selamat tahun baru

Selamat thn baru lara…I end up celebrating new year alone, of course ditemani teddy bear kesayanganku. Plus bunyi dentuman mercun dari Capitol, dan jeritan countdown neighbors yang sedang berpesta.

Terasa sayu juga menyambut tahun baru seorang diri. Ditimpa dengan dugaan pulak tu. Semlm pc diserang virus buat kali pertama. Nasib baik ada Nany dan abang tolong aku reformat balik. Geram sungguh siapa yg jahat sangat hantar virus tu. Sudahlah tensen dek virus, ditambah pula hari ini aku dapat tahu file yang aku pindahkan dalam drive lain kononnya utk diselamatkan musnah juga. Byk jugak file kesayangan aku musnah. Homework aku sejak 2 thn ni, semua gambar, chat logs, akaun, dan diari aku sejak sethn.Pendek kata, semua file kesayangan aku hilang. Cuma bacaan quran, lagu dan video sahaja selamat. Nasib baik…

Kemudian 10 minit sebelum tahun baru, aku bertengkar pula dengan seseorang. Aku tahu pertengkaran itu cuma sebesar kuman sahaja isunya. Kalau dipujuk sedikit pasti reda. Tapi akhirnya aku pun turut mengamuk demi mempertahankan keegoanku.Ya Allah,betapa lemahnya kesabaranku. Baru diuji sedikit sudah melatah…I should remember next time to be wiser. Kalau seorang sedang naik angin,jangan turut mengamuk sama.

Selalunya aku luahkan rasa sedihku dalam diari manjalara yang tersimpan dalam komputer. Lara online ku ini sekadar platform untuk ku asah bakat menulis dan mengolah isu. Tapi apakan daya, diari ku dah tamat riwayatnya. Nak buat yang baru ms word belum install lagi-cd ada kat nany. Nak telefon abang pun hp nya tiada bateri agaknya. Gusar aku sebentar, tak tahu kepada siapa hendak dilepaskan geram.Akhirnya ku taip jua bait bait kepedihan dalam tinta manjalara ini. Cepatlah dapat install ms word. Jejariku bagai tak bebas menari di platform online ini.

Selamat thn baru 2003 monina…Satu perkara yg aku gembira bila mendengar thn 2003, nanti bila ada orang tanya bila nak grad? Aku sekarang dah boleh menjawab “tahun ni”. Tak sabar untukku kembali ke tanahairku…

InsyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s