiannya. Walau seteruk mana pergaduhan mereka, langkahnya itu bagiku satu kesilapan besar. Aku tidak tahu situasi sebenar, maka tidak boleh mengadili siapa yg benar atau salah dalam pergaduhan mereka. Sepanjang pengalaman aku bercouple pun, kerapkali kedua dua pihak ada kesilapan masing masing. Tapi dalam situasi mereka, aku tak pasti dan aku tak peduli. Cuma tindakan akhir si lelaki mengforward emel bagaikan begitu kejam. Bagaikan menyimbah api dgn minyak. Mungkin bagi lelaki perkara itu remeh. Tapi bagi wanita, rasanya perkara sebegini bagaikan suatu penghinaan dan lukanya terpalit hinggalah bila bila. Walaupun tidak mustahil hubungan mereka akan bertaut kembali, kenangan pahit itu pasti masih kekal di hati. Mungkin juga kerana aku feminis aku berfikiran begini?

Terus menyebabkan aku teringat insiden sewaktu aku form 3 kala di MRSM Gerik. Perkara yg serupa terjadi! Salah seorang geng aku Syikin menulis surat meminta clash kepada kekasihnya, tapi kemudian kami terjumpa surat itu di papan kenyataan. Aduh…sakitnya hati. Waktu itu kami sendiri masih belum matang, maka terus berpakat utk membalas api dgn api. Sesuai dgn waktu sembahyang jumaat, aku and the geng menampal berpuluh poster sekitar sekolah mengutuk kekasihnya itu. Habis si dia mengamuk bila pulang dari solat jumaat. Terus dilabel geng kami geng yg suka mempermainkan lelaki, dan mereka berdua sampai sekarang tidak rujuk kembali:)Aahh…jika dikenang kembali, kelakar sungguh. Betapalah tidak matangnya pemikiran masing masing ketika itu;)

Tapi itulah yg pelik tentang insiden semalam. Ini bukan zaman sekolah lagi. Kita sudah berada di menara gading, masih terjadi lagi rupanya perkara sebegini. Well, maybe age don’t really count, huh? Some people know how to handle the world just earlier than the others I guess..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s