stage fright

Ajai & Nurul menang juara lagu.. yeyeyye!at last my fav song won! Aku rasa Nirmala ada harapan gak menang (sbb selalu gak juri berpihak kepada irama malaysia)tapi elok juga kita berubah citarasa kepada lagu yg catchy sket. Lenggok irama Nirmala cam tak jauh beza dgn Balqis and Ya Maulai. Tak sia sia aku bgn pepagi buta nak tgk online. Tapi time.net ntah apsal ntah,connection teruk–tak mcm previous years.Aku mmg fanatik sket psl juara lagu ni, sejak juara lagu yg 1st lagi aku tak pernah miss except thn 1998–SPM year, warden tarik tv asrama aku dgn alasan dah terlalu dekat dgn SPM. Patut ker camtu? duhh…Lagiklaa menjadikan bebudak sekolah aku skema tahap dewa.

Aku dari dulu lagik suka lagu2 Ajai & Nurul. Tapi mmg perasan laa si Ajai ni cuak sket bila nyanyi on stage. Cam gabra ajer. Not to blame him, semua orang ader stage fright. Dulu aku terbaca satu artikel Nurul cerita mula2 dulu patutnya dia kena duet dgn Zamani, tapi dia segan sbb dah kahwin katanya. Lalu sykt rakaman dia suggestkan duet dgn husband dia, tapi Ajai tak mahu sbb malu. Katanya dia cuma boleh buat kerja backstage. Mmg komposer ni ramai yg pemalu agaknya. Tapi pujuk pujuk akhirnya dapatlah juga mereka berduet. Tgk tgk meletup lak lagu tu, lalu bercambah lah lagu lagu duet mereka. Rezeki orang kahwin agaknya..

Aku rasa pandai gak persembahan semalam Ajai start menyanyi sambil duduk atas kerusi dulu before start menari. Boleh dia stay calm dulu. Bkn cam thn lepas dia berlakon sblm lagu start, teruslah cuak nak nyanyi lps tu. Mana nak mantain step lagik, nak ingat lirik lagik.

Macamlah dulu dulu perbahasan kan duduk belakang meja.Tetiba time form 4 dia tukar buat ala parlimen punya, kena keluar depan jalan jalan. Fuhh…cuak gak aku time mula mula tu.Kalau dulu boleh gak letak teks atas meja, plus kanan kiri ada geng kita. Tapi lama kelamaan dah boleh rileks sket…Bak kata orang, alah bisa tegal biasa kan. Anyway I do think pepatah tu works both way. Sebabnya walaupun aku join bahas and bwp dari form 2 sampai form 5, lama kelamaan bila dah ditinggalkan stage fright tu datang kembali. Dah tak biasa ek?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s