kain oh kain

Semalam teringat kisah silam..

Ku bertandang ke rumah dia untuk kali pertama. Bila sampai tu penat jugak, sbb perjalanan dalam bas agak lama. Tapi sbb rumah orang kan, aku pun merajinkan diri jenguk di dapur:)

Duduk bersimpuh sambil tengok emaknya menyediakan kerabu ulam. (Aah..bestnya!). Melihatkan aku duduk atas lantai, si emak pun berkata, “Eh, nanti makcik kasi baju lain, kotor baju tu duduk atas lantai”.

Aku menggeleng kepala sambil berkata tak perlulah susahkan diri. Mmg dah kotor pun seluarnya. Tapi dia tetap bangkit masuk ke dalam bilik. Tak berapa lama selepas itu, dia menyuruh aku masuk tukar baju.

Aku pun tak mahulah melawan cakap orang tua kan, teruslah masuk bilik. Atas katil aku lihat ada pakaian masih terlipat rapi.

Alamak…aku termangu sekejap. Macamana nie…Ku belek belek kain yg diberi. Aku bukannya reti sangat. Pakai pun sekali sahaja dulu. Takkan nak buat terer, nanti jadi apa apa lagilah malu.

Pikir punya pikir, aku pun keluar dari bilik diam diam. Ternampak cik abang di ruang tamu. Aku pun cuba bisik bisik panggil dia. Dia pun datang dekat aku, ku bisikkan situasiku. Dia tersengih sahaja…Ishh budak ni.

Belum sempat aku nak pesan jgn heboh heboh, dia sudah berlalu ke dapur. Tinggalkan aku di situ. Isshh…sabor saja.

Ku dengar suaranya memenuhi satu rumah, “Mak, ada orang tu tak reti pakai kain batik laa”.

Chesss….tak pasal pasal glamer. Aku pun senyum sahajalah, nak buat apa lagi…hehehe….

evergreen movie

Hello hello…

The week is going to start again. I am all ready!!! hehehe…7 minggu sahaja lagi sebelum semester habis. Sabor sabor…

Tengahari tadi sempat tgk 15 minit terakhir cerita CON AIR sambil lunch. Dah berpuluh kali aku khatam cerita tu sbb ada tape kat rumah. Tapi aku mesti still sayu punya tgk scene Nicolas Cage jumpa anak dia utk kali pertama tu. Isk..isk…

Lps tu tadi layan GHOST pulak. My favorite movie of all time. 1st time aku tgk time darjah 3. Ingat lagi siap nangis time diorang menari tu. Tadi pun rasa sedih jugak…hehehe…Sensitif sungguh.

Movie pun macam lagu juga yerk, ada yg cukup evergreeen. Tgk berkali kali pun tak puas. Samalah juga dalam persahabatan dan percintaan. Ada yg dah bertahun tahun pun tak rasa basi, kan kan…:)

Orait bebeh…Getting ready for school tomorrow. Kalau time sekolah dulu malam ahad ni sibuklah kapur kasut. Hehehe..biar kakak aku yg kapurkan pun…:P

Princess & The Warrior

Tadi pinjam movie dkt Video Heaven. Aku ingatkan hutangku banyak, so suruh la akak kaunter tu cek dulu baki. Tgk tgk dia kata tak ada hutang. Musykil aku. Agaknya sbb niat baik nak bayar hutang kot…hehehe…

Pinjam 3 german movie. Saja nak beralih arah kepada filem Eropah. Tadi baru sahaja habis tengok Princess & The Warrior. Best juga cerita tu. Dari pengarah yg sama dgn Run Lola Run, Tom Tykwer. Mmg best lah cerita dia buat.

Tapi starting cerita tadi aku terkejut sikit. Heroin dia accident, tak boleh bernafas. Then ada mamat ni tolong. Cesss…sebijik macam Mr.Cinderella cara dia tolong tu. Potong sikit dekat leher kasi boleh bernafas. Ciplak rupanya idea Cinderella ni. Tipah tertipu bang…tipah tertipu…

Tapi dalam cerita ni lagi real dia buat. Sbb time siang hari dia accident. Nampak clear dia kelar leher awek tu. Then siap hisap lagi darah yg keluar dgn straw. Sampai leher aku pun rasa sakit..

