kampung halaman

Dah seminggu bercuti..cuti kali ni aku betul betul rileks. Unbelieveably, walau tak ke mana mana cuti kali ni, it feels great. Memanglah vacation best, tapi selalunya bila habis vacation, aku exhausted. But this time, I really rested and all geared up for next semester.

Abang pulang ke kampung cuti hujung minggu. Bestnya dapat menghirup udara kampung. Dulu waktu kecil aku kurang menghargai kampung halaman. Namun, bila dah meningkat dewasa dan sering terhimpit dengan kesibukan ni, barulah rasa betapa tenangnya suasana desa.

Seronoknya di kampung dapat tanam macam macam, tak payah beli di pasar. Walaupun aku ada kenangan pahit disengat tebuan waktu memungut manggis yang jatuh,aku masih belum serik. Tak sabar rasanya untuk pulang ke kampung memungut manggis,langsat dan rambutan. Ataupun memetik pucuk gajus, ulam raja ataupun makanan kesukaanku-cili padi untuk dimakan bersama hidangan tengahari.

Yup, satu perkara yang menawanku-masakan kampung. Kalau dulu ketika kecil aku begitu memilih dengan makanan. Bak kata mama, banyak banyak bahagian pada lembu, daging sahaja yang aku berani makan. Jangan katakan perut lembu,hati ayam pun aku takut hendak makan. Ulam tak pernah ku pandang, apatah lagi makanan yang kurasakan pelik seperti tempoyak dan budu. Sebabnya kurasakan orang kampung dan orang tua saja yg makan makanan pelik seperti itu. Lagipun dalam rumahku hanya mama seorang sahaja yang gemar makanan begitu.

Tapi sejak aku bersekolah di MRSM Gerik, selera makanku berubah. Duduk di asrama, mana boleh asyik memilih makanan. Satu persatu masakan kampung kucuba. Tak kusangka, semuanya sesuai dengan seleraku. Kini kalau ada sambal tempoyak, aku mampu habiskan 3 pinggan nasi:) Yang terbaru aku belajar makan, perut muda tumis ala siam dan solok lada kelantan. Wahh…bestnya.

Well, certain people don’t like certain food because we have different taste. Macamlah aku yang dah duduk kat US ni 3 thn tapi masih tak betah dengan rasa keju. Tapi kalau ada insan yang tidak makan masakan kampung semata mata kerana status macamlah aku dulu,wahh..satu kerugian besar…I miss big times for 13 years!

So satu perkara yang aku takkan runsing bila sudah berkerjaya nanti, walau sesibuk manapun aku…InsyaAllah aku takkan lupa pulang menjenguk kampung halaman, kerana sesuatu mengikatku disana…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s