Lepas tu, samalah juga mcm Cinderella Malaysia tu. Minah tu tercari cari hero dia. Tapi instead of dpt kasut, dia dapat butang baju…Ishh…idea ciplak lagi.

Tapi intro tu sahajalah yg dia ciplak. Sbb jalan cerita seterusnya amat berbeza, best best…

Sempak juga sneak preview event Discover Malaysia hari tu. Bard bagi CD yg dia rekod. Bila dah tgk CD, macam biasa jer laa pulak aku tgk event tu. Kelam kabut pulak tu dekat pintu depan. Elok juga ada camcoder, boleh baiki kelemahan yek…

Risaunya…

Katanya hendak miss call. Dah pukul 2 pagi pun belum call. Risau aku…

Harapnya tiada apa apa yg terjadi. Mungkin dia stay di rumah Aziedy sebab hujan lebat.

Dulu aku tgk mak aku yg asyik risau. Sekarang aku pun dah jadi macam mak aku. Cepat sungguh risau. Perempuan memang macam tu agaknya…

I am one lazy girl

Weekend datang lagi. Semalam qada’ tidur puas puas, sbb hari sebelum tu stay up buat paper. Bukan payah sgt pun paper tu. Aku saja yg buat kerja last minute. Aku tahu tak elok buat kerja last minute ni, tapi aku rasa macam tak syok je hidup ini kalau jadi budak skema. Hehehe…

Come to think of it, rasanya tak pernah seumur hidup aku berusaha sehabis baik utk mencapai sesuatu. Jangan katakan berusaha untuk tulis paper yg baik. Baik SPM, PMR ataupun kelas dekat universiti ni, plg plg tinggi usaha pun 90% agaknya. Itupun jarang jarang sekali.

Mungkinlah utk satu satu exam tu pernah lah jugak. Itupun kalau terasa gred macam dah nyawa nyawa ikan. Tapi kalau nak jadi konsisten utk sepanjang semester, fuhh…i never think i did.

Pemalas sungguh…Inilah yg Dr. Mahathir kritik pasal org melayu. Malas nak berusaha utk maju, termasuklah aku…hehehe….

Waktu olahraga dekat sekolah dulu, rasanya tak susah nak berlari sekuat hati sampai garisan penamat. Time main hoki pun cuba mati matian utk menang. Swing kayu sana sini. Tapi nak belajar mati matian, hmmm…maybe I’m just not that type.

Anyway, tadi tgk fear.com. Lebih kurang mcm The Ring cerita dia. Aku pun gatal tgk cerita hantu mlm mlm ni apa pasal ntah…

kahwin muda?

Malam ini kena stay up, esok kena submit paper 6-8 mukasurat. Langsung tak mula apa lagi…hehehe…

Hari ini makan malam penangan ikan masin dan telur masin. Hehehe…ayam ada dlm oven, tapi aku teringin sangat nak makan ikan masin. Tumbuk sambal belacan dan berulamkan timun, haa..puas hati. Bukan senang nak dpt ikan masin yg ada ummpphh kat US ni. Kira dah cukup heaven laa:)

Aahh..rindunya pada makanan Malaysia. Ulam ulaman, kerabu perut, gulai tempoyak…agghh…

Tahu tak org org tua kata kalau masak masin tandanya dah nak kahwin. Itulah roomate aku cakap tadi, ni dah mmg obvious sangat nak kahwin, semuanya masin. Muahahahahaha…

Well, I just don’t think I am the kind of person who’ll get married in the early age. Muda lagi laa kak..:P Of course bila dah ada boyfriend, kengkadang tu pernah juga terfikir kalau kahwin cepat lagi bagus. Tapi aku rasa perasaan tu datang hanya kerana aku terpisah jauh dgn si dia, kengkadang tak tahan menanggung rindu.

Realitinya aku belum bersedia nak kahwin sekarang. Belum bersedia memikul tanggungjawab, belum bersedia nak menguruskan someone:) Plus, I’m still enjoying my bachelor life. Nanti dah kahwin tak boleh dah nak sok sek sok sek dengan member pasal TA atau classmates yg kacak:)

busy body

Entah apa apa berita dkt US ni. Akhbar mahupun tv sama sahaja, asyik asyik memaparkan keganasan Iraq dan kecederaan askar Amerika. Siapa yg suruh diorang cari pasal pergi sana? Kalau duduk diam diam kan senang. Busy body sungguh. Mcmlah ada seorang profesor kelas aku menyindir sinis, America is the only free country because it doesn’t have an American Embassy.

Aku terasa macam betul sahaja kata kata Jigo tentang teori domino permainan Amerika. Dulu Afghanistan, kini Iraq pula. Satu satu negara Islam dia cuba jatuhkan. Dahlah tu, alasan utk menyerang tak kukuh langsung.

 

Profesor Folklore aku tadi pun sempat juga komen komen si Bush ni. Dkt Wisconsin ni, tak ramai org yg sokong Bush. Pilihanraya dulu pun Gore yg menang undi Wisconsin. So mmg selalulah profesor mengata..

 By the way, tadi dalam kelas Folklore, ada sorang mamat ni bising betul. Dahlah duduk belakang aku. Mmglah kekadang bahan lecture boring, tapi buatlah hw ke, tidur ke..ini asyik bersembang dgn kawan dia. Sakit telinga. Bebudak semua dah toleh toleh kat dia, tak berhenti juga berceloteh. I guess some people just don’t know how to shut up…

Oscar Nite

Menghabiskan hari terakhir cuti spring break dgn menonton oscar, gayut dgn si dia, dan dapat pula makan mee siam masakan Kak Tini. Nyum nyum..Puas cuti kali ini!

Tapi bila mengenangkan paper yg kena submit tak lama lagi dan exam yg begitu dekat, kepala terus jadi pening balik:(

Tentang Oscar malam ini, pihak akademi telah warwarkan akan tiadanya red carpet bagi menghormati perang. Artis artis juga dicadangkan berpakaian sopan dan tak perlu terlalu glamorous. Nampaknya semua artis yg datang menuruti. My personal favorite is Hillary Swank dress, comel gitu.

Eminem enggan perform utk Oscar. Aku tidak terkejut sbb mmg dari dulu lagi dia cakap dia tak kisah dgn Grammys ataupun Oscar. Tapi bila Barbara Streisand bukak envelope dan buat bunyi terkejut, hati aku merasakan Eminem yg menang. Tgk tgk memang betul pun dia menang, yeyeyeye!!! Tak sangka sungguh…

Nicole Kidman seperti yg dijangka, merangkul oscar buat kali pertama. The Hours adalah satu satunya filem yg dia lakonkan time dia divorce. Awalnya dia tak mahu terima offer sebab takut tak dpt kontrol perasaan sedih kesan dari divorce. Kalau boleh dia nak pergi menenangkan diri, bercuti dari berlakon. Tapi atas support famili dan kawan kawan, dia pun terimalah watak tu. Lucky her. Tadi anak perempuan dia datang sekali, tak nampak pula anak lelaki dia. Dgn Tom agaknya…Sinar Tom semakin malap, macam kes Awie & Erra jugak.

Lain lain..Chicago menang best filem, mmg aku dah jangka. Zeta Jones dpt aktres pembantu, yg nie aku target Julianne Moore sebenarnya. Pelakon lelaki pun satu kejutan, Adrien Brody dari The Pianist yg menang.

Antara perkara yg dinanti nanti ialah samada aktor2 ni nak komen pasal perang atau tidak. Some of them did, team Bowling for Columbine terang terangan ckp “we oppose this war Mr Bush”. Adrien Brody mentioned “may God or Allah give us peace.” I think that is interesting.

Siaran langsung akademi dari channel ABC beberapa kali diberhentikan bagi memberi laluan kepada lintas langsung dari bilik berita. Tapi aku rasa entah apa apa entah berita yg mereka sampaikan. First lintas langsung tu diorang sampaikan berita tentang 50 askar Amerika yang terbunuh di Iraq. Second lintas langsung tu, diorang sampaikan pasal 16 askar Amerika dijadikan tawanan oleh pihak Iraq. That’s it. What the heck…baik aku tgk tv kat Malaysia macam nie…

F1 di Sepang

Agak lama tidak diupdate. Banyak juga benda berlegar di dalam otak. Perang Teluk ke-2, Formula One, Oscar, isu poligami yang Jigo suarakan, tapi badanku terlalu penat hingga hendak menaip pun tidak mampu. Penat bukan kerana apa, penat pergi shopping dua hari tidak berhenti. Itulah perempuan…hehehe…

 

Kita bicara tentang F1 dulu. Schumacher sekali lagi bernasib malang. Walaupun Sepang adalah antara litar yg paling disukainya, Ferrari terpaksa menerima kekalahan bila dia terlibat dalam crash awal awal lagi.

 

Semalam tak sia sia aku stay up untuk menonton F1, sebab macam macam yg terjadi. Ada pemandu nak tukar kereta lah, ada kereta tak boleh nak jalan bila nak keluar pit, dan wing kereta siapa yg pecah tu…bahaya juga. Aku tak ada lah pro sangat nak komen pasal F1 ni. Rules dia pun aku pening sket, sbb byk bertukar thn ini. Tapi kalau menonton mmg best. Sampai membuatkan aku pun rasa macam nak racing. Hehehe..drive kereta pun tak reti. Race dlm game daytona pun jadilah 😛

 

Excerpt dari site Formula One:

Ecclestone said in a television interview: “Malaysia has done a very good job organising this race. Dr Mahathir is a man of vision. Soon we will have China and Bahrain on the Formula One calendar.”

Aku pun respect Mahathir dalam hal ini. He is really a man of vision. Aku rasa nanti mesti dia dapat gelaran Bapa Wawasan.

imbas kenangan lama

Ada ramai orang bertanya, susah ke nak maintain long distance relationship? Hehehe…soalan cepu emas. Frankly speaking, aku rasa kes aku berbeza sedikit sebabnya kitorang dah couple agak lama sebelum aku fly ke negara orang ni. Kiranya foundation kami agak kukuh, sudah saling mempercayai.

 

Tadi tiba tiba aku terkenang satu episod cintaku dgn si dia, waktu di MRSM Gerik. Selepas couple selama setahun, kami clash kerana sedikit kurang sefahaman. Aku masih sayangkan dia, tapi aku tensen sikit sbb asyik gaduh sahaja. (biasalah couple zaman sekolah, sket sket clash) Ditakdirkan waktu aku single tu, ada pulak sorang mamat ni approach aku. Dia mmg smart dan baik sangat dgn aku. Aku pun suka lah jugak dekat dia, so aku pun couple dgn dia walaupun baru clash beberapa minggu. Niat di hati hendak memulakan hidup baru.

 

Alkisahnya satu hari ada perlawanan bola sepak antara kelas. Kelas si dia (kelas aku jugak) lawan kelas boyfriend baru aku. Si dia jadi penjaga gol, sorang lagi tu pulak jadi penyerang. Aku tgk diorang lawan intense semacam je, bebudak lain dah mula berbisik bisik sesama sendiri. Walaupun bf baru aku tu terer main bola, tak dpt dpt jugak gol. Dalam hati aku berbisik, terer jugak si dia ni jadi penjaga gol rupanya…

 

Keesokan harinya dalam kelas, ada someone bertanya kepada si dia “macamana boleh terer jaga gol?. Kemudian aku dgr dia jawab, Kena jaga bola mcm jaga awek, tak boleh bagi orang lain ambil. Berdesing telinga aku tika itu, hati bagaikan direntap rentap. Dalam hati aku amat mengharapkan kemaafan dari dia…

Kini, aku bersyukur hati kami disatukan kembali. Bagaikan satu peluang untukku menyembuh luka yang lama…